Chapter 18

863 112 75
                                    

Sometimes the heart is deceivingCan't get out of my head, I need you to save meIf I am delusional then maybe I'm crazyAm I in love with you?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sometimes the heart is deceiving
Can't get out of my head, I need you to save me
If I am delusional then maybe I'm crazy
Am I in love with you?

ᴛʜᴇ ꜰᴇᴇʟɪɴɢ - ᴊᴜꜱᴛɪɴ ʙɪᴇʙᴇʀ ꜰᴛ ʜᴀʟꜱᴇʏ

-----------

"Thank you.." Gadis manis itu hanya menunduk sedikit lalu beredar. Makanan di atas meja hanya dipandang seketika. Namjoon perlahan-lahan membuka mask dimukanya. Masa dia menikmati makanan lazat di negara Europe ini.

Cukup dengan masalah yang dihadapi sejak menjejakkan kaki disini. Ini masa untuk dia menolak segala masalah dimindanya. Anggap semuanya sudah selesai. Dia baru sahaja tamat sesi temu ramah disini, Los Angeles.

Dengan lahap dia menjamah makanan yang terhidang seorang diri. Rasa dan perisa makanan bermain di lidahnya. Betapa nikmatnya dapat makan dengan tenang di malam hari. Supper!

Sekali Namjoon menyuap daging lembu gred A itu ke dalam mulutnya, matanya mula merayau-rayau. Restoran yang bertemakan kemewahan, membuatkan dirinya lebih tenang menikmati makanan yang terhidang.

Ditambah aluan lagu 'If I Can't Have You' karya Shawn Mendes sedang bermain di ruang restoran, menambahkan rasa tenang. Romantic sungguh maksud lirik lagunya.

"Everything means nothing if I can't have you.." Pantas sungguh Namjoon menangkap lirik lagu itu. Namjoon tersenyum seorang diri. Agaknya bila dia boleh laksanakan cita-citanya untuk menulis lirik buat cinta hatinya?

Kekasih? Bakal isteri yang akan hidup dengannya selamanya? Bukannya untuk 9 bulan..

Khabarnya Shawn menulis lagu itu untuk seorang gadis misteri.

Dia menghirup jus yang dipesan usai sahaja habis segala hidangan. Masa dia pulang ke apartment yang telah disewa. Jam ditangan dipandang, 1 jam lagi untuk menaiki flight. Namjoon mengetap bibir, apa yang dia nak buat untuk menunggu flight nya ke New York. Esok, harinya amat sibuk dengan pelbagai interview dan practice.

Inilah akibat schedule harian BTS yang terlalu padat, mereka terpaksa mengambil banyak flight untuk tiba awal. Jarak LA ke New York adalah 2,790 batu. Memakan masa selama 41 jam untuk tiba ke New York dengan menaiki kereta. Jika dengan kapal terbang hanya 5 jam. Yang mana kau sanggup?

Dia pandang sekeliling. "Merayap ke taman? Mm oklah.." Katanya pada dirinya sebaik sahaja keluar dari restoran. Dia serta-merta menahan sebuah teksi. Pemandu yang kelihatan dalam lingkungan 50 an menyapanya dengan senyuman.

"Evening sir." Namjoon menyapa usai dia menyelesakan dirinya duduk " Destination?" Soal pemandu itu. Tidak sempat Namjoon mahu menjawab, matanya digam pada satu tubuh diluar kereta.

Gadis bergaun merah.

Namjoon mengalihkan matanya ke arah lain. Dia tidak mahu masuk campur urusan gadis itu. "Cis! Apa pulak dia buat kat sini?!!" Namjoon berkata pada dirinya sendiri dalam nada yang perlahan.

"Sir?" Tegur si pemandu teksi serta-merta membuatkan Namjoon sedar akan realiti. "Errh.." Lidahnya kelu. Mindanya turut bercelaru mengenangkan Min Young. Sekali lagi dia memandang ke luar cermin. Gadis itu sudah selamat masuk ke dalam kelab tersebut.

Namjoon mengetap bibirnya. "Grand Park, please." Matanya langsung kembali pada pemandu teksi itu. Lelaki itu hanya mengangguk sebaik sahaja dia menerima hala tuju destinasi penumpangnya.

Namjoon tidak mahu ambil tahu akan Min Young. Cukup! Min Young kata dia mampu jaga dirinya. Oleh itu, apa yang dia mahu sibukkan? Biarkan sahaja gadis itu mahu mabuk sakan, janji bayinya selamat.

Sekali lagi dia menjeling ke arah kelab itu, teksi terus bergerak....

Dia hanya berpeluk tubuh sambil matanya lekat pada bangunan kelab itu. Firasatnya terusik, adakah benar keputusan yang dibuat? Tinggalkan gadis itu? Namjoon menyoal dirinya semula.

Benarkan keputusan otaknya ini? Atau patutnya dia mengikuti firasat hatinya?

Keputusannya muktamad.

"Budak tu tahulah jaga diri sendiri...."

Nah, otak juga pilihannya.

Matanya dilelapkan, tubuhnya dipeluk oleh lengannya sendiri. Dia mahu berehat seketika.

Min Young juga bukannya suka jika dia datang menyibuk.

Gadis itu bukan suka jika dia mahu menunjukkan bahawanya dia care akan anak itu. Min Young mahukan keseluruhan custody penjagaan anak selepas cerai. Oleh itu, dia terima dengan seadanya. Gadis itu hanyalah isterinya di dalam kertas, lebih spesifik, dalam visa.

Bangunan kelab itu sudah jauh dan tidak kelihatan lagi. Destinasinya Grand Park, Los Angeles.

----------

👇Los Angeles to New York👇

👇Los Angeles to New York👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisshh besarnya amerika😐

I'm so jealous!😂

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now