Chapter 61

815 115 278
                                    

To be young and in love in New York City

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be young and in love in New York City

I like me better when I'm with you

-------------------

Kereta berjenama Jaguar XF dihentikan sebaik tiba di destinasi.

Namjoon buat seketika matanya meneroka keadaan luar sebelum mengalih pandang kearah si gadis yang asyik membetulkan sedikit rambutnya.

"Kat mana ni?" Namjoon bertanya seraya si gadis menoleh bagi bersua muka.

"Kat rumah mak bapak aku." Namjoon hanya meng'oh'kan kata-kata si gadis sebelum kembali merenung ke luar tingkap kereta.

Dalam beberapa saat Namjoon memahami setiap bait perkataan si gadis langsung matanya dibutangkan.

"Weii!? Rumah mak bapak kau??!" Dia kembali menoleh kearah tempat pemandu malangnya ia sudah kosong.

"Eh? Mana pulak minah ni?" Namjoon kebuntuan.

Selang beberapa saat pintu dibelahnya dibuka kasar, dia lantas memandang wajah yang lesap seketika tadi.

"Jom." Si gadis menarik akan lengannya supaya dia berganjak keluar.

"T-T-T-TAK NAK!" Bidasnya tetapi ia tidak sedikit pun berhasil dek kerana daya tarikkan paksaan Min Young lebih berkuasa dari dirinya. 

Sesi tarik menarik antara Min Young dan Namjoon itu berjaya menangkap perhatian dua insan di pangkin rumah.

Pasangan suami isteri tersebut hanya merenung tajam akan agenda tersebut. 

"Apa kejadah tu?" Soal jejaka lingkungan 30-an itu seraya menghirup kopi yang dihidang isteri tersayang.

Si isteri tidak memberi sebarang reaksi manakala dia cuma membalas dengan henjutan bahu.

"Orang bandar jakun tengok kampung lah tu. Tengok kereta tu, berjenama tu." Jelas si isteri.

Sang suami masih kekal memerhati kelakuan dua insan yang bergelut diantara satu sama lain itu.

Pandangan ditiruskan demi memberi fokus kepada dua figura itu. Fokus demi fokus langsung mata dibutangkan.

"Awak! Itu Min Young??!" Dek kerana pekikkan itu terus bersembur air kopi yang dikandung di dalam mulut sang isteri. "APA? BIAR BETUL??!"

Sang tercinta hanya menggulingkan bebola matanya tanda menyampah akan sang isteri yang tidak mempercayai kesahihan yang dikemukakan.

"Nak 'biar betul' apa lagi!? Anak awak je yang boleh pikul orang macam bawak guni beras!"

Mata mereka berdua tertacap pada si gadis yang menuju kearah mereka dengan senyuman manis.

Pasangan tua tapi sweet kalah gula tersebut terkejut besar.

"MAMA! PAPA! YOUNG DAH BALIK!" Teriak si gadis lalu disambut dengan dakapan daripada insan yang bergelar 'ibu dan bapa' itu.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now