Chapter 24

855 117 105
                                    

Tonight's getting hot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tonight's getting hot.
Got your body on lock.
Time to put on a show.
Come on, girl, let me know.
Am I taking you home?

ɴᴀᴜɢʜᴛʏ ᴏʀ ɴɪᴄᴇ - ᴄᴀꜱʜ ᴄᴀꜱʜ

---------------

"Kalau lapar, kau buka je kabinet dapur tu. Setahu aku penuh snack dalam tu." Min Young hanya mengangguk.

"Dah. Kau duduk rumah ni diam-diam. Malam karang aku balik." Nasihat Namjoon dihadam. Namjoon terpaksa keluar awal pagi, dia kena ambik flight ke New York untuk sesi temu ramahnya. Maklumlah, dia leader.

Min Young hanya memandang skrin digital kecil dipintu. Kelibat suaminya di hadapan pintu sudah pun menghilang dari rakaman kamera.

"Masa aku keluar..." Min Young tersengih kecil. Ingat dia nak kena kurung dalam apartment besar ini? No babe.

--------------

Segala tenaga di dalam tubuh si gadis dikerah keluar, peluh membasahi dahi.

Dasar syaitan punya pintu.

Semua cara Min Young sudah lakukan, tiada satu pun yang berjaya membuatkan pintu utama ini terbuka. Penat otak milik si gadis memikirkan segala cara. Tarik, pulas, tendang, tumbuk, cungkir, pahat, dan termenung.

Tiada satu pun yang berhasil.

Min Young siap gunakan teknik klip kertas, malangnya klip kertas itu pulak yang tersangkut kat dalam lubang kunci.

Buntu dibuatnya.

"AISHH!! BUKALAH!!" Dedaun pintu ditarik kuat. Si gadis masih tidak mengaku kalah. Dia kena keluar dari apartment ini sebelum Namjoon balik.

Pintu ditendang kuat. "Tak guna punya pintu." Carut si gadis.

Mindanya mula berfikir idea yang baru. Segala kreativiti nya diterapkan ke dalam plan membuka pintu.

"Ehhh, tadi apa yang mamat tu cakap sampai pintu terkunci?" Tiba-tiba Min Young teringat akan digital echo speaker yang mengawal sistem di dalam rumah.

Min Young melihat ke sekeliling. "Apa nama benda tu eh?"

Agak lama untuk menunggu sel otaknya berhubung. Daya ingatan milik si gadis amatlah lemah. Dalam beberapa saat, dia boleh melupuskan sebahagian besar data ingatannya. Apa yang penting dia save, apa yang tak, dia tereban saja.

"HAH!! ALEXA!!" Nampaknya Min Young menemui semula datanya di dalam recycle bin otaknya.

"Yes." Kedengaran sahutan suara ala-ala gadis google translate. Min Young tersengih seorang diri. Dia berjaya menjumpai jalan untuk lari dari apartment.

"Mmmmm, bukakan pintu ni pleaseee!!!" Arah si gadis. Malangnya benda lain yang jadi. "Please. Used as a function word to express politeness or emphasis in a request. For example, 'Please, open the door.' or 'Please give me a cup of tea?'" Hah sudah. Min Young terdiam.

"Apa benda hanat ni merepek?" Kasian akan Alexa yang mendapat label 'hanat' dari si gadis padahal dia yang menghanat sekarang ini.

"Aku kata, tolong bukakan pintu!!" Min Young bagai gadis gila, memekik dalam rumah seoarang diri.

"Sorry. Language that can not be understood. Please use english." Membara perasaan marah si Min Young kerana dia tak faham satu habuk pun.

Yang dia pasti, digital echo ini mahu dia mengunakkan bahasa Inggeris. "AIISHHH! BABI PUNYA ALEXA!!! AKU CEKIK KAU KARANG!!"

"Sorry. Undetectable language." Hah, terus undetected language.

Satu hembusan kecil dilepaskan. "Pintu? Door? eh?" Min Young berfikir sejenak. Inilah akibat dulu-dulu time cikgu kasi nota Inggeris, Min Young langsung buat tak tahu. Katanya dia tak perlu belajar bahasa orang luar. Sekarang? Baru dia tahu apa itu karma.

"Bukak apa ye?"Riak wajah Min Young punyalah gempak macam ala-ala ahli fizik, Isaac Newton yang berjaya merungkai tentang sistem graviti.

Beberapa saat Min Young memerah otaknya. Keluhan berat yang keluar dari mulutnya. "Baik, aku pergi tengok tv.." Min Young give up. Kakinya lantas menuju ke sofa empuk di ruang tamu.

Tubuhnya direhatkan keatas sofa. Televisyen skrin besar yang tergantung pada dinding, Min Young perhatikan.

"Macam mana nak bukak?" Satu lagi isu yang timbul. Dia jarang jumpa benda canggih-canggih dalam hidupnya ini.

---------------------

HAHAHA IMAGINASI AKU NI KAN! STORY TENTANG PINTU JE PUN!!

WELL? SILA BERTERIMA KASIH PADA SI PINTU. SEBAB SI PINTU MIN YOUNG GIVE UP NAK LARI!!

HAHAHAHAAHA!!

HAHAHAHAAHA!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now