Chapter 60

907 117 224
                                    

You're my paradise

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You're my paradise

------------------------

Hampir beberapa jam Min Young terperuk dalam bilik. Dipandang wajahnya dicermin meja solek, pipinya sudah reda. Tiada lagi berwarna merah akibat bahang malu.

Lantas mata mengubah pandangan pada pintu bilik, tekak dibasahkan. Langkahnya dibuat mendekati pintu, perlahan-lahan pemegang pintu dikaut.

Langsung pandangannya tertacap pada wajah sang suami yang terherot senyumnya sambil menonton televisyen.

Telinga sang jejaka sudah menangkap bunyi pintu si gadis dibuka, mata asyik melihat skrin televisyen.

Kedudukan bilik sememangnya bertentangan dengan sofa ruang tamu manakala televisyen berskrin besar tergantung pada dinding.

"Tengok siapa dah keluar~" Kata Namjoon sebaik isterinya duduk bersebelahanya.

"Kau nak apa, setan?" Balas Min Young, mata masih merenung skrin televisyen.

Gadis mulut takde insurannya sudah kembali. Hmm.

"Takde apa-apa." Lengan sang suami melingkar dibahunya. Langsung si gadis mengubah pandangan.

"Nak kaki ke?" Min Young menyoal sebaik mata saling bertemu dengan sang suami.

Namjoon mencebik seraya berkelip-kelip matanya. Dengan itu, si gadis berubah menjadi tomato.

Dasar lelaki tak guna main tektik kotor, main guna aegyo pulak.

"Kau kata aku comel kan?" Langsung Namjoon baring dipeha si isteri, pandangan tidak lepas dari melihat wajah isterinya dari kedudukan berbaring.

Si gadis terus tersenyum sinis. "Eh? Sejak bila aku cakap macam tu?"

Berkerut wajah Namjoon lantas bangun dari posisi baringnya. "Hello! Aku belum pekak lagi, okay! Kau kata aku comel kan!?" Bidas sang jejaka dalam nada merajuk.

"Aku rasa kau salah dengar ni. Aku kata cibai bukan comel. Dasar pekak."

Mata sang jejaka ditiruskan, bibir makin sedepa dicebikkan. "Taknak kawan." Langsung Namjoon memalingkan tubuhnya lalu memandang dinding.

Min Young merenung belakang sang suami. Dia rasa macam mahu meletus.

"Comel siak ;-;"

Si gadis menepuk-nepuk perlahan wajahnya.

Kini dia perlu kekal fokus dan memulakan bicara yang dia sudah rancangkan.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now