Chapter 42

746 121 139
                                    

I know I needed youBut I never showed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I know I needed you
But I never showed

But I wanna stay with you until we're grey and old
Just say you won't let go

--------------------

Hampir sebulan sang suami tidak pulang, Min Young tahu itu adalah salahnya. Dia sudah terlebih kasar dengan Namjoon. Ataupun Namjoon dah tak boleh tahan akannya?

Min Young bagaikan api, sentiasa panas tetapi bila ditiup sekali dia terpadam manakala Namjoon adalah air, sentiasa tenang tapi sekali dia meletus, tsunami jadinya.

Egonya lebih tinggi dari sang api. Kena biarkan tsunami itu reda dengan sendiri.

"Bluwekkk..." Menggigil-gigil tubuh kecil si gadis. Segala yang dimakan, dimuntahkan semula. Min Young memaksa dirinya untuk makan walaupun dia tahu yang semua itu sia-sia.

Dia perlu makan demi MinMin. Segala yang dimakannya hanya sebagai alas perut dan pembasah tekaknya. Salur makanannya terasa sakit yang amat kerana asyik muntah.

Matanya berair kerana muntah.

Langkahnya perlahan ke cermin meja soleknya. Dia perhatikan wajahnya yang kusam, tanpa sang suami disisi, dia sudah tidak kisah akan rupanya.

Wajah yang cengkung, lingkaran hitam dibawah mata tanda tak cukup tidur disebabkan mimpi buruk yang sering berulang di mindanya.

Bilik Namjoon diperhatikan, patutkah dia masuk? Min Young membasahkan tekaknya. Dengan kudrat yang dia ada, si gadis membuka perlahan pintu bilik sang suami.

Biliknya seperti biasa. Tiada apa yang unik dan menghampakan si gadis. Bau haruman Namjoon langsung tiada. Sudah dekat sebulan dia tak balik, sudah pasti tiadanya scent sang suami.

Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil milik Namjoon. Baunya tiada tapi cukuplah untuk dia membayangkan sang suaminya ada berbaring di katil.

Sejak Namjoon tiada, Min Young cuba untuk hanya berimaginasi akan suaminya.

Adakala dia berjaya merasakan Namjoon ada bersamanya. Oleh itu, dia dapat makan dengan tenang.

Tapi itu jarang berlaku.......

MinMin bukannya bodoh. Dia masih mendesak akan Min Young untuk mencari Namjoon.

Well, jangan diharaplah Min Young nak cari. Temboknya still kukuh walaupun banyak kali ditobek.

Pantas saja Min Young menampal bocoran di temboknya untuk tidak membenarkan perasaan yang dia tidak inginkan masuk.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now