Chapter 48

947 133 447
                                    

One taught me loveOne taught me patienceAnd one taught me pain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

One taught me love
One taught me patience
And one taught me pain

Say I've loved and I've lost

-------------------

Keadaan diluar apartment sudahpun gelap, jam yang berdetik sudah menghampiri lewat malam.

Namjoon yang masih asyik menyiapkan sedikit loops songnya di ruang tamu. 

Dirinya selalu diganggu akhir-akhir ini, dia langsung tidak mampu fokus akan tugasnya.

Keluhannya meninggalkan rongga mulutnya. Penat dirinya memerah segala sel otak agar dia mampu memberikan perhatian pada kerjanya.

"Patut ke eh?" Dia menyoal dirinya sendiri. "Tak, aku tak patut.." Dia menafikan kenyataan dimindanya, dia tak boleh lakukannya. Parah nanti jadinya.

Dirinya leka dalam lamunannya sehingga segala kecelaruan diminda lesap dengan jeritan nyaring si singa dari tingkat atas atau lebih detail, bilik mandi.

"A-A-Apahal tu??" Namjoon tidak berganjak dari sofa, hanya matanya saja yang difokuskan ke beranda tingkat dua.

Kelihatan si singa bersifatkan itik berlari turun. Mmmm.

Si gadis tercunggap-cunggap mengambil nafas. Namjoon hanya memerhati salah satu keajaiban ke-8 dunia yang ada dihadapannya.

Si gadis hanya melilit tubuhnya dengan tuala putih dan rambut yang masih bersabun di kepala. Mmmm.

"Kau ni dah kenapa?" Dari atas sampai bawah si suami perhatikan.

Nafas si gadis sudahpun dapat memenuhi ruang peparu, "A-A-A-A-Ada.....sasaeng.." Luruh jantung Namjoon mendengarnya.

Langsung dirinya bangkit dari sofa, laptopnya sudah entah kemana diamnya. Bahu si gadis dicapai.

"K-K-K-K-Kat mana??!!" Matanya menikam anak mata si isteri. "D-D-Dalam bilik mandi aku......" Hah sudah.

Namjoon membetulkan akan suaranya yang terketar-ketar kerisauan.

"Ma-Macam mana diaorang masuk ke bilik mandi kau??" Gila lah jika Namjoon tak risau, karang tak pasalnya dia sedar ada berlakunya pembunuhan kat dalam bilik mandi apartmentnya.

Gadis bunting cekik orang sampai mati......

Berita akhbar yang akan viral habis. Tak mahu lah pula jika MinMin dilahirkan dipenjara. Sentap dia karang.

"Dulu kau pernah kata kan, yang sasaeng kau bijak semacam...." Namjoon mengangguk, dia menyokong akan kenyataan si gadis.

"T-T-T-Tadi ada lalat dalam bilik mandi aku....." Namjoon kaku. Apa?

"Macam mana kalau lalat tu sebenarnya camera tersembunyi yang dicipta khas dlam bentuk lalat??!!! Ma-Ma-Macam dalam babak dalam movie spy kids??! Weii! Kita kena pindah!"

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now