I love it when you call me Señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh-la-la-la,
Ooh I should be running, ooh you
know I love itI love it when you call me Señorita
------------
Mata si gadis terus terbuka disebabkan satu gerakkan yang dia tidak menyangka. Tubuhnya terus terbangun dari posisi baring.
Dia tidak terkata, MinMin sudah bergerak?? Telapak tangan si ibu mengusap perutnya. "M-M-MinMin??" Min Young memanggil lembut anaknya.
Telapak tangannya dapat merasakan jari-jemari si kecil disebalik kulit perutnya yang kian menipis. Sang anak menyahut panggilan si ibu.
Ini adalah perkara terindah buat setiap ibu iaitu tahu yang anaknya sudah bernyawa. Tiupan roh sudah diterbangkan kepada si kecil.
"Syukur kamu si━━" Tergantung ayat si gadis sebaik matanya menangkap satu lengan manusia dipehanya.
Min Young menoleh ke sisi. Satu lagi perkara yang si gadis tunggu-tunggukan sudah pulang.
Namjoon, sang suami tidur bersebelahnya. Min Young tidak mampu bergerak, dia tidak tahu mahu beraksi.
"MinMin━━" Min Young memanggil sekali lagi nama gelaran anaknya. "Mama rasa yang mama dah gila......" Katanya dalam nada yang kecil, mata tak lekang memandang tubuh yang memeluk pehanya.
Pipi sang suami dicucuk dengan jari. "Macam betul je mimpi mama ni.."
Tubuh Namjoon yang tidur dalam posisi mengiring ditolak oleh sang isteri, Min Young mahu melihat wajah sang jejaka dengan lebih jelas.
Sekian lama si gadis menganalisis wajah sang jejaka. "Dahsyat betul. Macam betul je mamat ni."
Kakinya dilunjurkan. Kudarat yang ada di dalam tubuh si gadis, disalurkan ke saraf kakinya.
Satu tendangan ditujukan ke pinggul sang jejaka sehingga jatuh bergolek dari katil. "Aissh, sakit..." Rintih Namjoon sebaik tubuhnya jatuh bah nangka busuk.
Wajahnya dipusing kearah sang pelaku. Min Young terdiam lagikan membisu.
"MinMin!!? Dia boleh cakap!!??" Namjoon jadi biul disitu. Apa kena dengan Min Young? Tengok suami sendiri macam bukan manusia saja.
"Kau apahal tendang aku??!" Namjoon menyoal. "Wow! Sama macam betul lah! Dahsyat mimpi aku ni......." Dalam keadaan mamai, Namjoon cuba memahamkan maksud si isteri.
YOU ARE READING
Dionysus [The God Of Wine]
Fanfiction[ᵏⁱᵐ ⁿᵃᵐʲᵒᵒⁿ ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ] [15+] Apabila gadis ais + savage + expensive gurl + ganas ter'sangkut' dengan leader kumpulan sensasi, BTS. Ketahuilah, dunia Namjoon berubah 360° apabila si gadis disisi. ❝ Well, siapa kata Dionysus takleh jadi Cupid? ❞ ©CO...