Chapter 69

1K 113 288
                                    

She's the survivorHe's the keeper--------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

She's the survivor
He's the keeper
--------------------

"Bangun! Matahari dah terpacak kat kepala pun nak tidur lagi ke? BANGUN!" Arah sang suami talkala tangan ralit mengoncang tubuh kecil Min Young. 

Min Young hanya mengerutkan wajahnya. Matanya kekal terpejam, dia masih belum puas tidur.

"Senyap. Aku nak tidur. Blah kau! Semalam menyibuk tidur sekatil dengan aku! Blah!" Pinta si gadis seraya menarik selimut tebal bagi menebat angin sejuk pagi.

Namjoon merengus. Sempat dia memandang jam di dinding. Beberapa minit lagi, pastinya akan ada jururawat menghantar sarapan pagi buat pesakit.

Dengan akal yang dikurniakan tuhan buat Kim Namjoon, dia lantas memerah otak bagi memujuk sang isteri untuk bangun dan mandi. Sejenak dia berfikir dan mindanya memberi jawapan. Well, sebuah cara untuk mengejutkan si gadis yang liat bangun pagi.

Min Young yang baru sahaja leka melayan mimpi serta-merta membuntang mata sebaik merasakan tubuhnya diangkat. Mata yang terbuka luas dijamukan dengan wajah suaminya yang mengangkat tubuh kecilnya. Yep! Bridal style carry to bilik mandi :D

Belum sempat Min Young nak memberi sebarang reaksi. SPLASH!

Masuk je dalam bilik mandi, muka Min Young kena pecikkan air yang dahsyat. Nampaknya, ini kali kedua suaminya mandikan dia.

"WOI! WOI! YAH! BERHENT ━" Sendu akan nasib Min Young. Tak sempat dia mahu mengamuk sakan, Namjoon dah terjah mulut dia dengan berus gigi.

"Ish, ish, ish, kau berus gigi macam mana selama ni? Belah belakang ni kau kena gosok betul-betul. Haish! Kau ada gigi susu lagi eh? Jangan risau, nanti aku buat appoitment dengan doktor gigi untuk kau."

Ya tuhan, disaat itu Min Young memang mahu tumbuk-tumbuk muka suaminya ini.

Keadaan bilik pasangan Kim ini sungguh riuh kerana bunyi saling menghumban air ke muka diantara satu sama lain. Dan disebabkan itu juga, keadaan wad VIP menjadi agak riuh dipagi hari sehingga menarik perhatian segenap petugas yang menjalankan tugas.

"Selamat pagi! Macam mana pesakit hari ni?" Tegur ceria seorang doktor gadis yang bertandang ke kaunter jururawat yang ditugaskan menjaga wad pesakit VIP.

Jururawat tersebut hanya memberi senyuman janggal. "Nampaknya, pagi ni riuh. Pesakit yang tunggu tarikh bersalin kat bilik sana tu, hmm, riuh betul. Baru semalam kena tahan wad."

Ah Rin meletuskan tawa kecil setelah mendengar keterangan sang jururawat. "Bila cerita tentang mak mengandung, aku teringat pulak kat sorang perempuan ni. Aku jumpa dia kat New York. Ya tuhan! Itulah gadis mengandung yang paling dahsyat pernah aku jumpa! Dia boleh kungfu orang dengan batang paip waktu macam tu! Pergh! Aku respect!"

Jururawat itu mengangguk kecil tanda faham. "Kebetulan pulak, pesakit bilik sana tu memang nampak macam ganas semacam, semalam dia mengamuk sampai katil pun dia nak flip sebab takde siaran kartun."

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now