Chapter 65

868 99 268
                                    

I said she was a work of art I didn't listen very hard When she told me she was crazy from the start

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I said she was a work of art 
I didn't listen very hard 
When she told me she was crazy from the start

She put my name with yellow hearts

-------------

"Er-Erh te-te-terima ━" Sang Ho, dasar pemalu punya jantan. Wajahnya membahang setiap kali Namjoon senyum padanya.

Sang Ho mengipas-gipas akan wajahnya. Dia turut mencari keberanian untuk mengucapkan terima kasih pada si idol kerana menjaga anak didiknya sekian lama dia pengsan tadi.

Namjoon juga dapat merasakan kejanggalan tersebut. "Erh, benda kecil je. Tambah pulak, budak-budak tu comel."

Oleh kerana itu, wajah Sang Ho makin membahang malu. Tak pernah terlintas dimindanya untuk bertemu dengan Namjoon disaat sebegini.

"Fuhh, panaskan cuaca harini?? HAHAHAHA." Sang Ho tertawa. Well, terserlah gelak palsunya itu. Min Young yang berdiam diri langsung mengerut wajah.

"Sekarang ni dah dekat musim sejuk, mana ada panas!" Min Young membidas akan kenyataan sang jejaka dengan fakta cuaca.

Keadaan tersenyap pula selepas Min Young membidas. "Erh, apa-apapun, aku gembira jumpa dengan kau."

Namjoon menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan bersama si guru tadika tersebut. Dia turut menguntum senyuman lesung pipitnya pada si guru lelaki tersebut.

Sang Ho kaku. Dia tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Kini, hatinya hanya mahu melonjak keluar dari tubuh.

Kim Namjoon nak salam dengan dia??? Adakah ini mimpi? Sang Ho masih teragak-agak tetapi dia sememangnya mahu menerima tangan idol tersebut.

Sebelum merealisasikan impian tersebut, Sang Ho mengukir senyuman yang terbaik diwajahnya. Min Young yang dari tadi memerhati cuma bergeleng kecil.

"Kau senyum macam orang rongak." Haish, Min Young.

❝ Aish! Kau ni! Senyaplah! ❞ Namjoon menghantar amaran buat si gadis melalui mesej telepati matanya. Min Young pula membalas dengan gulingan mata talkala berpeluk tubuh. 

Sebaik Sang Ho mendengar komen si Min Young lantas dia menarik semula tangannya. Wajah ditundukkan. Dia malu.

Terbit rasa serba salah dari Namjoon diatas pihak Min Young. Maklumlah, isterinya memang mulut pakat lepas.

Sempat Namjoon menjentik kuat akan bibir mungil si isteri. Setelah terkena serangan jentikkan itu, Min Young menikam anak mata milik sang suami dengan amuk.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now