1

107 7 0
                                    

Leher lelaki itu dikelar tanpa belas kasihan.  Darah yang terpercik ke muka dibiar. Putus sahaja kepala dari badan..

Dia kemudiannya mencampak kepala lelaki itu.  Pisau dikesat di sweater hitamnya. 

Seketika... Dia menghentikan perbuatannya.  Darah di lantai di calit.  Tersenyum. Darah di jarinya itu kemudiannya dijilat.

"manis" ucapnya sepatah sebelum tersenyum misteri. 

Badan lelaki tadi diseret ke katil milik lelaki itu.  Darah mula mewarnai cadar katil.  Kaki dan tangan yang sudah putus dari badan lelaki itu diletakkan di dalam almari baju. 

Kepala lelaki yang dicampaknya tadi diambil.  Dicium bibir lelaki itu. 

"manis darah kau.. " ucap gadis itu dan tersenyum sebelum meletakkan kepala itu di atas almari baju. 

Dia membuka tingkap. Tersenyum memandang kepala di atas almari baju itu. Kemudiannya dia terjun dari tingkap itu dan hilang dalam kesamaran malam.

Gadis yang menjadikan darah sebagai kepuasan.  Yang diisi dengan kegelapan. 

Dialah Qairys Maliki.

______________________________________________

Keesokkannya..

"Rys.... Anna tak tahu ni macam mana" rengek Anna, kawan sekelas Qairys. 

Jari telunjuknya menunjuk ke buku latihan math yang diberikan oleh cikgu Nurul.

Qairys memandang buku itu kosong.  "tadi cikgu ajar,  kau buat apa? Make up?" tanya Qairys dengan dingin. 

Anna mencengkam dadanya.  "auch.  Sakitnya tuh di sini,  di dalam hatiku! Sampai hati kau Rys!"

Qairys menjeling dan membuang pandangan ke luar tingkap.

"Hai Rys" sapa Shukri yang mana merupakan pelajar popular di sekolah itu. 

"hm"

Anna mencebik. "kau ni Rys! Orang lain kalau kena tegur dengan Shuk ni...  Semua cair tau?! Yang kau batu sangat ni kenapa?" marah Anna geram. Apalah cara untuk membuat Qairys tersenyum walau sedikit?!

" bukan hal aku" jawab Qairys lagi. 

Anna memuncung.  "Rys!!"

Qairys menahan geram. "kau nak apa?" tanya Qairys dengan nada marah yang ditahan.

"saya nak awak senyum" sampuk Shukri

Sepi seketika. Qairys merenung mata milik Anna. 

"kau nak aku senyum?" tanya Qairys dengan tahap kesinisan yang berganda. 

Shukri mengangguk laju sambil tersenyum.

Qairys mempamerkan senyuman psikonya.

"hhhiikkkkkkkk!!!!! Uwaaa!!! Seramlah Rys!!! Dahh!!! Dah!!!!" jerit Anna sambil menutup mata.

Qairys merubah riak biasa dan memandang ke luar tingkap. 

Shukri pun muka dah pucat tapi acah macho.

"balik nanti saya tunggu dekat pagar." arah Shukri dan beredar dari kawasan Qairys dan Anna.

Qairys memandang kelibat Shukri yang semakin menjauh.  "poyo" ucapnya sepatah.

Anna menggeleng kepala.  "aku tak faham dengan kau ni Rys! Kau perempuan, tapi macam bukan! Haihhh.. Sebab tulah ramai yang taknak berkawan dengan kau ni. Aku jelah yang sudi.  Kau patut berterima kasih"

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now