7

39 4 0
                                    

Qairys mengeluh seketika.

"awak okay ke? Kenapa mengeluh tu?" tanya Rayyan pelik.

"ohh,  okay je.  Aku memang macam ni.  Mengeluh tu hobi.  Hehe" dalih Qairys. 

"okay. Awak buat apa lagi dekat sini? Pergilah sana.  Saya nak masuk bilik pun nak ikut?"

Qairys hampir terjatuh.  "nak gi lah ni.  Tak nampak ke tengah berjalan?"

Qairys berjalan laju ke biliknya.  Biliknya selang 3 bilik Rayyan. Jadi,  tak adalah jauh sangat.  Jadi jauh sebab keadaan kakinya yang sengal!

Masuk sahaja ke dalam bilik.  Segera dia mendail nombor Wahid. 

Tak lama selepas tu,  Wahid datang bawa fail putih. 

"Cik Qairys,  kami sudah dapat kenalpasti latar belakang dia." lapor Wahid.

"dia polis biasa.  Aku dah tau"

"salah.  Dia anggota polis yang di khaskan untuk selesaikan kes Night Fury iaitu Cik Qairys sendiri.  Dia dikenali ramai kerana penglibatannya dalam setiap operasi besar,  sering membuahkan hasil yang di luar jangkauan. Beliau pernah memberkas 3 buah pusat pelacuran yang terkenal di Kuala Lumpur."

Qairys meraup mukanya.  Waduh.  Berdebar je dadanya.

"beliau juga pernah mengepung kawasan ahli kongsi gelap yang terkenal di sekitar sini.  Gang 360" sambung Wahid.

"bapak dia! Apahal aku tak tahu apa-apa pasal dia pun?"

"Cik Qairys bukan seorang yang busy body. Jadi mungkin sebab itu Cik tak tahu apa-apa pasal dia"

Qairys tergelak sikit.  "Malam ni,  aku nak jalankan operasi besar aku pulak."

Dia terbayang muka Rayyan dan tersenyum sinis.

………………………………………………………………

"Cik, betul Cik boleh pergi seorang diri? Kaki Cik Qairys ni belum baik lagi"

Qairys mengangguk.  Qairys cuba melompat-lompat. Walaupun sakit sikit,  tetapi dia yakin dia boleh berlari jika ada sesuatu berlaku.

"jangan risau uncle.  Ini dah jadi kegemaran aku.  Aku nak bunuh sampai luka dan parut di badan aku hilang.  Kau tau kan?"

Wahid tersenyum nipis.  Dia amat risaukan keadaan anak saudaranya.  Bukan dia tidak menasihati, sudah banyak kali! Cuma, Qairys keras kepala.  Mahu juga disambung sehingga luka dan parut di badannya hilang. 

Wahid memeluk kepala Qairys seketika dan melepaskan Qairys pergi.

………………………………………………………………

Darah mangsa dicalitkan ke lidah. 

"setiap darah yang masuk ke badan aku,  tanda dendamku terbalas sedikut demi sedikit"

Mayat yang berada di dalam mesin basuh dibiar.  Diletaknya sabun dan Qairys menekan punat mula. 

Mesin mula mengeluarkan bunyi pelik gara-gara terlalu berat dengan mayat di dalamnya.

Terdengar siren polis.  Qairys tersenyum sinis. 

"Night Fury!!!" laung satu suara dari jauh.

Qairys bangun perlahan-lahan.  Cahaya lampu yang disuluh ke arahnya dibiarkan. 

Qairys tersenyum sinis disebalik topeng muka yang hanya dilihatkan mata sahaja.

Seperti yang dijangka,  polis itu adalah Rayyan.

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now