20

27 1 0
                                    

"Rys... Mari sini Mama ajar main piano"

Qairys terus mencampak patung dinosaur dan teletubisnya dan berlari ke arah ibunya yang sudah sedia duduk di kerusi panjang yang tersedia khas di hadapan piano. Sampai sahaja di sebelah ibunya, terus dia duduk di sebelah.

Ibunya menekan not piano yang berlainan. Lagu yang dimainkan adalah moonlight sonata.

Qairys pov.

"Suraya!!!!!" jerit papa sambil melangkah marah ke arah mama.

Rambut mama ditarik kasar membuatkan mama terbangun.

"arghh!! sakit bang!!" raung mama sambil memegang tangan papa untuk melepaskan rambutnya.

Aku memandang sambil tersenyum.

Mama pernah kata, bila papa buat macam tu, maksudnya papa sayang mama. Dan aku percaya.

Cuma aku ragu juga. Mama tak pernah senyum bila papa buat macam tu.

Aku memandang mama dan tersengih. Papa memukul mama sehingga bibir mama berdarah.

Aku rasa sesuatu yang lain. Aku tahu, mama sakit. Aku takutkan darah.

"papa, mama berdarah!" jeritku.

"kau diam!!" tengking papa. Aku terpana. Aku tiba-tiba rasa, sebak.

Aku tak pasti sama ada papa sayang atau marah. Aku mula menangis.

Papa terus memukul mama.

"aku dah kata jangan jumpa jantan tu!!" marah papa.

Aku berlari keluar rumah sambil menangis. Wahid datang mendekati aku.

"Qa kenapa ni?" tanya Wahid risau.

"mama tipu. Mama kata bila papa pukul, maksudnya papa sayang. Tapi tadi Qa nampak bibir mama darah banyak. Darah tu kan sakit!" aduku dengan esak tangis.

Wahid memelukku. "Qa, jom uncle bawa jalan-jalan" ajak Wahid.

Dia tahu mama menipu. Cuma dia tak boleh masuk campur. Dirinya dilarang oleh Mama untuk masuk campur.
.

.

.

"Qa, jangan mudah sayang orang tau? Jangan rapat, suka atau sayang mana-mana lelaki bila dewasa nanti eh? Kalau tak, nanti Qa kena macam mama" nasihat Wahid sebak.

"emm, mulai hari ni Qa cuma sayang uncle dengan Taufiq je"

Aku mengesat air mata.

"mama?"

"mama tipu Qa. Qa benci mama. Papa pula buat mama berdarah, Qa benci dua-dua"

Wahid tersenyum kelat.

"jangan benci mama. Syurga bawah tapak kaki mama."

Qairys hanya terangguk-angguk faham.

.....................................................................

Dah 3 hari papa pukul mama.

Mama terbaring layu di lantai. Selepas dibelasah, papa hilang entah kemana entah.

Aku sebak melihat keadaan mama. "mama... Kenapa papa tak sayang mama?" tanyaku. Air mata dah berkumpul di kelopak mata.

Mama segera bangun dan duduk berdekatan dengan aku.

"Qa-Qairys.... Papa curang dengan mama..." adu mama dan menangis.

"curang tu apa ma?"

"papa tak sayang mama... Apa mama nak buat rys?"

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now