12

35 3 0
                                    

Ugh..  Aku bangun dari pembaringan. Kepala aku rasa macam diletakkan beban seberat 50 kg!

Berpinarnya rasa! Apa jadi ni?

"kau dah bangun?" tanya satu suara. 

Aku pusing memandang figura yang berada di tepi katil aku.

"kau sedar tak kau tu bawah umur? Apahal kau pergi club? Apahal kau minum arak?! Tak sedar diri tu islam?!" marah suara itu. 

Aku sendiri terkejut.  "aku pergi club?! Buqt apa?!"

"tanya diri kau tu!" marahnya lagi.

Aku cuba hadam balik apa yang berlaku malam tadi. 

Ya.  Aku memang minum arak.  Orang disebelah aku adalah Rayyan. 

"macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanganku masih lagi mengurut kepala yang pening.

"aku nampak kau jalan laju je pergi club malan tadi.  Aku followlah. Tahu-tahu kau pitam kat sana.  Nasib aku yang sambut!"

Qairys bangun dan pergi ke bilik air.  Loya tekaknya. 

Bluekkkkkk!! Segala macam isi perut aku keluarkan. 

Selepas habis muntah,  aku membasuh mulut dan terduduk lemah di sebelah sinki. 

"nampak je cara kau ni,  dah tahu dah,  kau baru first time minum arak kan? Apahal kau buat macam tu? Ada masalah pun boleh settle elok-elok!"

Aku dipapah oleh Rayyan menuju ke katil. 

"Sekarang pukul berapa? Aku kena sekolah"

"tak payah! Dah pukul 9 dah pun!"

Terbuntang mata aku.  Kenapa tak kejut awal-awal?!

Aku kelam kabut gi capai tuala dan menuju ke bilik mandi. 

Setapak sebelum melangkah ke dalam bilik air,  aku rebah. 

………………………………………………………………

Pov asal.

Anna menyelimutkan Qairys yang sedang nyenyak tidur. 

"kau sama je bodoh! Tak ada terfikir nak mintak maaf kat aku langsung! Layankan sangat ego kau yang nak menang je tau!" marah Anna geram.

Terpandangkan wajah Qairys yang sedang tidur,  hatinya menjadi sebak.

"kan lagi bagus kalau kau mengaku je yang kau sayang aku. Kaulah sahabat baik pertama aku.  Selama ni orang taknak dekat dengan aku langsung sebab aku miskin dan keadaan keluarga aku yang tunggang langgang. Terima kasih risaukan aku" sambung Anna dan mengesat air matanya. 

Rayyan hanya memandang sambil tubuhnya disandarkan di pintu.

"dan kau yang dekat pintu tu"

Rayyan memandang hambar.  "apa?"

"jaga Rys elok-elok.  Aku taknak kacau hidup dia lagi"

"kau nak pergi mana?"

"balik kampung. Jangan bagitahu budak bedebah ni.  Nanti dia cari aku.  Cukuplah aku kacau dia selama ni"

"tch! Drama. Kampung kau kat mana? Nak buat apa balik kampung? Tak sekolah ke?"

"kampung aku kat Muar, Johor.  Aku balik rumah nenek aku.  Nenek aku nak jodohkan aku dengan cucu kawan dia lepas SPM nanti. Aku sambung sekolah dekat sana je."

"oh kay"

"jaga Rys elok-elok" pesan Anna sekali lagi.

"ramai dah bodyguard dia,  nak aku iaga jugak? Mengadanya" jawab Rayyan menyampah.

Qairys MalikiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora