17

33 1 0
                                    

"arghhhhhhhh!!!! Jangan pukul aku!!!!!!" jerit Qairys dan terjaga dari tidurnya.

Qairys melepaskan keluhan berat. Langkah dibawa keluar dari bilik dan turun ke dapur.

Peti ais dibuka dan dicapai sekotak jus oren jenama Marigold.

"can't sleep?" tanya satu suara.

Qairys segera pusing mencari kelibat yang bersuara.

Cak! Rayyanlah! Siapa lagi kan? Haihh

(Rayyan: kenapa kau mengeluh weh? Teruk sangat ke aku ni?😭)

"kau nak apa?" tanya Qairys sambil menuang jus oren ke dalam gelas.

"nak jugak" jawab Rayyan dan mendekatkan gelas miliknya ke gelas Qairys. Qairys dengan baik hatinya tuang kat gelas dia sekali.

Selepas kedua-dua mereka minum, Qairys dan Rayyan menghela nafas lega serentak.

Seketika mereka terpandang antara satu sama lain.

Dub dab! Dub dab!

Rayyan menelan air liurnya. Cun jugak budak ni.

"pahal pandang?" tanya Qairys dan merampas cawan di tangan Rayyan.

"manusia kan suka pandang yang cantik. Biasalah tu" jawab Rayyan selamba sambil menarik kerusi di meja.

Gelas yang dipegang Qairys hampir saja terjatuh mendengarkan ayat Rayyan. Bikin gigil saja!

Qairys menuju ke sinki dan membasuh kedua-dua cawan tadi.

"taknak tanya kenapa aku cakap macam tu ke?" tanya Rayyan sengaja.

Jantung Qairys berdegub kencang. "ke-kenapa?"

Taufiq pov.

Aku memusingkan tubuh aku ke kiri dan ke kanan. Dari tadi aku cuba tidur! Bukan tak cuba!

Semuanya sebab fikir pasal Qairys dan Rayyanlah! Tak senang dibuatnya.

Agak-agak Rayyan ada buat apa-apa dekat Qairys tak?

Aku bangun dari katil dan menuju ke tingkap. Mengintai rumah sebelah.

"Rys.... Apa awak buat sekaranggg.. Hukk hukkk"

Aku kembali ke katil dan mencapai telefon pintarku.

"nak call ke tak?" tanyaku sendiri.

Aku membuat keputusan untuk call je Qairys. Hukhuk! Taknak jadi pape dekat sayang aku!

Tooott tooott...

"kenapa awak tak angkat Rys??!!!" raungku sendiri.

"Fiq!!! Tidurr!!!" marah mama.

Auch.

........................................................................

Keesokkannya..

"morning" ucap Qairys kepada Rayyan yang sibuk tolong bibik memasak.

"morning budak! Meh duduk! Wat macam rumah sendiri okay?"

Qairys memandang Rayyan dengan hambar. 'memang rumah aku pun cilake!' getus hatinya.

"mak kiah pun duduk. Biar Ayan masak" suruh Rayyan dan menolak bibik dengan lembut.

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now