16

35 1 0
                                    

Qairys menarik tangan Anna dengan kasar.

"kau nak apa Rys?!" marah Anna.

"kau kata kau balik kampung! Kenapa kau tipu Rayyan and aku?!"

Anna dah berpeluh dah.

"kau memang dah benci sangat dekat aku ke?" duga Anna sengaja.

"stoplah wei! Sampai bila kau nak ragu-ragu dengan aku?! Masa first kita berkawan lagi, aku dah janji yang kau akan jadi kawan baik aku! Apa lagi yang kau nak?!"

"tapi kenapa kau layan aku teruk?! Aku manusia jugak Rys.. Aku teringin rasa kasih sayang... Mak bapak aku tak sayang aku langsung, diorang pukul aku sejak aku tingkatan 3 hanya sebab diorang stress kerja! jadi salah ke aku nakkan kasih sayang seorang kawan?" mata Anna mula berkaca-kaca.

Qairys tersentak. Dia sendiri tak cukup kasih sayang.

"kau rasa selama ni aku berkawan dengan kau, tolong kau... Hanya sebab simpati ke?" tanya Qairys. Dia benar-benar terkesan.

Anna hanya mendiamkan diri.

"kau sikit pun tak pernah anggap, apa yang aku buat hanya sebab aku sayang kau sebagai kawan?!"

Anna diam lagi. Dia selalu sangat ragu dengan Qairys.

"kau nak aku buat apa lagi ha?!!" tengking Qairys. Sungguh dirinya terasa seperti tak berguna.

Anna menangis. "ini semua salah kau!! Salah kau sebab bersikap dingin dengan aku dan semua orang! Sampaikan aku tak pasti sama ada kau ikhlas atau tak! Tak pernah langsung kau layan aku macam sahabat yang biasanya diceritakan dalam novel dan drama senja!"

Qairys sekali lagi tersentak. Ya, sejak dia bunuh ayah kandung dan mak tirinya dahulu.. Dia bertukar menjadi manusia yang dingin. Selesanya hanya bersama Wahid dan Taufiq.

"aku nakkan kasih sayang dari satu-satunya sahabat aku, iaitu kau Rys!"

Mata Qairys berkaca-kaca. Dia teringat kisah silamnya dulu. Tidak pernah dia dapat walau sekelumit rasa sayang dari keluarganya. Ibu kandungnya meninggal sewaktu dirinya berumur 3 tahun. Wahidlah yang menjaganya. Ayahnya selalu memukul Qairys. Sehinggalah usia Qairys mencecah 12 tahun. Itupun gara-gara dia sendiri membunuh ayahnya. Termasuk ibu tirinya yang kejam.

Air mata Qairys tumpah. "mulai harini, kau cari sahabat lain yang boleh bagi kasih sayang dekat kau"

Anna tersentak habis! Tak pernah dia nampak Qairys menangis.

"aku... Qairys Maliki... Tak layak berkawan dengan kau. Aku tak mampu bagi kasih sayang dekat kawan aku sendiri"

Qairys berlalu meninggalkan Anna yang terkejut dengan keputusan Qairys.

........................................................................

Qairys pov.

Pintu bilik aku diketuk.

"Cik Qairys... Cik Qairys okay?" tanya Wahid dari luar bilik. Sejak aku balik sekolah tadi lagi.

Aku mengesat hingus dan air mata aku. Broken teruk aku!

Aku segera menuju ke pintu dan membukanya. Terlihat wajah Wahid yang jelas kelihatan risau tengok mata aku sembap teruk.

Air mata aku turun. "bo-boleh tak..."

Muka aku memerah. Malu+sebak.

"boleh tak... Aku panggil kau uncle mulai harini?" tanyaku sambil aku alihkan pandangan ke tempat lain.

Qairys MalikiTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon