8

41 5 1
                                    

Qairys mengurut tengkuknya yang dirasakan lenguh.  Malam tadi dia menyuwit dengan Anna dalam bilik.  Anna pulak tiber je mengada nak tidur sama. 

Qairys keluar dan menutup pintu bilik Anna perlahan-lahan supaya tidak mengganggu Anna yang sedang nyenyak tidur.

Dia kemudiannya berjalan di koridor menuju ke lift mahu turun ke restaurant untuk mengisi perut.

Tak senonoh punya budak. Bangun terus cari makanan!

Belum sempat dia menekan punat lift untuk turun ke bawah,  pintu lift sudah terbuka. Terpana seketika apabila yang berada di dalam lift tu adalah Rayyan. 

Beberapa orang keluar dari lift itu sebelum Qairys memasuki ruangan itu.  Kini tinggallah mereka berdua di ruangan kecil itu. 

Qairys diam.  Moodnya kembali melayang.  Mungkin sebab tak berjumpa Taufiq?

"kenapa dengan bahu kau?" tanya Qairys acuh tak acuh.

"bukan urusan awak" balas Rayyan dingin.

"eleh.  Orang tanya sebab care.  Nanti tak ada yang care pasal dia,  tahulah!"

"care? Awak siapa nak care pasal saya?"

Qairys berfikir sejenak.  "aku sedara sesama islam kau. Salah aku care?"

Rayyan terdiam.  Nampak macam sentap. 

"kau dah makan?" tanya Qairys lagi.

"belum. Tak ada selera"

"meh ikut aku.  Aku lanje.  Sian kau bahu sakit.  Berbalut dah"

Munafik kau Rys! Bahu dia jadi macam tu sebab kaulah! Nasib je tak putus tau?!

"tak payah.  Saya ada urusan lain. Terima kasih jelah"

"okay,  tak mintak kau terima pun. Saja je nak acah baik"

Rayyan mengetap bibir.

Qairys menekan bahu Rayyan yang luka.

"arghh!! Awak dah kenapa?!"

"hmm,  apa hal jadi macam ni?" tanya Qairys sambil masih melihat ke arah bahu Rayyan.

"awak tahu Night Fury kan?" tanya Rayyan.

"hmm"

"dia yang buat saya jadi macam ni" jelas Rayyan.

Qairys memandang wajah yang kelihatan marah itu dengan selamba.

"dahtu?" tanya Qairys.

"jadi,  saya sebagai Polis yang ditanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes Night Fury ni nak pesan,  hati-hati dan jangan keluar malam" balas Rayyan malas.  Cakap dengan Qairys macam cakap dengan tunggul. 

"okay"

Pintu lift terbuka. Qairys menghadiahkan satu senyuman dan jelingan ke arah Rayyan.  Ya,  kelihatan sinis.

Rayyan mengesan sesuatu yang pelik.

mata dia... Pandangan yang sama yang diberikan Night Fury..

Belum sempat Rayyan memanggil Qairys,  pintu lift sudah pun tertutup.

………………………………………………………………

Tok tok tok..

"jap!" laung Taufiq dari dalam.

Seketika kemudian. Pintu terbuka.

Qairys terus memasuki rumah Taufiq tanpa memberi salam.

"mana mak bapak kau?" tanya Qairys sambil baring di sofa.

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now