11

36 3 0
                                    

Qairys Pov.

Anna yang berada di sebelah,  aku tepuk perlahan.  Dari tadi dia menangis.

"sabarlah.  Jangan risau.  Aku akan pastikan nama kau bersih lepas kau datang sekolah nanti"

Tetap sahaja Anna menangis.  "aku nak mati!"

Aku menjulingkan mata.  "kau pahal? Kau selalu ingatkan aku pasal pahala dan dosa.  Takkan aku pula nak ingatkan kau tentang bunuh diri tu berdosa?"

Anna tersentak dan menangis lagi.

"alah lagipun kita belum buat check up lagi.  Kau ni pun!"

"andai kata aku betul-betul mengandung? Mana aku nak sorok muka aku?"

Aku berfikir sejenak.  "meh nyorok dalam baju aku"

Anna menumbuk bahu aku.  "tak kelakarlah Rys"

"ish.  Siap sekarang.  Kita buat check up. Alang-alang aku nak bawak sorang pompuan ni. Dia pun kes macam kau jugak tapi dia rela.  Macam kau ni,  kena paksa"

Anna mengelap air matanya.  Siapa?

………………………………………………………………

"ni ha pompuan yang aku cakap tu" jelasku.

"Dina?!"

"Anna?!"

Tanya mereka serentak. Aku pandang diorang pelik.  Kenal ke?

"ha nak kenal-kenal dalam kereta nanti ya?"

Aku terus bawak diorang masuk dalam kereta.  Wahid pandulah apa lagi.

"huh.  Ingatkan perempuan yang dianggap suci ni takkan buat kerja terkutuk,  rupanya sama je!" sindir Dina.

Aku hanya memasang telinga di seat depan.

"diamlah pelacur.  Aku mangsa.  Kau rela.  Sekarang siapa lagi teruk?" balas Anna dingin. 

Aku membuat muka terkejut dan pandang Wahid.  Wahid juga pandang aku dengan muka bersalah. 

'tak apa ke kalau kita pasang telinga?' getus hati Wahid serba salah.

"kurang ajar!" marah Dina dan disertakan dengan tamparan ke pipi Anna. 

Pak! Bunyinyaa.  Sekali lagi aku buat muka terkejut.  Tak sangka sampai macam tu!

Senyap di belakang. 

"tamparlah sebanyak mana kau nak.  Sekarang jelaslah siapa mangsa dan siapa yang rela" jelas Anna. 

Aku bertindak dengan menoleh kebelakang.   Aku pandang sekor-sekor. 

"tau pulak tunduk?! Tadi bukan main! Sekali lagi korang gaduh,  aku humban masuk gaung!"

"dan kau perempuan! Siapa nama kau? Nana?"

"Dina"

Wahid tersengih kelat.  Sama je Si Qairys dengan Rayyan! Main sebut je nama orang!

"hah! Kau sentuh Anna lagi,  aku campak kau ke rumah keluarga kau.  Kasi malu dapat anak macam kau!"

Masing-masing diam.

………………

"Tahniah kepada Cik Radeena Humairah.  Cik disahkan mengandung 10 hari." ucap doktor wanita itu sambil tersenyum manis.

Dina menjatuhkan air mata.  Oh no!

Anna pula tersenyum puas.  Padan muka kau!

"dan..  Kepada Cik Anna,  Cik tidak akan mengandung kerana disahkan mandul." jelas Doktor itu lagi. 

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now