18

27 1 0
                                    

"ehh nak pergi mana tu Rys?" tanya Taufiq yang kebetulan ternampak Qairys berjalan seperti marah bebenar.

Melihatkan Qairys yang tidak mengendahkan dirinya,  dia mengikuti sahaja kemana halatuju Qairys.

Qairys menuju ke kantin mendekati vending machine yang terdiri dari air tin,  air kotak dan snek.

Syiling dimasukkan dengan kasar ke mesin snek.

Qairys menoleh kekiri dan kanan. Taufiq yang mengekori segera menyorok. 

"BAMM!!!" hentakan kuat di mesin kedengaran.

Taufiq terjatuh.  Dadanya dipegang.  Ohhhh makkkkk kusss smangattt!! Baru dia nak mengintai Qairys balik...

"KELUAR JELAH!!!" tengking Qairys.

Taufiq menelan air liurnya yang terasa seperti batu...

'dia tau ke aku ikut dia?' getus hatinya risau.

"baik kau keluar sebelum aku belasah kau!" marah Qairys lagi.  Taufiq mula menggeletar.  Nak keluar ke tak?

"BANGGGG!!!" hentakan kuat kedengaran, Taufiq yang terkejut segera keluar dan bersujud ke arah Qairys.

"arghhhh!!! Maafkan sayaaaa!!!"

Taufiq mengangkat kepalanya melihat Qairys yang sedang memandangnya pelik sambil tangannya memegang air tin 100 plus.

"kau kenapa?" tanya Qairys masih dalam posisi sama.

Segera Taufiq bangun.  Dia berdeham seketika untuk mengumpul ke-macho-an nya yang berterabur tadi.

"tadi duit saya jatuh tadi,  rasa bersalah sangat,  sebab tu saya mintak maaf dekat duit saya"

Qairys tergelak sinis sebelum membuka air tin haram di tangannya itu.

"tadi saya macam dengar bunyi hentakan. Awak buat apa?" tanya Taufiq gugup sambil tangannya ligat memasukkan not seringgit dan duit syiling.

"ohhh macam ni ke?" tanya Qairys serentak kakinya dihayun laju ke arah mesin air pilihan Taufiq. 

Sekali lagi Taufiq melutut gara-gara terkejut. 

Tiba-tiba,  vending machine tu meragam dan keluarkan bunyi pelik.
Zeettt....  gruuukk gruukkk... Klang!

Burrrrrr!!! Berlambak air tin keluar dari mesin tu. 

Qairys dah start depa tangan dah,  nak sambut air-air tin tu. Yang Taufiqnya dah lama rebah sebab kena hempap dengan tin-tin berat tu.

……………………………………

Taufiq pov.

Aku buka mata je,  nampak Qairys tengah bercakap dengan sorang cikgu. 

"kami lalu je,  tetiba mesin tu meragam lepastu serang saya dengan Taufiq.  Saya pun tak lepaskan peluang,  uncle saya kata orang memberi kita merasa...."

Apa dia merepek pun aku tak tau. Aku segera bangun dan membetulkan posisi duduk. 

Rupanya cikgu tu adalah pengetua! Aku tunduk sedikit ke arahnya.

"cuba ceritakan dekat saya apa yang jadi? Dahi kamu bengkak teruk ni. Cakap je,  Qairys ni pukul kamu kan?"

Aku tergelak.  "apa cikgu niiii! Tak macholah kalau saya biar diri saya kena pukul dengan perempuan"

Puan Faridah mencebik.  "saya bukan apa,  saya risau je kot-kot si Qairys ni pukul kamu"

Qairys menjulingkan matanya.  "kalau saya nak pukul dia,  dah lama saya pukul"

Qairys MalikiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang