5

40 3 0
                                    

Waktu rehat...

Qairys menghentak kepalanya di vending machine berkali-kali.  Matanya ditutup rapat.  Dia perlu mengeluarkan sifat bengapnya apabila berjumpa dengan pengetua.

Seperti minggu yang lalu,  dirinya dicabar menjadi MC di pentas pada hari persaraan guru matematik tingkatan 3. Ha! Habis riuh! Macam sambut hari guru! Terkesima habis cikgu yang bersara tu!

Kepalanya masih dihentak di vending machine itu.  Bebudak yang lalu pandang pelik je. 

Dah kenapa akak form 5 ni?

Diam dik.  Kau tak tahu apa-apa dik. 

Tau-tau satu tangan menghalang dari kepala Qairys menghentak vending machine itu. 

"thank you" ucap Qairys.  Dia tahu itu Taufiq.

"welcome.  Kalau nak hentak,  jangan slow-slow.  Kuatlah lagi" perli Taufiq sambil masih lagi memegang dahi Qairys.

Qairys mengeluh.  Dia menghentikan hentakan.  Dia memandang Taufiq seketika.

Kemudian dia sambung menghentak kepalanya ke vending machine dengan lebih kuat. 

"woi! Roboh! Roboh!!" tegur Taufiq dengan panik sambil memegang vending maching yang bergerak-gerak seperti mahu tumbang.

Qairys menghentikan hentakan.  Dia mengusap dahinya yang terasa sakit. 

"Ya Allah! Merah dah dahi awak ni!!" marah Taufiq sambil mengusap dahi Qairys. 

Tetiba sorang budak perempuan anak cikgu Salimah kalau tak silap,  tengok Qairys dengan si Taufiq ni dok usap dahi Qairys.

"hakak dengan abang dating eh? Ummi kita cakap,  tak elok dating-dating..  Nanti awoh (Allah) marah" tegur budak tu. 

"woi! Tak tahu ke dia sepupu aku? Ha? Tak tahu? Stress duh budak! Huwaa!! Kau dah buat aku nangis! Bak meh gula-gula! Pakcik aku kata,  tak elok buat orang nangis,  nanti Awoh marah!" balas Qairys meniru lagat budak kecil itu. 

"alaaaa... Kita tak sengaja buat awak nangis! Lagipun kalau awak nangis,  mesti keluar air mata! Ni asap pun tak ada!" balas budak kecil itu lagi.

"hm,  kalau taik mata boleh kan? Kira jadilah kan? Sebab mata mana boleh keluarkan asap" tanya Qairys lagi.

"hmmm,  bolehlah.  Nah amik gula-gula ni.  Kongsi dengan abang ni tau?" putus budak kecil itu dan menghulurkan 1 gula-gula bungkus dan berlalu pergi. 

Qairys dan Taufiq berpandangan seketika. 

......

"Hanet apa hanjing?! Kau nak suruh aku share camne gula-gula ni?!" tanya Qairya tak puas hati.

Taufiq menggeleng kepala.  "awak ni...  Perangai tak berubah langsung! Budak kecil jelah!"

Qairys memuncung.  Inilah apa yang terjadi apabila Qairys stress dan berada di hadapan Taufiq. 

"jom lepak kelas.  Dah 5 tin air keluar secara tak sengaja sebab awak hentak tadi."

Qairys mengikut langkah Taufiq yang menarik tangannya. Dia menghirup air hundred plus yang tak sengaja keluar. 

"cuba cerita dekat saya,  apa masalah awak"

Qairys terfikir tentang Anna,  mangsa yang membuatnya menangis, tentang penyertaan acara sukan tadi,  dan tidak lupa juga..   Taubatnya.

Dia mengeluh seketika.  "tak ada apa-apalah.  Kau join sukan tak? Kau rumah sukan apa?"

"ada. Lebih kurang dalam 5 acara. Saya masuk rumah sukan merah. Huhu... Saya masuk sini balik,  terus ramai cikgu serbu saya! Kalau tahu hari sukan belum lepas,  saya takkan pindah sini balik!"

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now