3

52 4 0
                                    

"Taufiq.. Bila kau balik? Bukan kau kata,  kau menetap dekat sana terus ke?" tanya Qairys pelik. 

"saya rindu awak.  Hehee.  Tu yang saya terbang balik ke sini." balss Taufiq dengan senyuman manis. 

"HaHa.  Kelakarnya.  Senak perut aku." balas Qairys dengan nada mendatar. 

"hish.  Still sama macam dulu.  Ni yang saya suka dekat awak ni.  Jarang-jarang ada perempuan macam awak"

"aku nak pergi kelas." segera Qairys meninggalkan Taufiq di situ.  Mengganggu betul!

………………………………………………………………

Pada waktu rehat..

"weh.  Dengar cerita,  malam semalam,  ada satu lagi mangsa Night Fury.  Seram gila weh!! Usus pakcik tu kena rentap sampai putus! Aku dah kata,  Night Fury ni bukan manusia! Korang semua tak percaya! Tengok sahajalah keadaan mangsa-mangsanya." heboh seorang perempuan di dalam kumpulan yang duduk semeja dengan Qairys dan Anna. 

"tulah.  Aku syak,  dia ni naga kot? Macam dalam cerita 'How to train your dragon'. Ha.  Nama dia pun sama macam 'toothless'." ujar seorang lagi.

"banyak sangat kau tengok channel 611 ni.  Merepek kau kalau boleh nak pergi ke bintang! Mendenya naga boleh ada kat KL ni wei.  Logik sikit." sampuk seorang lagi.

Qairys nak tergelak tapi ditahan. 

"weh.  Dengar cerita, mengumpat dan memfitnah tu dosa besar?" Soal Anna kepada Qairys lebih kepada perlian kerana soalannya dikuatkan. 

Kumpulan perempuan di sebelah mereka memandang dengan tajam.  Ada juga yang menjeling. 

"ceh. Anna rupanya! Huh.  Minum arak pun dosa besar tau? Pergi cakap dengan bapak kesayangan kau balik nanti ya?" balas perempuan yang memulakan era bawangan tadi.

Muka Anna berubah.  Sedih dan sayu. Qairys masih mengunyah roti dan memandang muka Anna dengan hambar. 

"oh dan satu lagi Qairys... Kalau tak keberatan,  kau boleh join group kitorang.  Tak perlulah kau join budak sepelik dan semiskin Anna ni.  Memalukan betul" sambung perempuan itu tadi. 

Qairys memandang wajah perempuan itu dengan kunyahan yang masih diteruskan dihiasi wajah hambarnya. 

Anna memandang wajah Qairys sayu.  'semestinya Qairys akan memilih mereka'

Qairys bangun dari kerusi dan beredar.  "Anna,  cepat.  Dah nak habis waktu rehat."

Anna terharu.  Itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Qairys masih ingin berkawan dengan dirinya. Segera Anna berdiri dan mengejar langkah Qairys. 

"terima kasih Rys.." ucap Anna terharu.  Walaupun kadang Qairys melayannya dengan teruk,  tetapi dia tidak pernah kisah.  Dia tahu,  jauh di lubuk hati Qairys,  tersimpannya perasaan sayang seorang sahabat. 

Qairys masih mempamerkan riak hambar. 

"balik ni teman aku jumpa crush kau dekat pagar sekolah.  Aku hantar kau balik" arah Qairys.  Segera Anna mengangguk. 

………………………………………………………………

"ada apa nak jumpa?" tanya Qairys malas.

"kenapa awak ajak Anna sekali?" tanya Shukri kembali. 

"tak ada pula aku dengar kau kata,  tak boleh bawa kawan"

Shukri mendengus.  "hujung minggu ni, saya nak ajak awak jalan-jalan.  Just the two of us."

Qairys menguap.  Mengantuk pula matanya. 

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now