22

30 1 0
                                    

"nah, makan sebelum sejuk" arah Qairys sambil mencampak satu bekas ke arah Rayyan. Dia langsung tak boleh tengok Rayyan dalam pakaian seragam polis! Hensem kot?? Eheheeeee

Rayyan segera menyambut bekas itu.  "apa ni?"

"mee goreng.  Mak Kiah masakkan. Tanda terima kasih sebab semalam" sambung Qairys. 

Rayyan perasan yang Qairys tak nak pandang matanya pun.  Kejap-kejap toleh kiri.  Kalau tak kiri,  kanan pula.

"ohh,  terima kasih.. Susah-susah je" balas Rayyan dan tersengih.

"makanlah.  Aku nak kena bawak balik bekas tu" arah Qairys. 

"takpelah.  Nanti aku datang rumah kau"

"tak payahlah,  takkan datang semata nak pulangkan bekas?" Qairys sudah memandang tepat ke mata Rayyan.

"ya,  supaya aku tak payah cipta alasan pelik-pelik untuk jumpa kau."

Pap! Jantung Qairys berdegub teruk. "okay, bye"

Qairys berjalan laju ke kereta.

"Qa,  malam ni kau free??" tanya Rayyan yang masih tak bergerak.  Tersenyum je tengok Qairys sembunyikan malu dia.

"tak" jawab Qairys dan terus masuk ke kereta dan bergerak balik.

Rayyan tersenyum dan segera masuk ke dalam balai.

"hoi Yan,  bini eh? Tengok sikit bekal apa" usik rakan setugas Rayyan.

"ape kau nih?" balas rayyan dan tersenyum-senyum.

"Ally nak campak mana? Kalau taknak,  bagi aku jelah."

"ambiklah.  Tak hamak. Gi cakap dengan dia, aku dah ada pengganti Arda" balas Rayyan sambil membuka penutup bekas mee goreng yang diberi Qairys.

"wow! Thank you bro"

.

.

.

.

.

.

.

Malam..

Suara yang membaca ayat suci Al-Quran kedengaran. 

Qairys menjingkitkan kakinya menuju ke arah bilik Wahid. Pintu dibuka sedikit.  Bacaan al-Quran tadi terhenti.

'uikss?!! Dia perasan ke?!!' jerit hatinya.

Seketika lepas itu,  bacaan diteruskan lagi.  Setelah bacaan ayat al-Quran itu habis,  ditamatkan pula dengan bacaan doa yang tak difahami Qairys. 

"masuklah. Sampai bila Qa nak intai?" tanya Wahid tanpa memandang Qairys. 

"Bab!!" Qairys terjatuh sebab terkejut.  Selepas tu,  mencicit dia lari ke bilik.

Wahid keluar dari bilik dan tersenyum. 

Keesokkannya...

Qairys bangun awal dari biasa, terus mandi,   dan menyarungkan jersi bola sepak lengan pendek dan juga seluar trek.

Rambut diikat ponytail.  Botol air tersedia di tangan.  Senyuman yang penuh keazaman itu dileretkan.

Earphone dipasang ke telinga dan mp3 ditekan.  Lagu Hello by Adele berkumandang.

Setelah memastikan semuanya sempurna,  segera dia keluar rumah dan berjoging ke taman rekreasi terdekat.

Sampai di taman,  Qairys memilih satu pondok untuk memulakan senaman memanaskan badan. 

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now