Qairys adalah seorang pembunuh bersiri yang terkenal dan digelar 'The Night Fury' yang membawa maksud.. 'Radang Malam' (p/s: macam dalam cerita 'how to train your dragon' (・'з'・)) Kerana apa digelar begitu? Kerana setiap pembunuhan yang dilakukan pasti pada waktu malam dan mangsa dibunuh secara ngeri! Seperti diamuk binatang buas. Sudah berkali-kali pihak polis cuba memberkas Qairys.. Namun Qairys seperti harapan. Hilang saat dicari, muncul tanpa disedari. Dia juga seorang pelajar di sekolah menengah tinggi. Identitinya sebagai pembunuh bersiri.. Tidak diketahui sesiapapun. Keluarga? Dia tidak punya keluarga. Hanya pekerjanya yang tahu siapa dia yang sebenar. Yang dia ada hanyalah kekayaan. Dia tidak pernah merasai kasih sayang. Dan disebabkan itu, hatinya mengeras dan tidak disimpan walau sikit belas kasihan. "kepuasan aku? Darah." _Qairys Maliki. Muncul pula seorang polis pertukaran yang bernama Rayyan Redzuan yang mana merupakan ketua kumpulan Alpha yang ditugaskan untuk memburu Qairys. Satu-satunya anggota polis yang tidak pernah berputus asa memburu Qairys. ______________________________________________ "aku takkan lepaskan kau Night Fury.. Kau milik aku. Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!" _Rayyan Redzuan. Namun takdir Allah tidak dapat dijangka.. Saat tertambatnya jiwa dan raga. Saat hati dikawal oleh cinta, semua boleh jadi gila. Ya. Seperti yang dijangka oleh semua.. Mereka jatuh suka antara satu sama lain. Tetapi halangan demi halangan menguatkan diri mereka untuk berpegang pada pegangan masing-masing. Adakah Qairys akan berubah? Dapatkah Rayyan membunuh Qairys seperti yang diazam? Adakah mereka akan bersatu dan bersama? Bolehkah seorang pembunuh bersiri yang hina seperti Qairys bersama dengan seorang ketua polis yang mulia seperti Rayyan? Dapatkah Qairys berubah? Nantikan.