10

39 3 0
                                    

... "Anna, aku gi sekolah dulu eh? Kau dok sini diam-diam. Ada apa-apa, minta Wahid" laung Qairys dari luar bilik.

"haaaaaaa kayyy!!" balas Anna dari dalam bilik.

Qairys berjalan ke lift sambil membuka 2 butang baju sukannya. Dia lebih selesa begitu.

Sedang pintu lift mahu tutup, satu kaki menahan pintu lift itu. Dan masuklah Rayyan.

"hei budak butang baju sukan kau tu. Kau tu perempuan" arah Rayyan dan memasuki lift.

"oh yeke?" Qairys membuka butang terakhir baju sukannya.

Rayyan mendengus. Degil betullah!

"Hei" panggil Rayyan.

Qairys memasang earphone ke telinganya.

"hei. Aku panggil ni"

Qairys sengaja menonong. Konon tak dengar, lagu kuat sangat.

"jangan nak membongak dengan akulah. Earphone kau tak cucuk kat phone kau pon!" marah Rayyan seraya mematikan lakonan Qairys.

Qairys menahan malu dan segera mencabut earphonenya.

"apa kau nak?"

"kau pergi sekolah naik apa? Nak aku hantarkan?"

Qairsy memandang Rayyan pelik. "tak payahlah. Risau accident je kau ni. Yelah, bahu kau tak baik lagi kan? Luka kena tembak bukan sekejap je baik" balas Qairys acuh tak acuh.

Tak sedar diri terlepas cakap.

"mana kau tahu aku kena tembak?" tanya Rayyan sinis.

Qairsy mengawal riak. Dia tetap membatukan mukanya. "kau polis kan? Kalau cedera camtu mesti kena tembak. Apa kau main palang sampai bahu kena gaut ke?"

Rayyan menggigit bibirnya. Budak ni kalau aku cakap, aku yang sakit hati!

"kau kenal Night Fury?" tanya Rayyan sengaja.

"sedara aku tuh" jawab Qairys selamba.

"aku tanya betul-betul ni"

"aku jawab tipu-tipu ke tadi?"

"kau ni... Aih"

Qairys mencucuk earphonenya dan memasang lagu sekuat alam.

Sudahlah dia terbangun lambat. Jumpa pula si polis kepoh ni. Malabg sungguh hidup.

Ting! Pintu lift terbuka. Diluar lift, Wahid sedia menunggu.

"siapa nama kau? Jahid eh? Biar aku hantar dia ke sekolah. Dia setuju" arah Rayyan.

"Wahid" jawabnya malas. Sukati tukar nama aku!

Qairys malas nak ambik port lagipun dia tak dengar apa yang dibualkan sebab lagu dia memang memekakkan telinga. Qairys hanya mengangguk-angguk mengikut rentak lagu.

Si Wahid pula tersalah-faham. Dia ingat si Qairys ni setuju sebab tu angguk-angguk.

Segera Wahid dan 2 orang lelaki suruhannya beredar.

Qairys pelik. Mungkin ingat Qairys jalan kaki kot hari ni.

Terasa earphonenya dicabut seseorang. Segera dia pandang orang tu.

"kau naik dengan aku. Wahid suruh." jelas Rayyan dan menarik beg Qairys.

Qairys dengan muka blur tahap antarabangsa, mengikut tanpa memahami apa-apa.

Sampai di satu kereta, Rayyan memegang kepala Qairys dan menolaknya masuk kereta. Qairys pun ikut je.

Dalam perjalanan... "eh! Apahal aku dalam kereta kau ni?!" marah Qairys yang baru dapat menghadam apa yang berlaku.

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now