14

33 2 0
                                    

Qairys pov

Aku mengesat peluh yang berhimpun di dahi dan leher. Kaki aku gagahkan juga untuk terus berlari.

Dah 5 pusingan aku lari,  tapi prestasi aku tak juga menepati kepuasan Cikgu yang membimbing aku.

"stop!" arah Cikgu Jalal. Aku berhenti dan berjogging ke arah Cikgu. Bagi merehatkan jantung sedikit demi sedikit.  Tidaklah aku brek mengejut dan mati mengejut juga.

"kamu kenapa?" tanya Cikgu Jalal serius. Aku diam sambil mengesat peluh.

"awak rasa ada harapan ke nak menang?" tanya Cikgu Jalal lagi.

Aku sekali lagi diam. Ceh!

"haih.  Kamu baliklah.  Dapatkan urutan badan dan rehat. Esok datang lagi" arah Cikgu Jalal dan berjalan pergi.

Aku melangkah ke arah bangku panjang di tepi padang.  Tuala kecil aku capai dan aku kesat ke dahi dan segera minum air mineral.

"tak guna"

Aku berlari masuk ke lorong larian dan menyambung larian.

Aku berlari sekuat yang aku mampu. Tiba-tiba satu kenangan lama terpapar di minda.

Pap! Terasa diri aku melayang seketika sebelum jatuh ke tanah.

Aku menukar posisi.  Badan menghadap langit.  Sakit dan luka aku biar. Lantaklah jadi apa.

Kisah gelap itu terus menerus menerjah masuk ke minda.  Seperti terpapar dimata.

Terasa basah pipiku.  "ahhh....  Aku menangis lagi..  Disebabkan kenangan sial tu... Hahaha...  Tak patut betul" ucap Qairys dalam pembaringannya.

Satu susuk tubuh duduk di sebelah aku.

"jangan paksa diri.  Biasalah Cikgu Jalal tu memang keras sikit latihannya tapi dia buat semua tu untuk awak dapat nama dan harumkan nama sekolah.  Jadi jangan terasa dengan dia okay?" ucap lelaki itu.

"kau siapa? Tak payah menyibuk hal aku"

Aku bangun dari baring dan menuju ke bangku dan mengemas barang-barang.

"dari tadi saya dok tengok awak berlari.  Takkan tak perasan?"

Aik? Kalau tak silap, aku dengan Cikgu Jalal je yang ada dekat sini.

"sejak bila kau ada dekat sini?"

"sejak awak mula latihan lagi.  Oh ya, Cikgu Jalal tu ayah saya"

Aku terkujat bukan kepalang.  Aku perati muka mamat tu betul-betul. 

"anak jiran eh? Asal muka tak sama?" tanyaku.

Mamat tu tergelak besar.  "ishh pandai juga awak melawak.  Muka saya ikut mak sayalah"

"ohh, mesti mak kau cantik kan? Muka kau pun boleh tahan hensem" pujiku ikhlas.

"uish..  Hehe..  Malu saya"

Aku berjalan meninggalkan mamat tu.

"by the way,  awak balik naik apa? Jom saya hantarkan" tawar mamat tu.

"tak payah"

"alah takpela"

"tak payah. Nanti ada orang ambik aku"

"ohh, rajinnya mak ayah awak nak ambik awak kan? Mesti diorang penyayang kan?"

Aku berhenti melangkah.  "penyayang?" tanyaku.

"yelah kan?"

"heh.."

Kalau diorang penyayang,  tak adalah aku bunuh diorang.  Cuma mak kandung aku sahaja yang aku boleh terima. Dia mati pun sebab bapak aku curang! Sudahnya lepas mak kandung aku mati,  dia boleh buat tak tahu and terus kahwin dengan perempuan simpanan dia tu?!

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now