4

45 4 0
                                    

Qairys tiba di hadapan rumah Anna.  Nafasnya tercungap-cungap. 

'bodoh betul kau berlari ke sini! Wahid boleh hantarkan kaulah pon!' maki Qairys pada dirinya sendiri. 

Dia terus memasuki laman rumah Anna yang terang benderang itu.  Terdapat satu susuk yang duduk melutut di hadapan pintu masuk rumah.  Segera Qairys mendekati susuk itu. 

"Anna...  Apa kau buat dekat luar ni? Kau okay?" tanya Qairys pelik.

"bapak aku... Sob sob.." balas Anna terresak-esak. 

"kenapa dengan bapak kau?!" tanya Qairys sedikit meninggi.  Nak cakap,  cakap teruslahh! Apalah dey!

"dia rogol aku!" jerit Anna dan tangisannya bertambah kuat. 

Qairys terpana.  Dia terduduk. Fikirannya kosong.  Entah apa yang patut dilakukan.

Melihatkan keadaan Anna yang serabut sambil menangis itu, Qairys jadi berang. 

"mana bapak kau? Kau sayang bapak kau?" tanya Qairys serius. 

"Bapak aku kat dalam..  Dia halau aku..  Dia marah sebab aku melawan.. Aku tak tahu nak pergi mana.. Aku..  Aku.. Benci dia!! Aku nak dia mati!!!!" jelas Anna persis kanak-kanak ribena yang mengamuk mahukan lollipop. Ngehehehe.

Qairys segera menelefon Wahid.  "kau datang sini.  Bawa beberapa orang sekali. Aku nak adakan upacara berdarah lagi malam ni" jelas Qairys dan mematikan panggilan. 

Tak lama selepas itu,  2 buah kereta hitam berparkir di luar laman rumah Anna.  Anna mengesat air matanya sambil memandang lelaki-lelaki berkot hitam yang keluar dari 2 buah kereta itu. 

Qairys kelihatan bercakap-cakap dengan Wahid dengan serius. Tiba-tiba Wahid memberikan pistol kepada Qairys dan tanpa berlengah,  Qairys menyambutnya.

Qairys segera menuju ke pintu yang terkunci dari dalam itu.  Dia melepaskan beberapa tembakan di tombol pintu sebelum menendang kuat pintu itu. 

Selepas pintu terbuka..  "hoi!! Kau buat apa di rum... "

Banggg!!!! Qairys melepaskan tembakan tepat di leher lelaki tua yang kelihatan mabuk itu. 

Lelaki itu rebah tetapi masih bernyawa ikan.  Qairys mendekati lelaki itu dan dilepaskan beberapa tembakan di badan lelaki itu. 

"Bodohlah sial! Tak layak hiduplah kau!!" maki Qairys berang. 

Anna terpana.  Dia memandang Qairys tidak percaya. Tidak menyangka,  Qairys begitu marah apabila dirinya diapa-apakan.  Dia menangis terharu tetapi dalam masa yang sama,  dirinya takut dengan nasib yang menanti pada masa hadapannya.

Qairys menyerahkan pistol itu kepada Wahid yang menunggu dengan muka selamba.  Seolah-olah sudah terbiasa!

Darah mengalir dan terpercik keluar dari jasad tidak bernyawa itu. "selesaikan.  Aku taknak ada abu dia sekali pun dekat dunia ni.  Musnahkan dia!" arah Qairys dan mendekati Anna. Kelihatan,  Wahid mengangguk dan segera mengarahkan lelaki-lelaki berkot hitam tadi masuk ke dalam rumah milik Anna.

Qairys memimpin Anna masuk ke dalam kereta.  "kau tunggu sini.  Aku ada hal nak bincang dengan Wahid.  Jangan risau,  mulai hari ni,  kau akan tinggal dengan aku" arah Qairys dan menutup pintu kereta. 

………………………………………………………………
"Anna..  Aku pelik dengan kau.. Mak kau ada kan? Dia tak halang?" tanya Qairys marah. 

"dia..  Dia jual aku dekat bapak aku"

Qairys tersentak. 

"okay"

Qairys MalikiWhere stories live. Discover now