two

614 73 1
                                    

Okay chap kalini panjang 😂

×××××

Pagi yang indah harini dimulai dengan bunyi alarm daripada phone Haneul.

Sudah menjadi rutinnya,bangun,tutup alarm,mandi,bersiap,pergi kerja.

Haneul bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerjanya . Sehelai blouse berlengan panjang dan skirt melebihi paras lutut.

Kau gila ke pakai skirt atas lutut pergi kerja? Kalau kerja dekat club boleh la pakai macam tu.

Haneul terus masuk ke dalam keretanya lalu bergerak ke pejabatnya.

Cha holdings

Haneul masuk ke dalam pejabat dengan beg kerjanya yang digalas di bahunya.

Memang syarikat yang dia bekerja sekarang ni syarikat keluarganya,tetapi dia bukan typical orang yang selalu dalam drama tu.

Dia hanya pegang jawatan yang rendah sahaja berbanding dengan abangnya yang pegang jawatan CEO. Dia hanya pegang jawatan excutive manager .

Dia duduk di kerusi di mejanya lalu mula mengambil fail-fail yang dikemasnya semalam.

Baru dia ingin memulakan kerjanya,satu panggilan telah masuk.

Nombor yang tertera adalah nombor lelaki semalam. Tapi Haneul tak perasan sebab semangat sangat nak buat kerja.

"Ye haneul di sini.." Haneul menjawab sambil tangannya yang satu lagi sedang menyelak muka surat fail itu.

"Eh..awal kau bangun? Sebelum bukan tengah hari baru kau bangun?" Kedengaran suara lelaki yang call dia semalam di hujung talian.

Haneul menarik phonenya jauh dari telinga lalu memeriksa nombor tersebut.

Ya.nombor semalam.

"Haih...kau lagi..kau sedar tak kau salah nombor ni?" Haneul cuba untuk tidak memarahi lelaki tersebut di tempat awam macam ni.

"Ish kau ni! Boleh tak jangan ulang benda tu! Aku cakap aku tak salah number kan? Lagipun nak salah mendenya dah memang aku tengah cakap dengan Haneul sekarang ni" panjang lebar lelaki itu menerang padanya.

Sekarang ini Haneul tak dapat menumpukan kerjanya . Dia menutup fail di depannya lalu memberi sepenuh perhatian pada lelaki itu.

"Kau ni kan! Kau nak aku muncul depan kau ke baru kau nak percaya yang kau salah orang?"

"Ha ah kalau boleh muncul la nak tengok jugak orang yang aku salah ni lawa ke tak"

"Tch..makin lama aku layan kau makin rimas hidup aku"

"Kalau macam tu biar aku muncul dalam hidup kau biar kau selalu bagi perhatian dekat aku"

Terpacak bulu roma Haneul dengan cara lelaki tu cakap. Kenapa tiba-tiba jadi seram lelaki ni.

"Erm..kau ni makin lama makin seram la...dah la aku letak dulu"

"EH! Tunggu kejap! Nak cakap something ni!"

"Benda apa lagi kau ni"

"Bye bye baby boo..muah!"

Lelaki itu terus menghentikan panggilan mereka.

Haneul memandang phonenya dengan pelik . Kau biar betik panggil aku "baby boo" . Dia ni lupa ka yang dia salah orang ni.

Haneul temenung seketika mengingati kembali ayat lelaki tadi.

Baby boo?

Dia rasa dia pernah dengar perkataan itu . Tapi tak dapat diingat dimana.

Bunyi telefon pejabat di atas mejanya berbunyi . Yang ni memang dah dapat dia agak siapa yang panggil dia ni.

Siapa lagi. Ceo yang cerewet,mengada dan seangkatan dengannya.

"Haneul masuk bilik saya sekejap" walaupun ceo tu abangnya tapi kena la jugak profesional malu la orang dengar nanti.

Haneul terus bergerak ke bilik ceo dengan buku notanya.

"Ha kenapa panggil?" Haneul terus menerjah bilik abangnya .

"Tak ni nak bagitahu..ikut aku pergi lunch kejap lagi.." abang haneul . Eunwoo memandang Haneul dengan selamba.

"Ehh kau pahal? PA ada kan nak lunch dengan client" Haneul duduk di sofa yang tersedia dalam bilik abangnya.

"Tak harini tak lunch dengan client. Nak ikut ke tak ni?" Eunwoo bertanya pada Haneul.

Haneul berfikir sebentar . Ada la tu agenda abangnya . Macam tak kenal . Baik tu betul dah nak belanja orang tapi tengok la apa yang dia order nanti . Haneul baru bercadang yang dia nak diet harini . Nak jadi kambing makan daun je.

"Ala kau tak payah jadi kambing la harini. Bukannya gemuk pun. Kau telan babi sekor pun bukan gemuk. Bela saka ke apa" sempat lagi eunwoo mengutuknya.

Satu saja perkataan dalam hati haneul sekarang .

HANAT.

"Kau perangai jangan nak menghanat dengan aku pagi-pagi. Haa ye la aku ikut"

"Hak eleh aku abang kau biar la aku nak kata apa pun"

"Abang beza 15 saat tak ada beza pun sama umur jugak" Haneul bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari bilik abangnya.

《 TBC 》


Enjoy reading!

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now