twenty four

312 31 7
                                    

Mereka bertiga masih menunggu kehadiran doctor dari bilik bedah yang di mana San berada.

Keadaan Haneul yang kusut masai hanya diendahkan dalam fikirannya hanya San. Dia memang berharap yang San selamat.

Haneul melihat Wooyoung yang disebelahnya seperti memikirkan sesuatu membuatkan dia tertanya-tanya

"wooyoung? Okay tak? Macam pikir something je? " tanya Haneul. Hanya mereka berdua yang ada di situ manakala yeosang yang pergi beli air di cafe.

Wooyoung menyandarkan kepalanya di dinding lalu melepaskan keluhan yang berat.

"kalau aku awal sikit tadi kita semua dah selamat balik rumah.. " kata wooyoung pendek yang menambahkan lagi persoalan di kepala haneul.

Haneul akan bahasakan dirinya aku kau dengan orang yang dia rapat sahaja jadi memang nampak seperti kasar tapi tak pun. Melainkan mereka berada dalam ketakutan atau masalah baru membahasakan dirinya dengan lebih lembut.

"apa kau cakap ni? Cuba cerita macam mana boleh jadi semua tu"

"masa tu dekat bilik yang diorang gaduh.. "

Flashback

San dan Jungkook lansung tak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti bergaduh. Wooyoung apa kurangnya apa San buat memang tipu la kalau dia tak join sekali.

Dua tangan Jungkook dikunci oleh wooyoung dan wajahnya ditumbuk San berkali seperti punching bag.

"aku dah agak..kau ada agenda kau sendiri" satu tumbukan hinggap di muka Jungkook hingga tersembur darah dari mulutnya.

"Dan kau dah lebih dari batas dia" satu tumbukan lagi tempat kena pada perut Jungkook hingga terinjak badannya kebelakang termasuk wooyoung yang memegangnya.

Jungkook lansung tak menunjukkan yang dia sedang sakit dipukul San malah dia boleh tersenyum sinis dengan mulut yang penuh dengan darah.

"selagi aku tak dapat apa yang aku nak.. Aku mati pun takkan tenang" Jungkook berkata dengan suara yang serak dan mata yang tak larat untuk dibuka.

"memang gila dia ni.. Dah jom wooyoung malas aku layan si gila ni.. Buat sakit tangan je tumbuk banyak-banyak " arah San dan dituruti wooyoung yang melepaskan genggamannya dari tangan Jungkook.

Seusai wooyoung melepaskan tangannya dari Jungkook, laju saja Jungkook mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu mara ke arah San yang nak melangkah keluar dari bilik itu.

"YAH SAN TEPI!!" Jerit wooyoung yang membuatkan San berpusing kearah wooyoung yang dibelakangnya oleh itu laju saja pisau yang dipegang Jungkook tertusuk ke bahagian kanan abdomen San serentak dengan wooyoung yang baru menahan Tangan Jungkook dari bergerak.

Darah keluar seperti air paip apabila Jungkook menarik keluar pisau itu semula. Tindakan wooyoung yang menolak Jungkook secara drastik hingga lelaki itu terhantuk di almari lalu rebah dan tak sedarkan diri.

Tanpa berfikir panjang wooyoung memapah San keluar manakala tangannya yang satu lagi memegang kawasan tikaman itu untuk memberhentikan pendarahan.

End of flashback

Haneul mendengar cerita itu dan cuba untuk menenangkan dirinya. Dia dah tak nak menangis penat rasanya. Dia dah agak pasal pisau tu dan Jungkook dan dia akan pastikan Jungkook sedar dengan perbuatan dia ni.

"aku minta maaf han.. Aku lambat.. " wooyoung menunduk pada haneul

Haneul menepuk bahu wooyoung untuk membuatkan lelaki itu kurang rasa bersalah padanya.

"tak pe la benda dah jadi.. Aku marah kau pun bukan boleh buat apa"

Yeosang kembali bersama satu plastik yang berisi air serentak dengan doctor yang keluar dari bilik bedah.

Haneul dan wooyoung bangun dari kerusi yang ada di situ dengan serentak apabila melihat doctor tersebut.

"kamu semua ni ahli keluarga pesakit Choi San ke? " tanya doctor tersebut.

"ye saya sepupu dia" tipu wooyoung. Kalau dia cakap benda betul boleh jamin doctor tu tak nak bagitahu.

"syukur.. Semuanya berjalan lancar.. Luka memang agak dalam tapi pesakit selamat.. Cuma dia mungkin tak sedarkan diri untuk sehari sebab kesan dari ubat bius dan dia jugak kekurangan oksigen jadi dia memang tak sedar lagi buat masa sekarang.. " mereka bertiga melepaskan nafas lega selepas mendengar penjelasan doctor itu. Cukup la dengar perkataan selamat pun nak buat mereka sujud syukur disitu.

"terima kasih doctor.. Jadi kitorang boleh melawat dia ke? " tanya yeosang.

"hanya dibenarkan seorang buat masa sekarang.. Bila pesakit dah makin stabil baru boleh masuk ramai-ramai.. Saya minta diri dulu" doctor tersebut menunduk lalu meninggalkan mereka yang masih lagi berdiri di depan bilik bedah.

/////

"Haneul masuk la dulu.. Kitorang tunggu dekat luar" suruh yeosang. Sekarang mereka memang betul-betul di depan wad San dan masing-masing tak tahu siapa nak masuk dulu.

Haneul akur lalu membuka pintu ward tersebut dan menjenguk terlebih untuk melihat keberadaan San di dalam tu.

Lega Haneul apabila dia lihat San dengan keadaan yang luar dari jangkaannya. Dia berfikir yang badan San penuh dengan wayar seperti dalam drama tapi tak ada semua tu.

Haneul menarik kerusi yang ada di sebelah katil San lalu duduk di situ. Dia boleh nampak pinggangnya berbalut kerana baju pesakit yang dipakai San tak dibutangkan.

Tangan San dicapai dan diusapnya sesekali dia meletakkan di pipinya. Sejuk seperti ais kerana aircond di dalam ward tu boleh tahan sejuk.

San masih lagi tak bergerak dan kelihatan seperti orang sedang tidur. Haneul melihat dia dengan padangan yang sayu. Dia baru keluar hospital lepastu digantikan dengan San pulak.

"tu la awak.. Suka jadi hero saya sampai tak jaga dah diri sendiri. " marah Haneul dengan nada yang lembut. Cakap apa pun memang San tak berikan sebarang reaksi.

Haneul melihat Jam di phonenya yang sudah menunjukkan pukul 9.45 malam dan berapa minit je lagi waktu melawat akan tamat. Dia bangun dari tempat duduknya untuk pulang.

Sebelum dia melangkah keluar dari ward itu, sempat dia mencium dahi San sekilas.

"sleep well sayang.. Esok saya datang lagi" kata Haneul pada San lalu keluar dari ward.

Yeosang dan wooyoung masih setia menunggu dia di luar. Tak jadi Haneul nak marah mereka sebab mereka sudah tertidur sambil bersandar pada bahu antara satu sama lain.

Haneul mengejutkan mereka berdua lalu berjalan bersama ke parking kereta. Kalini Haneul yang mengambil alih untuk membawa kereta. Biarla mereka berehat.

Haneul menghidupkan enjin kereta milik San itu lalu membawanya ke rumah keluarga dia.

<< TBC >>

gaes makin lama idea aku susah keluar jadi maap la kalau makin hambar,dah tak sweet macam dulu.

Srs aku nak tanya. Sweet ke bila datang moment San dengan Haneul? Ke korang cringe?😂😂😂

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now