fourteen

378 44 3
                                    

D-1; first date.

Haneul bangun dari tidurnya dan melihat San tiada di sebelahnya. Pelik. Kalau tak dia akan kejut Haneul kalau dia bangun dulu.

Haneul tersenyum sendirian apabila teringat tentang hal semalam. San merajuk patut la.
Nak kena pujuk la ni alelele.

Haneul turun ke dapur selepas selesai mandi dan tukar baju. Dia melihat San sedang sarapan seorang diri sambil termenung.

"morning awak! Kenapa tak kejut saya hurm?kalau tak boleh masak sarapan siap-siap" Haneul memeluk San dari belakang yang sedang bersarapan.

"aish apa ni! Orang tengah sarapan lah! " San mendengus geram lalu melepaskan pelukan Haneul.

Pikir Haneul terasa? Tak da nya lagi nak pujuk ada la. Dah kata merajuk kena la pujuk.

"alololo ada orang merajuk lah.. Sian dia ya kita palau dia semalam eh" Haneul mengambil tempatnya di tepi San dan cuba memujuknya lagi. San hanya mengendahkan Kata-kata Haneul lalu bermain dengan phonenya. Ambik kau kena balik!

"ehe.. Sorry la.. Saya saja je nak gurau.. Sorry tau.. " pinta Haneul sambil memegang tangan San.

"erm.. " balas San pendek dan menjeling Haneul.

"maafkan saya tak? "

"erm.. "

"maafkan tak? " haneul mendekatkan jaraknya dengan San.

"erm.. '

"maafkan laa" makin dekat jarak Haneul dengan San sekarang ni.

"ermm"

"maafkan okey? Chup! Haa mesti dah maafkan kan? " Haneul mencium pipi San lalu memandangnya tidak bersalah pada San.

San tersenyum gembira. Tu je agenda dia sebenarnya. Ye la asyik dia je yang menggedik nak jugak kenakan Haneul.

"ala pipi je ke? Mana aci" San bersuara sambil memandang Haneul.

"ahh tak de nak lebih-lebih harom abunk sayunk.. Dah cepat siap banyak tempat nak pergi harini" Haneul mencubit pipi San lalu meninggalkan San di dapur.

- SKIP -

;Time square mall, seoul;

Haneul dan San berjalan masuk ke dalam mall itu bersama-sama. San memandang Haneul pelik. Kata nak pikat hati mak ayah dia tapi kenapa datang mall?

"tahu awak pelik sekarang kenapa datang Mall.. Tak pe saya dah plan awak ikut je okay? " pinta Haneul pada San dan dibalas dengan anggukannya.

Kalau sebelum ni San yang heret Haneul ke merata tempat, harini Haneul nak balas dendam balik. Biar dia rasa macam mana terpinga-pinga tu.

Sebenarnya Haneul nak shopping tapi tak de kawan. Alang-Alang dah tak single ni keluar date sekali. Tak salah kan?

"awak.. Kalau nak shopping cakap je awal-awal tak payah nak menipu bagai.. Saya tahu laa" kata San sambil mengejar Haneul yang dah laju kehadapan.

"ehe.. Pandai rupanya..ha ah nak shopping..awak teman tau.. Ala awak pun shopping la sekali.. Saya temankan janji! "

Mereka masuk kedalam satu kedai pakaian dan Haneul sudah rambang mata melihat pakaian yang digantung dalam kedai itu. San berada di sebelahnya sudah dilupakan.

Selepas selesai Haneul membayar baju yang dibelinya. Dia memusingkan badannya dan melihat San tiada di tempat yang dia tunggu tadi.

Dah sudah baru nak ajak balik hilang pulak. Baru saja Haneul mahu mengambil phonenya dalam beg. Dia disapa seseorang.

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now