ten

409 44 4
                                    

San bangun dari tidurnya dan merasa seperti pergerakkannya menjadi agak terhad. Seperti ada benda menghalang dia untuk bergerak.

Ala cliche ni sah la korang tahu benda apa.

San melihat Haneul yang sedang tidur sambil memeluknya seperti memeluk bantal peluk.

Dia tidak meleraikan posisi itu malah mengemaskan lagi pelukan Haneul.

Gatal eh kau San nak je aku cepuk dia ni.

Dia tahu yang Haneul tak sedar pun yang Haneul tengah peluk dia sekarang ni.

San memusingkan badannya menghadap Haneul yang masih nyenyak tidur. Dia tersenyum melihat Haneul. Tak tahu pulak nak rapat dengan Haneul jadi senang tiba-tiba.

Flashback

"awak nak tidur nanti jangan tidur dekat ruang tamu tak elok. Tidur dekat bilik tetamu yang sebelah bilik saya tu" San menunjukkan bilik yang bersebelahan biliknya.

Haneul hanya mengangguk kerana mulutnya penuh dengan makanan yang dibeli San.

Nak masak?  Heh rumah bujang apa je yang ada. So order je la.

Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing awal selepas makan sebab dua-dua sudah penat bila seharian keluar.

"nunite.. Baby boo.. Kalau ada apa-apa datang je bilik saya tau" San menyerabaikan rambut Haneul

"hurm.. Goodnight too awak" Haneul mengemaskan rambutnya lalu masuk ke dalam bilik.

Mereka tidur dengan aman di bilik masing-masing . Tapi kejap je semua tu bila sampai tengah malam.

Hujan yang turun dengan lebat di selangi guruh kilat sambar menyambar membuatkan San terjaga dari tidurnya.

Memang kuat bunyi guruh sampai terjaga dibuatnya. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan Haneul sekarang ni.

San keluar dari biliknya lalu pergi ke bilik Haneul duduk.

Nasib pintu tak dikunci. San membukanya dan kelihatan Haneul memeluk tubuhnya diatas katil sambil menangis dan menutup telinganya.

Sape geng Haneul yang takut guruh kilat  angkat kening yeay!

San bergegas ke katil Haneul dan naik ke atas katil itu.

"han-yah? " San memanggil Haneul yang masih memeluk tubuhnya.

"awa--"

"saya takut.. " Haneul terus memeluk San yang ada di sisinya.

San membalas pelukan itu. Haneul sangat takut sekarang badanya menggigil dan sangat sejuk.

"saya tidur dengan awak ya? Tak pe ke? " San bertanya dibalas dengan anggukan Haneul.

San membaringkan Haneul bersamanya. Sesekali Haneul terkejut dan menutup telinganya bila terdengar bunyi guruh yang kuat. San menjaganya seperti seorang bayi lalu mereka tertidur sambil berpelukan.

End of flashback

Haneul terjaga dari tidurnya apabila dia terasa deruan nafas San dimukanya. Tangan Haneul masih lagi memeluk San disebelahnya diendahkan sahaja.

Biar la boyfriend sendiri kot? Lagipun memang dia yang minta. Pastu dia suka je San sweet dengan dia. Dia je yang acah cool tak suka.

(habisla kena kecam aku lepasni)

"morning baby boo... Sedap eh peluk bantal peluk awak ni? " sindir San pada Haneul.

Haneul hanya menayangkan senyumannya pada San. Lepas dari kejadian semalam dia jadi manja dengan San kalau boleh nak berkepit je

"dah la saya nak mandi pastu nak tengok benda apa yang boleh dimasak dekat dapur awak tu" Haneul ingin bangun dari katil tapi San menahannya.

"tak de morning kiss ke hurm?" San memuncungkan mulutnya pada Haneul.

Haneul terdiam seketika . apa dia nak buat. Dia sayang first kiss dia no no no.  Satu idea terbit di kepalanya sekarang ni.

"eee gedik laa dia ni..muah! " Haneul mencium dahi San sekilas lalu berlari masuk ke dalam tandas meninggalkan San di atas katil seorang diri.

San memegang dahinya. Pelik dengan Haneul. Sejak bila dia jadi macam ni? Bukan dia ni tak suka manja-manja dengan dia ke?

- SKIP -

Bau aroma roti bakar yang dimasak Haneul mengembak satu rumah. Laju saja San sampai di dapur lepas dia siap mandi.

San berdiri di meja makan sambil melihat hidangan yang dimasak Haneul. Simple tapi favorite dia.

French toast.

"makan jom! Saya buat French toast je harini"

"ehh! French toast simple ni pun favorite saya tau!  Awak masak ni pun boleh buat saya kenyang dah" San bercakap dengan mulut yang penuh dengan roti.

Satu panggilan masuk ke phone Haneul dan tertera number eunwoo di skrin phonenya.

"eum hello? " Haneul menjawab panggilan eunwoo

"dik kau datang seoul hospital sekarang!" tanpa salam atau apa eunwoo membalas dengan cemas.

"huh? Kenapa du--"

"eomma kena stroke la giler! sekarang dalam ward! Datang sini sekarang!" eunwoo menghentikan panggilan.

<< TBC >>

Aku rasa chap ni banyak merapu je so sorry ehh 😂🙏

Ouh ya lupa. Aku rasa buku ni akan ada banyak chap so lambat lagi nak habes sbb satu chap tak panjang pun aku buat.



[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now