Twenty

314 34 3
                                    

Wooyoung dan Yeosang keluar dari kereta mereka setelah sampai di sungai Han. Mereka berdua berjalan mencari San risau jika berlaku sebarang pergaduhan.

Yeosang menahan wooyoung apabila dia ternampak satu figura yang menyandarkan dirinya di kereta sambil memandang pasangan di depannya.

"weh..Tu.." yeosang menunjuk kearah San yang sedang melihat Haneul bersama Jungkook yang tak jauh darinya.

Yeosang dan Wooyoung berjalan ke arah San yang masih lagi tak sedar dengan kehadiran mereka berdua.

Muka San lansung tak menunjukkan sebarang reaksi.Sedih mahupun marah. Hanya pandangan kosong. Pasangan tersebut lansung tak sedar dengan kewujudannya.

"kau marah ke?" Wooyoung bertanya pada San

San menghemburkan nafas berat lalu menunduk. Mukanya berkerut menahan kesedihan mungkin. Setelah beberapa saat, San menggelengkan kepalanya.

"tah la weh..Aku pun tak tahu dengan perasaan aku sekarang.." San berdehem untuk menyembunyikan suaranya yang sudah serak.

"kalau kau tak tahan sangat pergi la dekat dia.." cadang Yeosang tapi dibalas dengan gelengan San lagi.

"tak perlu..Kalau aku pergi nanti buat malu aku balik je..Cukup la aku tengok dari jauh..Lagipun tu kawan dia je..Buat apa nak jealous" tipu San padahal hatinya menahan cemburu yang membuak-buak tatkala melihat Haneul yang gembira bersembang dengan jungkook.

"kitorang risaukan kau so kau tidur rumah aku tak pun yeosang Sampai kau ok nak?" pelawa wooyoung yang melihat San dah seperti mayat hidup. Muka yang sentiasa menjukkan riak kosong seperti termenung.

"betul jugak tu..Kita duduk sekali senang" tambah yeosang pulak. Setelah berfikir sebentar, San mengangguk tanda setuju.

Bukan tak pernah duduk sekali diorang ni,sebelum ni smpai berminggu bermalam sama-sama. Wooyoung dan yeosang risau dengan keadaan San sekarang seperti orang tak betul. Kejap happy kejap sedih kejap marah.

[ Haneul situation ]

Setelah haneul berasa puas di situ dia meminta pada jungkook untuk pulang.

Haneul berfikir sebentar. Dia tak nak balik ke rumahnya kerana dia tahu kalau dia ada di rumahnya mesti San akan datang setiap hari.

Idea yang terlintas di fikirannya difikirkan beberapa kali. Dia seperti mahu mintak pada jungkook untuk tinggal di rumah lelaki itu untuk beberapa hari sebab tak de orang yang tahu rumah jungkook di mana.

Tapi fikirkan takut jungkook akan kurang selesa kalau dia minta untuk tidur di rumahnya dengan tiba-tiba.

"Awak bagitahu alamat rumah awak..saya nak hantar ni" minta jungkook yang sedang memakai tali pinggang keledar.

Haneul masih lagi berfikir dengan keputusannya tadi. Permintaan jungkook hanya diabaikan olehnya.

"Muka resah je..pikir apa?" Tanya jungkook yang melihat haneul seperti cacing kepanasan.

Haneul menghela nafas berat. Dia berpusing menghadap jungkook. Dia bertekad dengan keputusannya. Jungkook nak gelak ke nak tolak ke belakang cerita.

"Awak okay tak kalau saya bermalam dekat rumah awak untuk beberapa hari?" Haneul bertanya dengan satu nafas.

"Nae? Rumah saya? Kenapa dengan rumah awak yang tak nak balik tu?" Tanya jungkook lagi walaupun dia sudah tahu dengan jawapan yang akan diberikan haneul.

"Saya tak nak dingganggu orang tambah-tambah San" Balas haneul pendek lalu menyandarkan dirinya semula.

"I see..okay ke rumah saya..i ikut jew" jungkook menukar gear keretanya lalu bergerak dari taman itu ke rumahnya.

////

"masuk la..Buat macam rumah sendiri" pelawa jungkook sambil membuka segala suis di dalam rumahnya.

Mata haneul tak lekang dari melihat reka bentuk rumah jungkook. Berbeza dengan rumahnya walaupun kedua-duanya rumah yang besar Tetapi rumah jungkook menarik minatnya lagi walaupun rumah jungkook ni adalah kondominium.

"ada dua bilik kosong..Satu tingkat atas satu lagi dekat dengan ruang tamu tu..Pilih la nak yang mana" haneul kembali keoada realiti selepas terdengar apa yang jungkook cakapkan. Dia hanya mengangguk sebagai tanda balas.

Haneul masuk ke dalam biliknya.Bilik yang di tingkat atas berdekatan dengan bilik jungkook. Dia meletakkan beg bajunya di atas katil. Sliding door di tepi sebuah meja kerja menarik perhatiannya.

Haneul membuka sliding door itu dan mempunyai balkoni di luarnya. Haneul berjalan ke arah balkoni itu lalu menyandarkan dirinya di situ.

Dia berasa tenang tambahan pulak dengan angin yang datang memukul mukanya walaupun pemandangan di depannya hanya lah bangunan dan jalan raya.

Situasinya sekarang mengingatkannya pada hari dia pergi ke pantai dengan San untuk tengok matahari terbenam.

"kalau kita bergaduh la kan.. Kalau.. ya bukan saya nak.. Bergaduh teruk.. Awak akan cari cara nak berbaik semula ke? "

"apa punya soalan la awak ni hahaha..kalau saya tak nak berbaik semula baik kita putus je siap-siap. Buat awak terseksa je nanti"

Kata-kata San itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia berani sumpah yang dia rindukan lelaki itu. Tapi entah kenapa dirinya menyuruh dia untuk menjauhkan diri dari lelaki itu untuk seketika.

Semakin lama Haneul berdiri di situ semakin tak keruan dibuatnya. Satu demi satu memori dia dengan San muncul. Haneul masuk ke dalam biliknya kembali dan duduk di atas katil dengan segera.

Nafasnya menjadi tak teratur seperti baru lepas berlari. Dia cuba untuk menenangkan dirinya dengan bermain phone tapi tak menjadi.

Lama Haneul berlawan dengan dirinya sehingga waktu telah menginjak ke malam. Haneul yang sedar akan hal itu segera mengambil tualanya untuk mandi dengan harapan dapat menenangkan dirinya kembali.

Haneul keluar dari bilik air setelah 30 minit berada di dalam tu. Lega dibuatnya apabila fikirannya sudah tidak memikirkan pasal San lagi. Boleh gila dia macam ni kalau setiap hari jadi macam tadi.

Haneul mengeringkan rambutnya menggunakan tuala setelah selesai menyarungkan baju. Aktivitinya tergendala apabila terdengar bunyi ketukan di pintu bilik siapa lagi kalau bukan jungkook.

"Haneul! Kalau dah siap mandi turun la bawah makan malam!" panggil jungkook dari luar biliknya.

"okay! Kejap lagi saya turun!"

Haneul turun ke dapur dengan mengenakan sehelai hoodie dan seluar track hitam lalu menuju ke meja makan di mana jungkook berada.

- SKIP -

Jungkook masuk ke dalam biliknya apabila sudah lewat malam. Haneul juga awal lagi dah masuk lepas sudah makan tadi.

Dia tersenyum sinis apabila teringatkan Haneul menceritakan kisah tentang dia dan San ketika selepas selesai makan malam tadi.

"mudah lagi la aku nak buat kerja lepas ni"

"haih..San..Tabah la bro" jungkook menutup lampu biliknya lalu bergerak ke katil untuk tidur.

<< TBC >>

Finally boleh pun update. Start2 sklh ni mmg aku busy giler so citer ni pun mmg akan lambat update sbb aku akan update hujung minggu je (T^T) sorry guys

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now