eleven

397 45 18
                                    

"eunwoo" panggil Haneul pada eunwoo yang sedang menunggunya di bangku di hadapan ward eomma mereka.

"eo! Haneul..sini"

Haneul berjalan kearah eunwoo diikuti San dari belakang.

Ikutkan San dia tak nak pun ikut Haneul naik ke ward, nak je dia tunggu dalam kereta. Tapi sebab haneul asyik memaksanya terpaksa la dia ikut.

Katanya nak suruh berkenalan dengan family Haneul tapi bukan sekarang ni! Dia tak ready lagi.

"macam mana dengan eomma?" tanya Haneul pada eunwoo

"syukur la eomma kena minor stroke je...darah eomma naik mendadak sebab lupa makan ubat..tapi dia dah ok lepas doctor bagi ubat so sekarang ni eomma tengah rehat"

"dik.. Kau cakap kau tidur rumah kawan kau semalam..mana dia?" tanya eunwoo sambil mencari kelibat San

"ada je ni ha--eh? " Haneul mencari San yang tiada di belakangnya.

San keluar dari sebalik dinding sambil memegang phonenya tanda baru lepas oncall dengan orang lalu pergi ke arah Haneul dan eunwoo.

Hampir pengsan eunwoo di situ apabila melihat San didepannya.

"d-dik kau tidur rumah lelaki?" tanya eunwoo dengan gagapnya sambil melihat Haneul dengan San silih berganti

"ye la.. Chill la kitorang bukan buat apa pun" balas Haneul untuk mengelakkan dia di tuduh bukan bukan

"kau ikut aku kejap! " eunwoo menarik Haneul ketempat yang lebih jauh dari San dan orang ramai.

Haneul dah makin pelik dengan abangnya. Sejak dia jumpa San tadi dia jadi pelik. Rasa macam nak pijak pun ada jugak.

"tu boyfriend kau ke weh? " tanya eunwoo sambil berbisik pada Haneul.

"ha ye la boyfriend aku kenapa? Jealous?" balas Haneul sambil menjeling eunwoo

"weh..tak lawak serious"

"lah bila aku buat lawaknya"

"kalau eomma appa tahu mati kau weh.. Silap hari bulan kena kurung kau dik"

"dah kenapanya? Eomma lagi suka apa anak perempuan dia ni dah tak single dah. Buat apanya nak kurung aku? " Haneul masih lagi membalas dengan muka yang tiada perasaan

"aduhh dik! Kau ni buang kejap bengap kau ni sakit pulak hati aku! Memang la eomma appa suka tapi bukan dengan boyfriend kau tu! " eunwoo menepuk dahinya. Geram dengan Haneul yang tak dapat tangkap dengan ayatnya.

"San? Eomma appa kenal dia ke?  Kenapa diorang tak suka? Benda apa dia buat sampai eomma appa tak suka dia? "Haneul tak berhenti menyoal eunwoo sampai pening dibuatnya.

"ya ampun sabar sis..yeah eomma appa kenal dia aku pun kenal dia.. Kau je kolot tak tau benda ni"

"ha ah eomma appa tak suka dia.. Tapi aku tak tahu sebab apa yang diorang tak suka dia" terang Eunwoo pada Haneul

"macam mana ni.. Takkan nak break? Aku ni dah la 22 tahun sendu memanjang hiks" kata Haneul dengan cara untuk minta simpati eunwoo.

"hmm.. Aku ok je dengan relationship korang ni so aku boleh tolong cover line kalau korang nak date ke apa"

"OMG THANK YOU MY HANDSOME BRO--"

"TAPI! kalau kantoi pandai-pandai kau urus ye.. Dah dah pergi la sambung date korang tu" Halau eunwoo sambil menolak Haneul menjauhinya.

- SKIP -

Selepas pergi hospital, San dan Haneul pergi melepak di cafe yang dimana tempat mereka berkenalan dulu.

Haneul memesan kembali iced americano yang dia tak kesampaian nak minum tempoh hari. Manakala,San memesan iced mocha.

"awak.. Saya nak tanya ni.. " pertanyaan Haneul memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Apa yang diceritakan eunwoo tadi membuatkan dia curiga dengan San dan banyak benda dia nak tanya San dan eomma appa dia nanti.

San yang sedang menghirup airnya hanya mengangkat kening tanda ya pada Haneul.

"kita pernah kenal ke sebelum ni? "

Tersembur dan tersedak San dengan soalan Haneul. Soalan cepumas duh. Buntu di buatnya.

Dia nak tipu ke nak jujur?

<< TBC >>

nak bagi sweet lama-lama mana boleh 😏 kena la bagi rancak sikit kan kan

[C] - Phone - | CSNOnde as histórias ganham vida. Descobre agora