thirteen

391 43 16
                                    

Haneul melihat kereta encik cha yang telah berlalu meninggalkan kawasan perumahannya lalu menutup pintu pagar rumahnya dan pintu rumahnya dengan segera.

Dia bermundar mandir di ruang tamu sambil memikirkan benda yang dia perlu buat dengan syarat yang dikemukakan ayahnya tadi.

Haneul POV

Sekarang ni aku buntu aku nak buat apa. Sudah la 5 kali je date yang appa bagi. Kalau 10 kali ok la jugak.

Berpeluh dah aku pikir ni. Dari tadi aku bermundar mandir depan tv ni sampai dah malam dah.

Order makanan tu pun tak termakan lagi. Appa la ni nak makan pun tak sempat!

Bunyi phone aku di meja makan cepat-cepat aku ambil. Takut kalau sapa-sapa call kalau appa call lagi dahsyat.

Aku melepaskan nafas lega lepas melihat screen phone aku.

'Sannie ❤'

Yep aku tukar contact name dia dari 'mamat gila annoying' . Auch ye aku tahu aku ni sweet diam sudah.

"ye hello? " aku menjawab dulu panggilan itu.

"hi baby boo! Watpe tuu? Makan dah ke? " aku boleh dengar suara San macam budak-budak sekarang ni. Comel je. Ya ampun aku rasa nak cubit pipi dia sekarang ni

"tak buat apa pun.. Baru nak makan.. Awak ni.. Saya ada benda penting nak cerita ni.." aku memilih untuk ceritakan dari A sampai Z dekat San.

"ouh.. Macam tu.. " pendek je San balas? Dia ni tahu tak yang aku tengah kalut ni?

"ish awak ni! Kena cepat ni nak buat apa ni? Ada idea tak? " haa kan dah kena tengking dengan aku

"hmm.. Haa ada ada.. Awak cakap kalau awak keluar dari rumah awak baru kira date kan? " San bertanya.

Dengan soalan tu timbul satu idea dekat kepala aku. Aku rasa idea aku sama dengan San sekarang ni.

"ha ah... Jap..Omg awak! Kalau saya pergi rumah awak baru kira satu date sebab saya keluar rumah sekali je!" redha la San aku menjerit dekat kau.

"auch.. Slow-slow sayang kuat sangat ni.. Ha ah benda sama yang saya nak cakap dekat awak.." aku dah tersenyum puas tak sangka plan last minute pun jadi.

" Kalau macam tu saya pergi rumah awak eh boleh tak? " mintak aku padanya.

"haa datang la..cepat-cepat tau..rindu ni hehe"

Aku terdiam seketika dia baru tak jumpa harini kot gila ke?

" huh? Okay la saya nak makan kejap pastu saya pergi rumah awak okay? Bye bye muah! "

"okay baby boo drive elok-elok japgi.. Muah! "

Aku meletakkan panggilan itu lalu terus siapkan apa yang patut.

Baju kena bawak lebih sikit sebab aku rasa aku duduk situ lebih dari dua hari hiok hiok.

Ini Cha Haneul la orang bagi satu jalan, aku bina jalan baru hehe. Now aku nak buat plan misi memikat hati ibu bapa ku untuk menerima San sebagai menantu hehe.

End Haneul POV

- SKIP -

Haneul masuk ke dalam rumah San selepas memakirkan keretanya di depan rumah. Dia menghempaskan badannya di sofa yang terletak di ruang tamu.

Penat weh bukan dekat rumah San dengan rumah dia 30 minit la jugak.

Haneul menghela nafas yang berat sementara menunggu San yang berada di dapur.

"penat ke tu drive datang sini? " tanya San sambil membawa mug berisi chocolate panas untuk Haneul

"gomawo.. Penat dan ngantuk la jugak nak datang sini hehe" Haneul menghirup air yang dibuat San dengan perlahan.

"Yah! Dah ngantuk kenapa nak jugak datang? Kalau nak jugak saya datang ambik pun tak pe tadi" San dah mula nak berleter pada Haneul.

"ala sorry okay? Saya kena datang la nanti terbazir hari nak date.. Nak suruh awak ambik nanti susah awak je dah la malam" Haneul mencubit pipi San yang dah kembung macam ikan buntal tu.

"haih ye la.. Lepas ni tidur nae? Dah kata mengantuk" suruh San pada Haneul sambil membelai kepalanya. Haneul hanya mengangguk sambil menghabiskan airnya.

"nak tidur mana ni? Saya ikut je mana-mana" tanya San lagi pada Haneul yang sedang menikmati airnya. Sejuk-sejuk ni sedap minum air panas.

"hmm tidur dengan awak boleh? Hehe sejuk la malam ni.. " pinta Haneul dengan mulut yang dah dimuncungkan dan suara seperti kanak-kanak.

"boleh je sayang.. Suka betul muncung mulut tu cium kang baru tahu" usik San dan Haneul terus membetulkan keadaan mulutnya kembali pada asal dan sambung minum airnya.

Malu la tu dah la kena panggil sayang pastu kena ugut nak cium lagi nasib kau la Haneul.

"dah berani eh panggil sayang! Selamba badak dia je panggil!" jeling Haneul pada San padahal dalam hati tu suka je.

"lah memang awak sayang kita kan? Kenapa tak suka ke? " San mendekatkan mukanya pada Haneul.

San ni ada ja nak bagi Haneul tak senang duduk. Panas je muka Haneul sekarang ni dengan tindakan San.

"t-tak saya okay je lah.. Dah bye nak basuh gelas pastu nak tidur! " Haneul lari ke dapur untuk mencuci gelasnya lalu pergi ke bilik. asalnya nak lari dari San tu je.

"gosok gigi dulu sebelum tidur! " pesan San walaupun dia tahu yang Haneul memang takkan nak balas punya.

//////

San masuk ke dalam biliknya. Mujur Haneul sudah selesai tukar baju. San duduk di atas katilnya sambil Melihat Haneul yang sedang bermain dengan phonenya.

"watpe tuuu..kata nak tidur?" San membaringkan dirinya di sebelah Haneul yang sedang bermain phone

Kalau tengok situasi mereka tak ubah seperti pasangan suami isteri tapi tak pun. Sweet kan diorang kan? Sampai sendu orang yang tulis citer ni hiks hiks.

"ni ha tengah masak.. Kenapa nak join? Saya tengah masak ayam goreng ni sedapp" perli Haneul. Dah terang lagi bersuluh dia tengah phone sekarang ni boleh pulak ditanya.

San mencebik lalu menjenguk screen phone Haneul. Dia ternampak yang Haneul sedang chat bersama jungkook.

"ouh patut la layan saya pun nak tak nak je eh?  Paiti dia chat dengan lelaki lain pastu palau kita hiks" San sengaja membuat gaya seperti mahu menangis pada Haneul tapi Haneul tak layan dia lansung.

Dia tak kisah pun Haneul nak chat siapa tapi sengaja nak tarik perhatian Haneul. Ya la bila lagi nak manja-manja macam ni.

"okay fine! Peluk la phone awak nak tidur nanti bye!" San memusingkan badannya membelakangkan Haneul lalu menarik selimut menutupi badannya.

Tapi masih sama Haneul tak pandang dia lansung. San mendengus geram. Tengok la besok dia tak tolong plan Haneul biar dia merayu sendiri. Sebenarnya Haneul sengaja buat macam tu. Bukan selalu tengok San merajuk.

Haneul meletak phonenya di atas meja bersebelahannya selepas sejam bersembang dengan jungkook. Dia melihat San sudah tidur dengan membelakangkannya.

Haneul dengan senyap memeluk San dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu San.

"sorry kalau terasa awak.. " kata Haneul lalu tertidur sambil berpelukan.

<< TBC >>

weh habis sweet dah aku buat ni 😂😂 kalau cringe maaf yaa 🙏😂.



[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now