eighteen

330 38 9
                                    

Haneul membuka matanya. Bau kuat ubat-ubatan yang menusuk ke hidungnya membuatkan keningnya bertaut memikirkan di manakah dia berada.

Haneul cuba mengalihkan kepalanya. Terasa berat. Dan kelilingnya ada banyak mesin. Haneul memegang kepalanya yang berbalut. Dia cuba untuk mengingati kejadian yang telah berlaku.

Dia tersenyum senget seorang diri. Dia di hospital atas sebab hentakkan dari Minhwa tempoh hari.

Dia cuba bangun dan duduk di atas katil tapi agak susah kerana pelbagai wayar yang terlekat di tangannya tambahan dengan kepalanya yang agak pening sekarang.

Tiba-tiba Haneul berasa badannya di bantu seseorang untuk membetulkan posisinya. Dia mendongak untuk melihat orang tersebut.

"thanks... " balas Haneul pendek pada eunwoo. Eunwoo hanya membalas dengan senyuman padanya.

"lama ke dah sedar? Aku keluar pergi makan kejap tadi" tanya eunwoo lalu duduk di kerusi yang ada di sebelah katil Haneul.

"baru je..lama ke aku tak sedar? Eomma appa mana? Teruk sangat ke aku cedera sampai masuk hospital? " seperti biasa Haneul memang suka tanya soalan yang banyak sekali gus.

Eunwoo menggelengkan kepalanya. Kenapa adik dia sedar entah. Tengok la macam-macam benda dia kena jawab.

"kau ni kan.. Sabar la jap aduh.. Kenapa kau sedar entah..serabut aku je nak jawab soalan kau" perli eunwoo. Haneul mula memuncungkan bibirnya.

"amboi kau mulut.. Yang sakit kepala aku.. Mulutnya sihat wal afiat.. Serabut bagai.. Padahal tahu sangat rindu aku kan kan?"

"ee blah la perasan kau tu...nyampah aku"

"haa kau tak jawab lagi soalan aku"

"hah? Ouh ya.. Kau tak sedar sehari je.. Eomma appa ada je kat rumah..harini turn aku jaga kau.. Nanti aku call la diorang.. " terang eunwoo sambil tangannya ligat menyentuh skrin phone.

Keadaan bilik itu menjadi sunyi memandangkan ward Haneul tu untuk seorang. Eunwoo sedang bermain phone manakala Haneul masih tersandar di kepala katil dan termenung.

"weh aku nak tanya ni" Haneul cuba meriuhkan suasana.

"hmm mende? " mata eunwoo masih lagi memandang skrin phonenya.

"mana San? "

Terberhenti terus eunwoo bermain dengan phonenya. Dia tak tahu Haneul ni sudah pulih ingatannya atau belum. Jadi dia sedang berfikir jawapannya sekarang.

"San? Dia kerja la.. Hari ni kan isnin" balas eunwoo pendek. Dia cuba melarikan pandangannya dari bertentang mata dengan Haneul.

"ouh ya eh? Setahu aku hari ni sabtu dekat calender tu..phone kau salah set hari eh? " tanya Haneul atau lebih senang sindir sambil menunjuk calendar yang ada di tepinya.

Tak keruan eunwoo di buatnya nak menipu tak jadi pulak. Apa dia nak buat ni.

"jawab eunwoo.. Aku dah ingat semua benda so kau cakap je la dia kat mana.. "

"a-aku t—-"

Baru eunwoo mahu menjawab pintu ward Haneul dibuka dan terpampanglah wajah yang Haneul sangat cari.

"ehh awak dah sedar lah! " Kata San dengan teruja lalu masuk ke dalam ward Haneul. Eunwoo hanya mampu menutup mukanya. Risau apa yang Haneul nak buat dekat San nanti.

"ala tak happy ke saya datang ni? " tanya San. Dia masih tak tahu yang Haneul sudah pulih dari amnesia nya.

"ambik kerusi duduk sini" suruh Haneul mukanya lansung tak memandang San dan mukanya tak menunjuk sebarang riak gembira ataupun teruja.

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now