six

467 56 0
                                    

Akhirnya mereka sampai di tempat yang ingin San bawa mereka.lebih kurang 30 minit jugak la mereka nak sampai dan lebih kurang tu jugak mereka asyik bergaduh.

Haneul keluar dari kereta itu diikuti oleh San. Pelik Haneul memandang tempat yang mereka sedang lihat sekarang ni.

"Taman permainan?" Haneul bersoal seorang diri.

Taman permainan dan ada juga trek untuk berjoging di kelilingnya agak luas la jugak kalau nak dibandingkan dengan luas pemikiran dia sekarang ni TIBER.

Oleh kerana waktu masih awal pagi lagi sekarang, ramai orang disitu.

"Jom duduk situ" San menunjukkan sebuah bangku menghadap tempat bermain kanak-kanak

Haneul memandang San pelik. Sejak bila lelaki ni jadi lemah lembut? Bukan tadi poyo campur gedik campur mengada ke?

"Alah cepat la..jomm" San yang malas menunggu Haneul, menariknya ke bangku tu.

Mereka berdua duduk bersebelahan dan sekali lagi situasi menjadi awkward.

Haneul hanya memandang dua kanak-kanak yang sedang bermain di playground di depannya sambil tersenyum.

"Kenapa kita datang sini?" Haneul bertanya pada San.

"Hmm saja? Tak boleh ke?" San menjawab acuh tak acuh.

"Tak la saya ok je..datang sini saya rasa--"

"Tenang? Kenapa tak pernah datang sini ke?" San bertanya lagi pada Haneul lalu meletakkan tangannya diatas tempat sandar bangku itu.

Paham kan yang aku cuba tulis kt atas tu? 😂😂

Haneul hanya menggeleng sambil tersenyum lalu menundukkan kepalanya.

"Tak pernah..last datang pun masa kecik la..sibuk kerja..tak sempat nak datang.." Haneul mendongak semula lalu memandang kembali kanak-kanak yang sedang bermain.

"Serius kau tak pernah datang? Walaupun sekali bila dah besar ni?" San bertanya lagi pada Haneul.

Haneul hanya mengangguk tanda ya pada San.

"Pernah la saya datang sekali dengan kembar saya..tapi kejap je..saya tak boleh nak duduk dekat sini lama-lama..dia buat saya nak menangis.."

San hanya terdiam dengan kata-kata Haneul. Memang dia dah agak yang mesti Haneul akan menangis kalau datang sini.

Dia kenal Haneul macam mana. Haneul je yang tak tahu.

"Entah la..masa tu macam ada satu memori yang datang..yang saya takut sangat dengan memori tu..tapi saya nampak samar-samar je"

"Saya tak sedar saya nangis masa tu..kembar saya perasan so dia terus bawak saya balik..lepas dari tu saya memang tak datang tempat macam ni dah.." Haneul masih tersenyum walaupun dia tak sedar yang dia tengah nangis sekarang.

"Kau..nangis.." San yang perasaan tu terus menarik Haneul bersandar pada bahunya.

Haneul yang terkejut dengan tindakan itu hanya membiarkannya.

Bau ni . Bau yang dia pernah bau sebelum ni . Dan bau ni membuatkan dia jadi tenang.

"Thank you.." pendek saja ayatnya tapi mampu membuatkan San tersenyum gembira.

Satu misinya sudah selesai dan tinggal beberapa lagi untuk disiapkan. Walaupun misi ni memang berisiko pada hidup dia.

"Harini kau date dengan aku tau tau" Selamba San berkata pada Haneul.

Haneul mengangkat kepalanya dari bahu San dan memandang San tidak percaya.

Date? Kau serius la? MESTI LA NAK . Lama kot dia lonely tak berteman.

"Date? Sejak bila huh? Tibe tibe je awak ni" Haneul menahan dirinya dari tersenyum

Sapa tak suka orang ajak date. Lelaki pulak tu.

"Laa ni bukan date? Siap sandar bagai bukan date lagi?" San mengusik Haneul.

Haneul menutup mukanya yang sudah merah sebelum San nampak .

Bukan apa takut kena nganjing. Lagi bertambah merah muka dia nanti.

Belum gerak ke tempat-tempat lain mereka dah bergurau main-main dekat situ.

Ehh ni macam ada petunjuk ni ehh ehh. Huhehe kau ingat senang-senang aku nak bagi happy macam tu. No no okay.

"Choi San? Awak ke tu?" Sesorang menyapa San dari belakang.

San dan Haneul berpusing ke belakang dengan serentak . Haneul memandang 'si dia' dengan biasa tapi lain pulak dengan San yang dah terkejut memandang orang itu.

"Min..minhwa?"

<< TBC >>

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now