seventeen

314 39 1
                                    

This chapter memang untuk flashback je and kalau terlalu panjang kite akan buat part 2. Okay? Enjoy reading!

//////

3 years ago...

Haneul memakai kasut sneakersnya untuk keluar membeli barang keperluan rumah dan dirinya. Dia bangun dari kerusi depan rumahnya selepas selesai mengikat tali kasutnya.

Dia hanya mengenakan sehelai tshirt putih dah jaket denim serta seluar hitam uwu swag gitu.

Tak pernah-pernah Haneul rasa nak bukak peti surat rumahnya tapi harini tangan dia gatal nak bukak peti itu.

Haneul membuka peti surat rumahnya yang mempunyai beberapa helai kertas di dalamnya. Haneul mengeluarkan kertas-kertas tersebut dan membeleknya satu demi satu.

Hanya ada kertas iklan rumah dan kedai. Beberapa kertas yang agak keras seperti gambar menarik perhatian Haneul untuk melihatnya. Terbeliak mata Haneul melihat gambar yang diperolehnya. Tekaknya menjadi pedih untuk menelan air liur tiba-tiba.

Haneul masuk kedalam keretanya dan terus mengambil phonenya. Number seseorang didailnya.

"hello.. Awak dekat mana? " Haneul bertanya terlebih dahulu.

"hello sayang! dekat taman..tengah joging kenapa? " jawab orang itu di hujung talian.

"awak tunggu situ.. Saya nak pergi dekat awak ni" balas Haneul dengan termengah-mengah. Entah kenapa dia rasa seperti baru lepas menamatkan larian 100 meter.

Haneul menukar gear dan menekan pedal minyak keretanya dan terus ke taman yang ditujunya sekarang. Dalam kepalanya hanya nampak seseorang dan dia tak dapat nak tumpukan pemanduan sepenuhnya kerana orang itu.

Choi San. Ya lelaki itu. Atau lebih tepat lagi tunangnya.

Haneul keluar dari keretanya dan tak lupa juga untuk menguncinya terlebih dahulu. Dia melihat seorang lelaki yang duduk dibangku di taman itu.

Haneul cuba untuk tidak melepaskan kemarahannya dengan tiba-tiba. Dia takut benda lain yang akan jadi . dia melintas jalan dengan berhati-hati sebab keretanya di parking diseberang jalan dengan taman itu. Mujur kereta tidak banyak pada pagi itu, mudah saja Haneul melintas jalan.

Haneul mengawal riak mukanya supaya tidak menujukkan yang dia agak marah sekara ni.  Gambar tersebut disimpan ke dalam poket jacketnya.

"Sayang! Morning!" Haneul memeluk leher San yang sedang duduk di bangku lalu mencium pipinya sekilas.

"ehh morning baby boo! Duduk la sini! Haa kenapa nak jumpa? Macam tak boleh tunggu saya balik rumah dah la tengah masam ni" San melihat Haneul yang duduk di sebelahnya.

"ala dah rindu nak buat macam mana ehe.. Tak la saya jumpa awak ni ada benda nak bincang. Tak lawak dan tolong serius" pinta Haneul. San yang di tepinya hanya mengerutkan keningnya.

"saya nak tanya.. Setiap kali kita keluar kan.. Lepas saya balik.. Awak ada singgah tempat lain? " Tangan Haneul dimasukkan ke dalam poket jacketnya dia sudah bersedia untuk menunjukkan gambar itu pada San.

"huh? Benda apa ni? Yeah memang la lepas kita keluar tu saya ada singgah tempat lain. Tapi bukan ke mana pun kedai runcit, rumah family saya pas—-"

"ouh really? Now explain this for me" Haneul memberikan gambar itu pada San. San tahu kalau Haneul mula speaking tandanya dia betul-betul serious.

Tekejut San dibuatnya melihat gambar yang diberikan Haneul. Gambar dia tidur dengan perempuan lain? Ini dah lain macam ni.

"jap sayang..awak dapat dari mana ni? "

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now