Twenty one

324 34 8
                                    

Sudah masuk 3 hari Haneul ada di rumah jungkook dan 3 hari tu jugak phone Haneul tak berhenti berbunyi. Kejap eunwoo,kejap eommanya tapi semua dia tak nak angkat.

Seperti biasa kalau waktu pagi dia akan berada di balkoni yang ada di biliknya bersama segelas hot chocolate.

Dia pun tertanya-tanya dengan diri dia sendiri. Sampai bila dia nak duduk sini? Kalau dia duduk sini nak selesai ke masalah dia? Tak rasa macam dia lari dari masalah ke sekarang?. Pelbagai soalan yang terlintas dekat kepala sekarang sampai dia rasa bersalah dengan orang di sekelilingnya.

Haneul meraup mukanya dan melepaskan nafas berat. Sesekali dia memperkemaskan rambutnya yang diserabutkan sendiri.

"sampai bila kau lari dari masalah haneul?" Haneul bercakap seorang diri

"ego kau memang dari dulu akan menang kan kalau lawan dengan kau?"

"heh penakut! Kau cakap dekat orang tapi kau yang penakut sebenarnya"

Kalau orang tengok dia sekarang dah macam orang gila sebab cakap sorang-sorang.

[ San's situations ]

| ѕαи'ѕ ρσν |

Aku menyelak-nyelak fail kerja yang ada depan aku sekarang. Hari kerja bang kena la pergi kerja.

Tapi dah 3 hari aku kerja, semua tak aku tenang. Mata aku tengok file kerja tapi otak aku teringat haneul.

Macam mana aku tak jadi macam tu kalau dia hilang tanpa jejak? Aku pergi rumah dia pun tak de aku pergi rumah family dia pun tak de.

Aku menghempas file yang ada dekat tangan aku ke meja. Aku bersandar ke kerusi untuk tenangkan diri balik.

"boss ada tetamu nak jumpa boss harini" secretary membuka pintu bilik.Aku hanya mengangguk padanya.

Aku kemaskan rambut aku yang dah serabut tadi. Mana tahu haneul yang datang happy balik hidup aku ehe

Aku tarik balik balik apa aku cakap tadi. Mati terus senyuman aku bila tengok orang masuk dalam bilik aku ni.

"hai San"

Banyak la kau punya hai. Aku ingat dah kena tangkap polis dia ni.

"kau nak ugut apa pulak kalini minhwa?" ya minhwa perempuan yang ada depan aku sekarang. Tak pernah berubah selalu pakai baju tak cukup kain. Pikir aku tergoda la huh?

"tak i datang dengan aman dekat sini tak de nak buat kecoh"

eh sejak bila dia ni jadi lemah lembut macam ni?

"haa dah tu kenapa datang?" aku hanya menjeling. Sejak dari kejadian dia dengan haneul memang aku jadi kasar dengan dia.

| єи∂ σf ѕαи ρσν |

San masih lagi menunggu jawapan dari minhwa. Entah apa yang dirancangkan dia pun tak tahu.

"Harini i nak mintak untuk spend time dengan i satu hari tu je" Minhwa meminta pada San. San mengelipkan matanya berkali-kali pada Minhwa Sebelum kertawa terbahak-bahak pada minhwa.

"spend time? Dengan kau? Lawak apa kau buat dekat aku ni? Entah-entah memang plan kau kan? Aku keluar dengan kau pastu nanti biar sengaja haneul tahu kan? Eyh cliche la cara kau ni" San memandang minhwa dengan tajam.

"tak tak..Ni memang betul i tak pasang niat nak kacau korang dua..I memang nak keluar dengan you for the last time..Please..Last ni je lepas ni i tak kacau you dah" pinta minhwa kalau San tak bagi memang dia akan melutut sekarang jugak.

"ok fine. Aku ikut. Just keluar.Kau bawak aku pergi hotel.siap kau aku heret pergi balai"

/////

Satu hari San dan minhwa berseronok bersama.Lepas minhwa ajak San untuk pergi mall untuk tengok wayang dan bermain di arcade, terus San memberikan sepenuh kepercayaannya pada Minhwa. Lagipun masa diorang nak pergi mall tu,minhwa sendiri suruh pergi asing-asing jadi lagi la San tak musykil dengan dia.

Mereka berdua masuk kedalam restaurant setelah penat bermain di arcade tadi. Setelah memesan makanan mereka bersembang seketika untuk tidak menjanggalkan keadaan.

"thanks San spend time dengan I harini" minhwa memandang San yang sedang leka bermain phone.

Dia tak buat sebarang skinship lansung dengan San. Dia tahu Kalau dia buat macam tu mesti San terus hilang minat nak keluar dengan dia.

"huh? No problem lah Dah last dah kan. Kau nak pindah luar negara balik ke lepas ni?" San meletakkan phonenya ditepi lalu mencapai air yang telah dihantar oleh pelayan tersebut.

"tak la..I stay korea lagi la tak pindah dah"

"pastu kenapa last kau nak jumpa aku.Baru nak jemput datang majlis kahwin aku nanti" Gurau San. Mereka berdua memang dah berbaik lepas-lepas habis main dekat arcade tadi.San memang yakin yang Minhwa dah berubah.

"you lupa eh? I sekarang kan dah jadi buruan polis?" minhwa bertanya pada San. Riak mukanya tak menunjukkan hampa atau sedih.Dia akur dengan takdirnya sekarang.

Terus mati senyuman di muka San. Dia lupa dia yang report pada polis tentang kejadian minhwa dan haneul haritu Dan sekarang minhwa sedang dicari oleh polis.

" I ni bila-bila je boleh kena tangkap tah besok atau lusa. That's why i nak spend time dengan you harini" minhwa memandang San dengan sayu. San hanya mendengar apa yang akan Minhwa cakap. Entah kenapa dia berasa sedih bila dengar minhwa akan kena tangkap padahal itu yang dia nak dari awal.

"sebelum tu i nak cakap sorry sangat dekat you untuk apa yang pernah buat..I plan tidur dengan you..I ketuk haneul sampai korang bergaduh dan semua la"

"also..Thank untuk harini you sanggup nak spend time dengan I..Even I hampir bunuh bakal isteri you"

"kalau you nak berbaik dengan Haneul tapi susah..Call la I..I boleh tolong"

San menggosok matanya Yang berair. Makcik bawang mana letak bawang dekat dia pun tak tahu tiba-tiba berair mata ni.

"sokay..Aku pun dah maafkan kau..Tapi.."

Minhwa menunggu ayat San yang seterusnya.

"tapi aku akan tarik balik report tu.."

Terbeliak mata minhwa apabila terdengar keputusan San itu. Dia tak tahu nak gembira atau apa.

"no..Jangan tarik balik..Biar kan je..Kalau you tarik balik report tu..Pastu I tak berubah then kacau hidup you lagi macam mana?"

"minhwa depan aku sekarang ni lain je dari minhwa yang dulu...So berubah la tu kan? Ke kau masih setan bertopengkan manusia" San memeluk tubuhnya dan memandang minhwa yang hanya menunduk takut nak bertentang mata dengan San yang tengok dia macam mata helang.

"err tak tak..Memang i dah berubah.."

"Kalau kau betul-betul berubah kau takkan kacau hidup aku dah..so aku tarik balik report tu..Full stop"

"err tapi San—-"

"apa takut haneul tak setuju?" tanya San. Minhwa mengangguk sambil melihatnya

"don't worry..Aku pujuk dia nanti..So.." San menghulurkan jari kelingkingnya pada minhwa. Minhwa memandang tangannya dengan terpinga-pinga.

"stop kacau hidup orang..stop buat perangai psycho tu And last..Kita jadi kawan macam masa budak-budak dulu..Pinky promise?" San menggerakan jarinya pada minhwa.

Minhwa teragak-agak untuk membalasnya tapi akhirnya dia menerima.

"nae..Pinky promise" Minhwa membalas sambil tersenyum dengan matanya dah penuh dengan air mata kegembiraan.

Dia tak sangka lepas apa yanh dia buat San masih lagi beri peluang padanya dan dia takkan sia-siakan peluang tersebut.

<< TBC >>

Haa sorang dah baik dah yang sorang lagi tu nak baik jugak ke? Tengok la i nak bgi jungkook tu insaf ke idok hehehe




[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now