epilogue [ special chapter ]

432 40 29
                                    

5 years later~°•°•

"jadi begitu lah ceritanya.. " Haneul menamatkan ceritanya apabila sudah 2 jam dia bercerita.

"mama dengan papa pernah berjumpa tapi terpisah pastu jumpa balik macam tu ke? " tanya salah seorang anak lelaki Haneul.

Ya selepas mereka berkahwin,mereka berdua telah dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Choi Sunghee dan Choi Sunghan. Cepat masa berlalu kanak-kanak itu sudah berumur 4 tahun. Genetik daripada Haneul yang mempunyai kembar dengan eunwoo turun pada keluarganya.

"ya sayang.. Sweet kan mama dengan papa dulu? " tanya Haneul Sambil memuji dirinya. Tangannya ligat sedang menyikat rambut anak perempuannya.

"tapi kesian lah mama dulu ekciden(accident) sampai pecah jepala(kepala)" Sampuk Sunghee dengan pelatnya. satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Haneul.

"luka dekat kepala je tak tecah(pecah) pun kepala mama tu. Ish akak suka melebih! " herdik Sunghan bila lihat kakaknya sudah muka over dengan ayatnya.

"eh biarla orang nak tacap(cakap) apa pun. Sibuk je dia" marah Sunghee balik sambil menjelir lidah pada Sunghan.

Haneul hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat anak-anaknya.

Perangai Sunghee lebih sama dengan San yang suka mengada-ngada dan Sunghee lagi suka melekat bersama San tapi bila bab pasal berhias dia akan berkepit dengan Haneul sehari walaupun umur baru setahun jagung sudah tahu pasal berhias.

Manakala Sunghan perangainya mewarisi Haneul. Mulut pedas, suka bertindak ikut perasaan dan selalu bersamanya berbanding Sunghee. Mujur dia tak terikut minat tentang hal Wanita.

"La penat papa cari sini semua orang rupanya...buat apa dalam playground ni? Sekali dengan mama pun ada dalam ni? " San masuk ke dalam playground anak-anaknya atau bilik untuk kanak-kanak itu bermain lepas sekian mencari mereka bertiga.

"budak-budak ni la nak kutip mainan dulu nak bawak pergi holiday sekali la apa la" Haneul menggosok rambut Sunghan hingga serabai jadinya.

"Mama! Rambut han! " Sunghan merengek sambil menghentak kakinya apabila rambut dia sudah serabut.

"hahaha meh sini papa buat" San mengambil tempatnya di sebelah Haneul lalu menarik Sunghan mendekatinya untuk mengemaskan rambut Sunghan kembali.

"Ok dah handsome! Jom gerak kesian uncle Yeosang dengan aunty Minhwa tunggu dekat sana" San bangun dengan segera membuatkan yang lain turut mengikutinya.

"papa nak kung(dukung)!" Sunghee mengehulurkan tangannya pada San untuk minta didukung. San laju mendukung Sunghee lalu turun menggunakan tangga untuk ke kereta.

"mama nak jugakk! " Sunghan mengikut seperti Sunghee. Haneul mendukungnya lalu mengikuti San dari belakang.

////

"uncle yeosangggg! " Sunghan berlari ke arah Yeosang dan Minhwa yang sedang menunggu di depan pintu airport.

"wahh uncle Wooyoung pun ada pun ada sekali" sambung Sunghan lagi lalu menutup mulut apabila dia tersilap cakap sesuatu.

"uncle? Haip dah cakap dah kan panggil Hyung. Orang kahwin pun belum okeh. Majuk la macam ni dengan Han" Wooyoung mencebik pada Sunghan.

"alaa Hyung jangan majuk dengan Han.. Nanti Han suruh papa belanja Hyung aiskrim" Pujuk Sunghan pada Wooyoung

"ceh ko suruh bapak ko jugak baik tak payah.. Dah meh sini mak ayah ko gi beli snack tu" Wooyoung terus mendukung Sunghan untuk mengelakkan dia merayau.

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now