01

861 73 10
                                    

Bunyi tapak kaki kuat kedengaran di kawasan istana.Kelihatan seorang lelaki sedang berlari seperti dikejar sesuatu.

Dia sesekali menoleh ke belakang dan terdapat beberapa orang yang tidak dikenali sedang mengejarnya.

Tiba-tiba,dia sampai di sebuah tempat yang mana tiada jalan disana.Dia mencari-cari jalan untuk dia keluar dari istana tersebut namun tiada.Di sekelilingnya hanyalah dinding semata-mata.

"Tolong jangan datang dekat dengan saya,"ujar lelaki itu.

Namun orang-orang tersebut tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu dan berusaha unutuk pergi lebih dekat.

"Jangan!Jangan apa-apakan saya!Jangan!"

Tiba-tiba dia terdengar akan suara memanggil namanya.

"Joochan!Bangun!Kau dah kenapa menjerit macam orang tak tentu arah?"tanya Jaehyun.

Lelaki yang bernama Joochan itu terus bangun dan melihat sekelilingnya.Dia mendapati bahawa dia berada di taman bersama Jaehyun.Dia menarik nafas lega sebelum membetulkan kedudukannya.

Jaehyun yang baru sahaja melihat keadaan bunga-bunga di taman,terus duduk di sebelah Joochan.

"Kau mimpi lagi?"tanya Jaehyun lembut sambil memandang Joochan.

Joochan menganggukkan kepalanya dan menghela nafas panjang.

"Aku tak tahu kenapa tapi kalini mimpi tu lain,"

"Lain macam mana maksud kau?"

"A-aku kena kejar,"

Jaehyun memandang Joochan dengan pandangan yang pelik.Jaehyun dan Joochan sering berkongsi masalah bersama dan sebab itu Jaehyun tahu akan perkara yang dikatakan oleh Joochan.

"Ada beberapa orang kejar aku dekat dalam istana.Aku lari tapi ada satu jalan mati yang buatkan aku tak boleh lari kemana-mana,"kata Joochan lalu memandang Jaehyun.

"Aku panggil nama kau semua tapi istana nampak macam kena tinggal,"

"Aku rasa ada apa-apa akan jadi dekat kita semua dan mimpi tu mungkin suatu petanda yang suruh kita semua lari dari kerajaan ni,"

Jaehyun memandng Joochan dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Dahlah jom balik istana.Hari pun dah masuk senja,"ajak Jaehyun lalu bangun sebelum bergerak ke arah dinding di kanannya.

"Tunggu aku!"jerit Joochan yang seakan-akan takut.

Jaehyun meletakkan tangannya di dinding lalu dinding itu seakan-akan bergerak.Jaehyun dan Joochan keluar dari pintu tersebut dan kini mereka berada di bilik Jaehyun.

"Aku keluar dulu,"ujar Joochan lalu membuka pintu bilik Jaehyun.

Setelah Joochan keluar,Jaehyun berdiri dihadapan sebuah cermin besar yang berada di hadapannya.

'Kenapa semua mimpi Joochan saling berkait?Apa ini semua petanda buruk?Aku kena beritahu  Daeyeol hyung.Dia sahajalah satu-satunya orang yang faham tentang mimpi Joochan,'

Jaehyun terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum turun makan bersama keluarganya itu.

Malam

Semua putera kerajaan Crys turun ke ruang makan.Kelihatan ayahanda dan bonda mereka menunggu mereka di meja makan.

"Maafkan kami ayahanda dan bonda,"ujar Daeyeol sebagai wakil untuk adik-adiknya yang lain.

"Tak mengapa.Mari kita makan bersama-sama,"ajak bonda.

Ketika sedang makan,Joochan kelihatan gelisah.Ayahanda yang perasan terus menegur Joochan.

"Ada apa anakku,Joochan?Ayahanda lihat bahawa kamu gelisah daripada tadi.Ada apa-apa yang perlu ayahanda tahu?"tanya ayahanda dengan lemah lembut.

"Tidak mengapa ayahanda.Saya baik-baik sahaja,"kata Joochan sebwlum sambung makan.

Seorang penasihat raja berlari menuju kearah raja dan berkata dengan perlahan.

"Tuanku,maafkan patik kerana mengganggu Tuanku tetapi ada berita penting yang harus patik sampaikan kepada Tuanku,"ujar penasihat raja yang dikenali sebagai Tuan Kim.

"Ada apa Tuan Kim?"

"Sempadan kita telah diceroboh oleh musuh kita,"kata Tuan Kim dengan berhati-hati.

"Apa?Bagaimana boleh berlaku sedemikian?Bukankah telah saya titahkan agar sempadan kita dikawal dengan ketat?"

"Maafkan patik Tuanku,"

"Kumpulkan semua tentera.Jangan ada seorang pun yang tertinggal,"

"Baik Tuanku,"

Raja melihat Permaisuri dan Putera-puteranya.

"Maafkan ayahanda kerana tidak dapat memyertai santapan bersama-sama adinda dan anakanda sekalian,"

"Ayahanda,biarlah anakanda mengikut ayahanda,"ujar Daeyeol.

"Sebagai putera sulung,izinkanlah anakanda melindungi ayahanda,"

"Tidak perlu.Ayahanda perlukan kamu untuk menjaga Bonda dan juga anakanda sekalian,"

Daeyeol merenung makanan yang berada di hadapannya.Kata-kata Ayahanda itu tidak ada seorang pun yang boleh bantah.

"Baik Ayahanda.Hati-hati,"ujar Daeyeol.

Dia amat berat hati untuk melepaskan ayahandanya pergi berperang.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now