"Kau ni manis sangatlaa Iris.Tapi sayang..."wajah sengaja di tundukkan
"Kenapa sayang?"si gadis mula berpeluk tubuh.
"Finally,kau panggil aku sayang jugak."lantas jejaka itu menghamburkan tawanya.Suka menyakat gadis yang telah mencuit tangkai hatinya.
Dia,Firaz Ifzan jejaka dingin pada pandangan ramai,namun semua sikap dinginnya melebur apabila berhadapan dengan si gadis jelita,Arisha Iris.
Pak!!
"Kau ni memang takkan habis kan?"
Kepala jejaka itu menerima hempukan dari gadis itu.Sakit memang laa sakit tapi takkan nak tunjuk kan?
"Takkan habis laa.Selagi kau taknak kahwin dengan aku.Iris,kita kenal sejak dulu lagi.Kau takkan taknak bukak hati kau tu untuk aku kot?"sengaja soalan itu diutarakan buat Arisha Iris.
Arisha Iris menggeleng kepalanya berulang kali.
"Kau jangan nak mulakan.Aku anggap kau kawan baik aku dari kecil lagi.Dah laa.Jangan nak buat aku kusut"ujarnya mendatar sebelum bangun beredar dari situ meninggalkan Firaz sendirian.
"Aku sayangkan kau Iris.Takkan kau tak pernah nampak?"ujarnya perlahan.Pemergian gadis itu ditatap penuh kasih.
Dia perlu meraih cinta gadis itu.Tidak kira apa yang jadi sekalipun.
YOU ARE READING
Tertukar Cinta
RomanceFiraz Ifzan,seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri yang boleh membuatkan mana mana wanita jatuh kedalam dakapannya bila bila masa sahaja.Disekelilingnya dipenuhi gadis gadis yang mengejarnya namun tidak ada yang menarik perhatiannya sekalipun...