9 stay

1.3K 128 10
                                    

"TAPI kenapa boss?"soal Iris tidak puas hati.Dah pukul 5 petang.Orang lain dah beransur pulang.Ni Firaz suruh dia stay?Semata mata susun fail yang tersedia kemas itu?

"Fail tu dah berselerak.Tapi aku cari fail projek dengan Am Holding tak jumpa.So aku selerakkan aje laa."ujar Firaz selamba.

Iris mengeluh.Tak ada pilihan.

"Ye laa boss.Sekejap lagi saya masuk"jawabnya.Tak ada guna dia melawan.Firaz tetap menang.

"Good."sahut Firaz sebelum masuk kedalam biliknya.

Iris mendengus.Selang beberapa minit dia masuk ke dalam bilik bosnya.Kepalanya dari tadi berdenyut.Semalam dia tak cukup tidur kerana kerjanya yang berlambak itu.Ditambah pula dengan jadual pemakanannya.Lagi laa.

Dia membulatkan matanya memandang sepahan fail bertimbun itu.Kemudian Iris memandang semula Firaz.Lelaki itu menatap skrin komputer.Mukanya langsung tidak bersalah.Iris mengecilkan matanya.

Memang sengaja laa Firaz ni.Nak tak nak dia kena buat juga.Sambil tangan mengutip fail itu.Mulutnya mengomel perlahan.

Firaz yang sedang menatap skrin komputer itu menahan tawa.Walaupun omelan itu tidak dapat didengari dengan jelas namun mulut itu terkumat kamit mengomel.

Iris akhirnya selesai menyusun atur fail itu.Hampir 2 jam juga sebenarnya.Bukan sikit.Banyak!
Dahlaa kena ikut satu satu tempat fail itu.Mana taknya makan masa dua jam?

"Bos,dah siap.Saya balik dulu ye.Dah lewat ni"lehernya yang lenguh dibetulkan sedikit.

Firaz mengangkat wajahnya.Dia meneliti wajah penat bakal isterinya itu.

"Nope,kau stay sekejap dengan aku.Aku sorang aje ni.Kau teman"arahnya senada.

Iris melopong.Dah pukul 7 malam ni.Nak stay kepala hotak dia.

"Tapi boss..."

"No excuses"potongnya.

Iris terasa bagai mahu menangis namun dia bergerak juga ke sofa berdekatan dengannya.

Dia menghempas sedikit kuat punggungnya di situ.Matanya memandang Firaz dengan tidak puas hati yang kembali menatap skrin komputer itu.

Kantuk mula bertamu dalam diri Iris.Dia menahan sedaya upaya dirinya dari terlelap di situ.Sabar laa diri bila orang dah benci ni ada saja benda dia nak cari pasal.

Firaz perasan gadis itu menguap sambil matanya menguyu.Dia menahan tawanya dari terhambur.

Seketika gadis itu tewas.Matanya dipejam.Dia terlentok jatuh ke badan sofa.Mengantuk sangat.

Firaz menggelengkan kepalanya.Kesian memang laa kesian tapi dia nak gadis itu berada dekat dengannya.

Kerja disambung kembali.Habis cepat lebih baik rasanya daripada mendera gadis comel itu.Sesekali matanya merenung tubuh yang sedang terlena itu.

Terbit senyuman di bibirnya itu.

"Walaupun kau lukakan hati aku.Tapi aku tak boleh nak lupakan kau"ujarnya lirih.

Bahu Iris digoncang sedikit kuat.

"Hey bangun laa"sudah acap kali dia mengejutkan Iris tapi gadis itu hanya menggumam sahaja.

"Bangun laa.Kau nak aku kiss dulu ke baru nak bangun"ugutnya bersama goyangan di badan gadis itu.

Terpinga pinga gadis itu bangun.Otaknya ligat memikirkan kenapa dia berada di sini.

"Kenapa bos?"soalnya serak.Kepalanya berdenyut denyut.Dia mengurut perlahan pelipisnya.

"Jom balik.Aku dah siap"katanya.Firaz hanya melihat gadis itu mengurut pelipisnya sendiri.

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now