18 berubah

1.7K 97 12
                                    

"ABANG,BALIK LUNCH KE?"soal Iris selepas menyalami tangan Firaz.

Firaz angguk.Beg kerjanya diambil sebelum berjalan menuju ke pintu utama.Iris mengikutnya daripada belakang.

Mereka baru pulang dari honeymoon seminggu yang lepas.Iris diberikan cuti selama seminggu.Esok baru dia start kerja balik.

Hilang kelibat kereta suaminya dari pandangan,Iris masuk kedalam rumah lalu menutup pintu.Dia mengeluh berat.

Iris perasan Firaz berubah sejak pulang dari pejabat tiga hari yang lalu.

Seperti yang dijanjikan oleh Firaz sewaktu mereka honeymoon lalu,tidak ditunaikan.

Perkahwinan mereka masih menjadi rahsia daripada pengetahuan umum.

Iris ada mahu membangkitkan hal tersebut namun Firaz mengendahkan.Katanya masih banyak masa untuk mengumumkan.

Iris mengeluh lagi.

Langkah diatur ke bilik tidur untuk mengutip pakaian yang kotor.Selama seminggu ini dia hanya melakukan kerja rumah sahaja,hanya Firaz sahaja ke pejabat.

Firaz merungkaikan sedikit tali lehernya.Fikirannya kusut.

Selepas dia pulang dari honeymoon,dia masuk kerja seperti biasa sehinggalaa 3hari yang lalu,Qaisara datamg ke pejabatnya.

Gadis yang selalu bersamanya ketika di UK dahulu datang mengaku bahawa dia sedang mengandungkan anaknya.

Kusut.Ya dia sangat kusut.

Bagaimana kalau Iris tahu?Bakal terlukakah sekeping hati itu?

Kenapa diawal perkahwinannya sudah ada yang mahu mengugatkan rumah tangganya.

Kenapa?

"Ya Allah,Engkau ampunilaa dosa hambaMu ini"

Iris melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Sudah pukul 3.00petang namun kelibat suaminya belum ada.Kata nak makan tengahari di rumah.

Telefon dicapainya.Jemarinya lincah bermain di atas skrin telefin tersebut.

IRIS
Assalamualaikum abang,abang kata nak lunch kat rumah.

Tak menunggu lama,notifikasi masuk.

ABANG💘
Busy.Malam karang baru balik.

Iris mengetap kuat bibirnya.

IRIS
Okay,Abang balik dinner kat rumah ye.Iris masak.

Namun tiada balasan dari suaminya.

Iris mencebik.Telefon dibiarkan terletak di tepi.

Iris melangkah ke ruang dapur untuk makan tengah hari walaupun seorang diri.

Nampaknya lebihan makanan tengah hari tu kena bagi dekat jiran jugak laa.Sebab Iris tahu suaminya tidak suka makan makanan yang dipanaskan.Daripada buang dalam tong sampah baik dia bagi kat jiran jiran.Beekongsi rezeki sesama.

Siang berganti malam namun kelibat sang suami masih tidka kelihatan.Iris setia menunggu kepulangan suaminya di ruang tamu sehingga tertidur.

Walaupun jam sudah menginjak ke angka 1 pagi namun Iris tetap tunggu kerna dia tahu suaminya akan pulang.Tepat jam itu dia tersedar dari tidurnya.

Sudut hatinya berdoa agar tiada perkara buruk yang menimpa suaminya itu.

Telahan sang isteri benar,namun kepulangan suaminya membawa seribu pertanyaan pada hati Iris.

Firaz berjalan terhuyung hayang sambil baju kemejanya sudah senget benget.Tiga butang teratas baju kemejanya terbuka.Rambutnya turut kusut masai.

Segera Iris bangun mendapatkan suaminya.

Mata Iris tertancap pada leher suaminya.Hampir luruh jantungnya apabila melihat kesan merah merah.Dia bukan bodoh untuk tahu kesan apa.

"Hey sayang.Tunggu abang?"ujar Firaz sambil cuba memeluk Iris.

Iris segera menjauhkan dirinya.Bau yang keluar dari mulut suaminya merobek hatinya.Walaupun dia bukan jenis gadis yang bersosial namun dia tahu itu bau apa.

Dengan keadaan suaminya yang jelas menunjukkan dirinya di bawah kawalan air kemcing syaitan.

Firaz mabuk!

"Kenapa lari sayang?"soalnya mendayu.Kakinya menapak mendekati isterinya yang mula mengigil.

Sang mabuk mana nak tahu beza takut ke apa.

"Abang..abang jangan dekat..Iris..Iris takut"ujarnya bergetar.Selagi boleh bergerak menjauhi suaminya,Iris bergerak ke belakang.

Kaki Firaz degil menapak mengikuti langkah isterinya.Bibirnya menguntum senyum misteri.

Iris tahu suaminya sudah mabuk.Tanpa berfikiran apa,Iris membuka langkah seribu berlari naik ke tingkat atas supaya dapat melarikan dirinya daripada suaminya yang berada dalam keadaan mabuk itu.

Sangkanya orang mabuk seperti suaminya takkan dapat mengejar dirinya.Namun sama sekali meleset apabila tangannya yang menolak pintu dari dalam bilik ditahan oleh Firaz.

Firaz berjaya mengejarnya dari tingkat bawah lagi.Kini dah sampai di tingkat atas.

"Buka sayang.Kenapa takut.I'm your husband"ujarnya sambil terkekeh kecil.

Iris menggeleng laju.Air mata membasahi pipinya.

Dia tahu apa yang suaminya akan buat apabila dipengaruhi dengan alkohol.

"Abang mabuk..jangan buat Iris macam ni"kata Iris.

Namun tak semena pintu yang dia tahan sekuat hati itu ditolak dengan kasar oleh Firaz.

Iris terjerit apabila tubuhnya ditarik ke katil sebelum dihumbannya secara kasar.

Belum sempat dia bangun,badan tegap milik Firaz menghempap badannya.Air mata makin melebat mengalir di pipi Iris.

Bukan dia tak rela.Namun dia seorang isteri bukan cara seperti ni suaminya patut melayan dirinya.

"Tolong abang..abang mabuk...jangan buat Iris macam ni"rayunya apabila melihat pandangan suaminya yang dipenuhi dengan nafsu syaitan.Namun bila nafsu menguasai segalanya,Firaz langsung tidak nampak hal itu.

Dia mengendahkan jeritan isterinya pada malam itu.




HAHAHA DAH BERHABUK GUYS😂😂😂

Tertukar CintaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin