7 setuju

1.3K 100 11
                                    

SEMINGGU sudah berlalu namun Firaz tidak menunjukkan apa apa seperti yang dia utarakan ketika menyuruh Iris berkahwin dengannya.

Riak dingin itu seratus peratus menguasai diri Firaz.Dia melayan Iris dengan dingin.Mereka bercakap hanya pasal kerja sahaja.

Firaz juga jarang menengking Iris.Hanya dingin sejuk beku sahaja dia berbicara dengan Iris.

"Bos,hari ni bos meeting dengan Cik Liana dari Han's corporation pukul 3.30petang."ujar Iris.

Firaz mengangguk.

"Kalau tak ada apa apa saya keluar dulu"ujar Iris.

Melihat tiada reaksi dari Firaz membuatkan Iris menapak keluar.

"Malam ni pukul 8malam aku ambik kau dekat rumah kau"ujar Firaz senada.

Iris mengerutkan dahinya.

"Hah?"

"I don't need to repeat myself"

ANGKUH.

Itu yang Iris tangkap dari bicara lelaki itu.Lambat lambat dia mengangguk.

"Asal lambat?Ingat aku driver kau ke?"sergah Firaz sebaik sahaja Iris melabuhkan punggungnya di kerusi kereta mahalnya itu.

Iris mengeluh.Jam dikerling sekilas.8.02pm.

"Bos,2 minit je pun"ingin je dia hantuk muka kacak bosnya ke stereng kereta.2 minit pon dikira lambat?

"Mati sesaat pun tak lambat"balas Firaz bersahaja.Dia memulakan pemanduannya.

"Kita nak kemana ni?"soal Iris bingung.

"My condo"

Automatik Iris menyilangkan tangannya kedada.

Firaz mengerling sekilas sebelum senyum senget.

"Rumah parents aku laa."sambungnya dingin.

Melihatkan wajah dingin dan seram bosnya itu.Iris mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Perjalanan yang memakan masa setengah jam sahaja itu akhirnya sampai jua di rumah gah milik keluarga Firaz.

Iris bukan tak pernah sampai ke sini.Firaz rapat dengan dia sejak kecil lagi.Nenek dan atuk Firaz tinggal di kampung bersebelahan dengan rumahnya.

Jadi Firaz selalu pulang ke kampung untuk tinggal sementara dengan datuk neneknya.

"Dah jom"ajaknya lalu terus menonong keluar.

Iris terkulat kulat sebelum turut keluar.Dia mengikuti langkah besar lelaki itu.

Sampai di hadapan pintu rumah itu,Firaz terlebih dahulu masuk diikuti Iris.

Datin Sai dan Dato Haq yang sedia berada di ruang tamu menoleh memandang tetamu mereka.

"Eh Iris dah sampai"kata Datin Sai seraya bangun mendekatinya.Firaz bersalam dengan mummynya terlebih dahulu sebelum dengan daddynya.

Datin Sai memeluk bahu Iris sambil mengajak ke ruang makan.

Makanan sudah pun terhidang.Iris menjadi segan.Walaupun dia biasa dengan keluarga ini namun darjat keluarga ini terlalu tinggi buatnya.

"Arisha.Duduk makan ye.Jangan malu malu.Mummy masak semua ni untuk Arisha"Iris sedikit tersedak mendengar perkataan mummy yang keluar dari mulut Datin Sai.

Firaz yang menyedari itu memegang tangan Iris di bawah meja.

Iris merentapnya sedikit kasar.Suka suka hati pegang tangan orang.

Firaz mengetap bibirnya.Sebenarnya dia tak sengaja.Dia tahu gadis itu terusik saat mummynya mengelarkan dirinya sebagai mummy.

"Em mummy,Fareez mana?"soal Firaz.Dia sedia maklum tentang keberadaan abang sulungnya itu.

"Ada ni haa"jawab satu suara dibelakang mereka.

Serentak lapan pasang mata itu menoleh melihat Fareez yang tersengih sengih itu.Sememangnya mereka tiga beradik itu memiliki muka yang sentiasa senyum.Adik Firaz,Farisya menyambung pelajaran di luar negara kini.Juga mempunyai raut wajah yang manis seperti abang abangnya.

"Wah Arisha,lama abang Fareez tak jumpa kamu"tegur Fareez sambil mengambil tempat si sebelah gadis itu namun ditegah mummynya.

"Duduk sini Fareez"seperti faham dengan renungan anak tengahnya itu yang tidak suka dengan keeratan Iris dengan abang sulungnya.

Fareez akur.Dia berlalu pergi duduk disebelah mummynya namun berhadapan dengan Iris.Dia tersengih lagi.

Firaz mengetap bibirnya.

Mereka mula makan malam itu.Banyak yang dibualkan.Mummy Firaz pula asyik tersenyum penuh makna pada Dato Haq apabila melihat Firaz mengetap kuat rahangnya apabila Fareez mengusik Iris.

Orang tuanya tahu Firaz masih menyintai gadis itu walaupun dia beriak dingin.

Selesai makan Iris ingin mencuci pingan yang kotor namun Datin Sai menghalang.Katanya mereka ada benda nak berbincang dengan Iris.

Dato Haq duduk di kerusi berkembar dengan Datin Sai.Manakala Fareez mengambil tempat di sofa solo.

Iris bersama Firaz duduk di sofa berangkai tiga.Mereka duduk berjarak.Belum muhrim lagi.Ruang di tengah dikosongkan.

"Terlebih dahulu daddy nak ucapkan terima kasih pada Arisha sebab sudi datang makan malam di rumah daddy ni"Dato Haq berhenti seketika.

Iris tersenyum.

"Sebenarnya daddy ada benda nak bagitahu kamu."

Iris menanti bicara selanjutnya.Hatinya mula berdebar kecil.

"Memandangkan ayah kamu sudah tak ada.Jadi daddy bagitau terus je laa dekat kamu hajat daddy ni ye"

Yang lain hanya diam menanti ketua keluarga mereka berbicara.Namun Iris sudah berdebar sakan.

"Kamu setuju kalau daddy nak kahwinkan kamu dengan Firaz?"soal Dato Haq terus.

Firaz memandang tepat gadis di sebelahnya.Peresetujuan minggu lepas daripada gadis ini sudah membuatkan dia sedikit yakin bahawa mereka akan berkahwin.Namun takut lain pula kali ni.

Lama menantikan jawapan dari gadis itu,Dato Haq menyuruh Firaz membawa Iris ke halaman hadapan buat seketika waktu.Firaz akur,dia mengajak Iris keluar bersamanya.

Usai melabuhkan punggungnya di bangku batu itu,Firaz bersuara.

"Kau dah ubah fikiran ke pasal minggu lepas?"

"Saya tak ubah apa apa keputusan pun.Cuma boss tu yang lupakan hal ni"kata Iris perlahan.

Terasa janggal dengan keadaan sekarang.Firaz yang dia kenal bukan seperti ini.Dulu selalu sahaja ada akal nak menyakat Iris.Namun kini tiada lagi.

"I'm not"sahut Firaz.

Iris memandang Firaz yang seperti sedang menanggung bebanan berat itu.

"Boss..bos betul ke nak kahwin dengan saya?"soalnya

Firaz mengalihkan pandangannya menghadap Iris.

"Kau yang cakap nak buktikan cinta kau dekat aku kan.So jangan tanya benda bukan bukan.Masuk dalam bagitahu kau setuju."putus Firaz lalu bangun menuju ke dalam rumah.

Iris menjadi sebak.Benar laa sekali beku pasti susah nak cairkan.Mungkin sudah beku buat selama lamanya.Perlahan Iris bangun mengikuti langkah Iris masuk ke dalam rumah untuk memberitahu tentang persetujuannya.

Iris berharap moga ada sinar kebahagian buat rumah tangga yang bakal dibinanya bersama Firaz kelak.Walaupun cuma sedikit.






HOHOHO.

NAK LAGI?COMMENTS LAA..ALAH

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now