22 bertanggungjawab

2.4K 123 38
                                    

"APA SEMUA NI FIRAZ?"suara Dato Haq memetir kuat di ruang tamu banglo mewah milik Firaz.

Semua mata memandang ke arah Firaz yang duduk di sofa bertentangan dengan Dato Haq.Fareez hanya memandang adiknya yang diam disoal sebegitu.Terkejut juga dia bila daddynya meminta agar dia turut berkumpul pada petang itu di rumah adiknya.Katanya ada hal mustahak ingin beritahu.

Sampul yang berisi kepingan gambar aksi panasnya dilempar ke arahnya.Dato Haq benar benar marah.Datin Sai pula kecewa dengan anaknya.Dia ingat anak lelakinya pergi ke luar negara untuk menenangkan diri menjaga maruah.Namun sebaliknya hingga buat mengandungkan anak dara orang.

"Kenapa kau buat semua ni Firaz?Kau tak reti ke dosa pahala?Berdosa meniduri anak dara orang tanpa ikatan perkahwinan yang sah.Daddy tak pernah ajar kau buat benda terkutuk tu Firaz"nada suara Dato Haq kecewa dan berubah sayu.

Iris hanya mampu menangis di sisi Datin Sai.Ibu mertuanya tak henti henti menenengkannya.Sudah laa baru keguguran,kini diuji pula dengan terbongkarnya perbuatan terkutuk suaminya.

"Firaz tak sedar waktu tu daddy.Firaz mabuk."balasnya.Dia hanya mampu mengerling isterinya.Nak dekat pun tak boleh usahkan cakap nak tenangkan isterinya itu.

"Mummy kecewa dengan kamu,Firaz.Dengan keadaan Arisha macam ni kamu buat hal."marah Datin Sai.Anak lelakinya memang menempah bala.

Entah perempuan mana yang dia tiduri.

"Jadi sekarang ni macam mana?"lama berdiam diri,akhirnya Dato Haq kembali bersuara menyoal keputusan anak lelakinya.Walaupun kecewa dia tahu sebagai bapa dia harus memberi sokongan agar anak lelakinya bertanggungjawab atas perbuatannya.

"I will marry her."








"Qaisara nak kahwin."dengan selamba,gadis itu mengutarakan permintaannya kepada kedua orang tuanya.

Dahi Dato Ilias berkerut.

"Dengan siapa?"soalnya tegas.Cukup tak suka dengan permintaan anaknya.Entah lelaki mana yang dia nak kahwin.

"Firaz Ifzan."sebaris nama yang terpacul dari mulutnya membuatkan hatinya turut berbunga.

"What?Anak Dato Haq?"soalnya lagi.

Qaisara angguk menjawab pertanyaan daddynya.

"Kenapa tiba tiba?"

"I'm pregnant"

PANG!

Pipinya menerima tamparan daripada daddynya.

"Apa kau cakap,Sara?"jerkah Dato Ilias.

Qaisara memegang pipinya yang terasa perit.

"Sara pregnant anak Firaz.Kami tidur masa di luar negara dulu.Ifzan nak bertanggungjawab."

"Kau memang anak tak tahu malu Sara.Sanggup kau cemarkan maruah aku.Kau mengandungkan anak haram tu."jerkah Dato Ilias.Tahu anaknya kurang didikan agama.Namun,dia tidak pernah sangka sejauh itu perginya anak perempuan yang dia tatang penuh kasih sayang.








"Iris setuju,mummy daddy.Kalau itu yang abang rasa baik untuk dia dan juga bakal anak dia.Iris redha dengan semua yang berlaku.Lagipun nanti kesian dekat baby kalau lahir tak ada ayah.Baby tak salah."ucap Iris perlahan.Bibirnya yang pucat tidak berdarah itu mengukirkan senyuman nipis.

Datin Sai lantas mengeleng kepalanya.

"Tak!Mummy tak setuju.Mummy tak setuju kamu kahwin dengan perempuan tu."bantah Datin Sai.

Walaupun dia ibu kepada Firaz,tak semestinya dia akan menyebelahi anak lelakinya itu.Apatah lagi membelakangkan menantu dia sendiri?

"Kamu yakin tu anak kamu?"sinis soalan Datin Sai ajukan padanya.

Firaz terpempan.Benar,dia sendiri tak tahu sama ada Qaisara mengandungkan anak siapa.Setahu dia gadis itu cukup liar sewaktu di luar negara dulu.Dia juga tak dapat pastikan sama ada diakah orang yang pertama yang menyentuh Qaisara?

"Mummy tak nak kamu menyesal depan hari sebab membelakangkan isteri kamu,menyesal sebab buat keputusan yang salah."kata Datin Sai.

Dia bangun lalu bergerak pergi.Sungguh tak sanggup melihat kedukaan menantunya.

"Daddy tak pernah galakkan kau buat semua ni.Tapi apa yang kau dah buat ni.Kau kena bertanggungjawab.Kahwin dengan perempuan itu."putus Dato Haq seraya berdiri meninggalkan mereka.

Hanya Fareez,Firaz dan Iris berada di situ.

"Sabar ya Arisha.Arisha kena kuat.Inshaallah,Allah sentiasa ada dengan orang yang selalu sabar menghadapi dugaan."kata Fareez.Dia turut bangun selepas meninggalkan pesanan kepada adik iparnya.Langsung tidak memandang adik lelakinya yang sudah memandang dirinya bagai helang mahu menerkam mangsa.Cemburu ke?

"Sayang,dengar cakap abang.Please-"

Iris bangun lalu berjalan perlahan menuju ke bilik tidurnya.Air mata yang mengalir perlahan disapu berkali.

"Sayang."Firaz mengejar langkah isterinya sehingga mereka berdua berada di dalam bilik.

"Sayang."panggil Firaz.Iris menarik nafasnya dalam sebelum berpusing memandang suaminya.

"Please dengar cakap abang."pujuk Firaz.Sedih dan terluka hatinya melihat wajah sayu dan mata bergenang milik Iris.

"Apa dia?Saya dah benarkan awak kahwin dengan dia kan.Saya dah bagi izin untuk awak ambil dia sebagai isteri awak.Apa lagi yang tak cukup?Awak nak saya dengar apa lagi,Firaz?"soal Iris.Matanya masih lagi bergenang.Nadanya cukup sayu membuatkan hati Firaz patah.

"Sayang,abang buat semua ni bukan saja saja sayang.Bukan salah abang semua tu berlaku.Waktu benda tu berlaku,abang mabuk.Abang berani sumpah bukan salah abang.Abang tak pernah sentuh mana mana perempuan kalau abang sedar,sayang.Percaya cakap abang."kedua belah tangan Iris dicapainya lalu digenggam sebelum dikucup penuh sayang.

"Abang janji,abang akan bertanggungjawab kahwin dengan dia tapi abang tak kan pernah layan dia sebagai mana abang layan sayang."kata kata Firaz membuatkan Iris merental pegangan tangannya.

"Suami jenis apa macam ni?Nam kahwin tapi taknak layan isteri.Dah laa abang"air matanya mengalir perlahan memandang Firaz.

"Saya dah penat hidup macam ni.Macam dah tak ada erti.Saya rasa perkahwinan kita bukan macam sebuah perkahwinan."

"Tolong faham abang,sayang-"

"Pernah ke selama ni saya tak faham abang?Pernah ke?Abang tak pernah nak ambik tahu apa yang orang lain rasa.Yang abang cuma tahu abang nak orang lain je yang faham abang.Abang tahu tak sakit hati ni?Hati saya dah cukup sakit dengan semua ni.Saya dah tak larat sangat sangat nak hadap bemda ni.Penat.Penat sangat"luahnya.

"Saya dah bagi izin abang kahwin dengan dia,abang kahwin aje.Jangan fikir dan ambik tahu pasal saya.Saya sedar siapa diri saya.Saya tak layak menjadi seorang isteri buat abang.Abang kahwin laa dengan dia.Bina keluarga yang bahagia.Cuma satu yang saya mintak."tatapan pada Firaz yang sudah berendam air mata itu dipandang dalam.

"Lepaskan saya."








Maka dengan ini,secara rasminya,ak akan log out akaun ini.So segala comments korang tak dapat ak balas ya.Nanti ada masa ak log in balik.

Ni benaran ya chapter last buat masa ini.Aku bagi sbb nk tinggalkan korang kan.Uhuk!

BYE BYE😭

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now