5 PA

1.3K 102 7
                                    

HARI berganti baru,Iris memulakan kerjanya sebagai PA lelaki itu.

Seawal jam 8 pagi,dia sudah sampai ke pejabat gah itu.Semua kerja sudah diatur baik oleh Kak Hawa semalam.Kak Hawa merupakan PA Firaz selama ini namun kerana terpaksa mengikut suaminya keluar negara,Kak Hawa terpaksa berhenti kerja.

Kedudukan mejanya berada betul betul di hadapan bilik CEO itu.Hailaa macam mana nasib dia bekerja di sini?

Sedang Iris mengelamun,Firaz sudah sampai.Dia mengerling gadis itu yang seperti berada di dalam dunia sendiri itu.Tanpa sebarang kata,Firaz masuk ke dalam biliknya.

Deringan telefon pejabat mematikan lamunan Iris.Dia mengerling sekeliling.Tiada orang lagi masa ni.

Lambat lambat dia mengangkat gangang telefon sesbelum ditekapkan di telinga.

"Ye?"

"Masuk bilik aku sekarang"suara itu.Suara garau serak basah.Air liur ditelan kesat.Mata bulatnya memandang pintu bilik bosnya.Dah sampai ke?Bila masa?Dia sampai dulu ke aku yang sampai dulu?

Tapi kalau dia sampai dia macam mana dia tahu aku dah ada kat sini?Tapi kalau dia sampai lepas aku.Masa mana?

Cepat cepat dia masuk kedalam bilik bosnya.Sempat dia mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Ya tuan?"soalnya sejurus sampai di hadapan lelaki itu

Firaz yang sibuk menatap komputer itu hanya statik sahaja.

Iris menggigit bibirnya resah.

"Tuan?"panggil Iris lagi.Sungguhh tidak selesa berada dalam keadaan sekarang.

Baru Iris ingin bertanya keperluan dan kehendak lelaki itu memanggilnya masuk,lelaki itu mengangkat wajahnya.

Mukanya penuh riak dingin.Dia secalit senyuman seperti 3tahun yang lalu.

Ingat Iris,dia dah bencikan kau!

"Buatkan aku kopi."arahnya sambil menikam tajam anak mata milik Iris.

"One more thing,call me bos.Not tuan.Sound old"sambungnya

Iris mengangguk perlahan.Dia segera berlalu keluar.Namun,telinganya berdesing mendengar ucapan bosnya

"Jangan nak letak racun dalam kopi aku"penuh sinis lontaran ayat kepada Iris.Senyuman senget menghiasi bibir itu.Sempat iris berpaling memandang Firaz sebelum hilang di sebalik pintu itu.

Sebaik sahaja hilang susuk tubuh itu,Firaz mengeluh kuat.

How can I resist you Arisha Iris?







"Bang,"tegur Datin Sai kepada suaminya yang sedang membaca surat khabar itu.Anaknya seawal pagi sudah keluar rumah.

Pelik dia dengan tingkah anak lelakinya itu sejak seminggu ini.Anaknya sudah pulang ke tanah air hampir sebulan.Sikap anaknya yang riang,ceria itu sudah berubah.Firaz sekarang sudah menjadi pendiam,beku.

Seminggu yang lalu anaknya seakan gembira namun dikawal.Semalam pulang dari kerja.Senyuman sinis asyik terukir di bibir anak lelakinya itu.Apa yang berlaku.Pagi ni pula awal awal subuh sudah berangkat pergi kerja.

Manakan tak peliknya?Datin Sai tidak tahu akan punca itu namun dalam diam,Dato Haq tahu selok belok syarikat itu.Setiap urusan mahupun pekerja dia akan mengenal pasti terlebih dahulu.

Dato Haq tahu seminggu yang lalu apa yang Firaz lakukan.Dan semalam gadis yang telah menambat hati anak lelakinya datang ke syarikat anaknya untuk temuduga sebagai PA ganti Hawa.

Semuanya dia tahu.

"Bang,abang dengar tak apa Sai cakap ni?"tanya Datin Sai.Geram dia dengan suaminya,dia bukan main membebel namun suaminya hanya diam membatu.

Terdengar keluhan kecil dari bibir suaminya.

"Ya Sai?"

"Firaz tu laa bang,saya tengok pelik aje dia.Semalam balik dari kerja bukan main senyum aje kerja.Dah laa senyum tu menakutkan.Sinis"omel Datin Sai tidak puas hati.

Dato Haq hanya senyum tawar.

"Abang pun tak tahu laa Sai"enggan meresahkan hati isterinya.Baik dia merahsiakan sahaja.Bukan dia tak tahu rancangan anaknya ingin membuat gadis itu jatuh semula ke dalam kurungan anaknya.

Walaupun begitu dia tahu Firaz masih cintakan Iris.Mata dan hati tuanya dapat melihat bait cinta dalam mata anak lelakinya itu.

"Bang,apa kata kita jodohkan aje Iris tu dengan Firaz.Kali ni Sai confirm dia takkan reject anak kita lagi"usul Datin Sai bersemangat.

Dato Haq hanya diam.Memang laa Iris takkan tolak lagi tapi anak lelakinya bagaimana?Lagipun biarlaa lelaki itu sendiri yang mencari jodohnya bersama Iris.Bukan mereka orang tua Firaz yang suka mengatur kehidupan anak anak mereka.










MEREPEK AJE RASA NYA..HEHEHE..TERUSKAN JE LAA BACA WALAUPUN BOSAN..DALAM OTAK NI DH BYK JLN CITER NK BUAT..TP TAK SESUAI KALAU AWAL AWAL CHAPTER..KITA KENA TUNGGU TGH TGH OKE?

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now