13 serba salah

1.6K 98 7
                                    

"Uncle mintak maaf Ifzan.Jalan sesak"katanya

Firaz mengangguk.Dia bangun menyambut huluran tangan Dato Alias.Di sisinya berdiri seorang gadis sexy yang tersengih seperti kerang busuk.Iris naik menyampah.Namun dia berpura pura senyum.Menghulurkan tangannya pada gadis itu.

"Ni kenalkan anak tunggal uncle,Yuna.Baru balik dari London"

Firaz hanya mengangguk tanda hormat.Dia bukannya nak suai kenal dengan orang.Hanya nak selesaikan apa yang patut saja.

"Hi.I'm Yuna.Who is that?"soal Yuna manja.Tergedik gedik.Naik geli Iris.

Tak sampai 5 minit jumpa Iris rasa dah nak angkat punggung balik office.

"My PA,Arisha Iris"jawab Firaz serba salah.

Iris sedikit tersentak.PA aje?

Oh lupa ni kan kahwin rahsia.Mana boleh heboh.

"Oh,cantik namanya.Sesuai dengan orang dia"puji Dato Alias bersama senyuman manis.

Iris tak tahu nak beza ikhlas atau tak.Sekarang ni dia meluat tengok si cacing di depannya ini.Mata tu tenung laki aku bagai nak rak.Aku cucuk jugak kang!

"You belum kahwin ke Ifzan?"soalnya.

Iris menunggu jawapan dari Firaz.Hatinya bagai dirobek bila melihat Firaz menggelengkan kepalanya.

"Oh wow.I can't believe this.You still single"ujarnya teruja.

Iris senyap.Malas makan hati biarpun hatinya sakit sangat bila suami sendiri mengaku belum berkahwin depan orang lain bersaksikan dirinya sendiri.

"Excuse me.Saya nak ke toilet kejap"tanpa menunggu balasan Iris pergi ke tandas di restoren itu.Sudah melepasi waktu makan tengah hari.Jadi tak ramai sangat orang.

Dia tak perlu sangat pun tandas untuk buang air ke apa ke.Cuma rasa sebal dalam dirinya membuatkan dia bergerak pergi dari situ.

Pintu dibuka dari luar menandakan ada orang masuk,Iris menunduk.Lantaklaa ini tandas awam.

Tiba tiba pinggangnya dipeluk dari belakang membuatkan dia hampir terjerit namun pantas saja tangan itu menekup mulutnya mengelakkan dirinya dari menjerit.

Jantung Iris bagai mahu melompat keluar.Matanya sedikit membulat.Lututnya terasa menggigil.Dia ditolak ke tepi dinding sebelum badan itu diperangkap dengan sang 'penceroboh' sebentar tadi.

Iris rasa terhimpit di dinding itu.Nafasnya menjadi tidak teratur.Perlahan jejaka itu mendekatkan bibirnya sebelum ditekapkam bibir Iris.Iris mahu menjerit namun perbuatan itu tidak dapat dilakukan apabila bibirnya dipagut kasar.








"Bang,saya rasa ada sesuatu laa dengan Firaz tu"kata Datin Sai kepada suaminya yang sedang menghadap ipad itu.

"Bang..saya cakap dengan abang ni"bentaknya sedikit geram.

Orang cakap dia buat tak tahu.

Dato Haq merengus sedikit.Ipad itu diletakkan diatas meja kopi.Dia menyandarkan belakang badannya pada kerusi.Matanya memandang terus ke wajah gusar isterinya.Kening diangkat sedikit.

"Saya kata saya tak sedap hati dengan perangai Firaz tu.Macam ada sesuatu aje dia tu.Semalam dia cakap nak pindah saya tengok Iris diam aje.Muka pun nampak macam terkejut."jelasnya.

"Awak ni Sai.Apa yang terkejutnya.Biasa je abang tengok si menantu kita tu.Jangan fikir benda bukan bukan"

"Masalahnya bang saya risau tengok diorang tu.Firaz tu lain macam aje.Ke dia ada rancang benda bukan bukan?Hah lagi satu masa saya tanya Farhan tu macam mana senang senang Firaz cakap nak hantar kat Tahfiz.Sedangkan wajah Iris pucat tak berdarah masa tu.Tiba tiba dia mintak diri kata nak naik dalam bilik.Tak pelik ke tu bang?"panjang lebar rasa was was nya itu.

"Awak ni fikir jauh sangat laa Sai"

"Saya tak fikir tapi hati saya ni yang mendorong saya tahu tak.Abang tahu kan macam mana diorang dulu.Firaz tu sampai lari luar negara sebab frust dengan Iris.Tup tup kata nak kahwin dengan Iris.Tah tah dia ada rancangan nak balas dendam tak bang?"

"Astaghfirullah Sai.Apa awak ni.Tak baik tuduh anak sendiri macam tu.Mungkin Allah bukakan pintu hati Firaz tu untuk menantu kita.Jodoh diorang kuat sangat laa tu.Cuba awak fikir positif Sai.Firaz tu anak kita.Jangan nak mengarut fikir itu ini pasal anak.Sekalipun Firaz bawa diri dulu sebab Iris puncanya tak mungkin Firaz berdendam macam tu sekali.Abang dapat rasa yang Firaz tu masih sayangkan Iris.Awak jangan nak memandai buruk sangka.Dengar dek Firaz kang kecil hati dia"bebek Dato Haq panjang.

Datin Sai mencebik.Suaminya ini seali dah keluar dia punya membebel tu hmm tadah aje laa telinga ye.

"Suka hati abang laa.Saya cakap tu abang cakap ni.Saya cuma kesiankan menantu kita tu.Tu aje.Dah laa Iris tu sebatang kara.Yang ada pun adik dia aje si Farhan tu.Kalau Firaz masukkan Farhan kat tahfiz berpisah laa diorang.Tak ke nanya?"Datin Sai masih tidak puas hati.Dia menghamburkan lagi rasa tidak puas hati itu kepada suaminya.Nampak sangat Dato Haq back up anaknya.

"Ya laa Sai oii.Abang pun tak tahu nak kata apa.Diorang dah dewasa masing masing pandai jaga diri.Lagipun Firaz tu ketua keluarga.Pandai laa dia jaga rumah tangga dia tu"putus Dato Haq.Ipadnya kembali dicapai.

Datin Sai berpeluk tubuh.Dia harus memikirkan apa yang nak dibuat untuk kembalikan cinta mereka berdua?

Dato Haq pula dalam diam dia mengeluh.Dia juga risau dengan anak menantu mereka.Semalam sewaktu sarapan Firaz memberitahu mereka dua keputusan mengejut itu Dato Haq tahu Iris tidak tahu langsung pasal hal tersebut.Bukan seperti yang Firaz cakap bahawa mereka laki bini sudah berbincang.

Iris jelas terpapar wajah terkejutnya itu saat perkhabaran pindah rumah namun menantunya bijak mengawal air muka.Namun bila disentuh perihal Farhan jelas berubah air muka Iris dan tidak mampu dibendung lagi menyebabkan Iris meminta diri untuk naik ke dalam bilik.

Dato Haq tahu Firaz ada rencananya sendiri.Tapi sebagai ibu dan bapa dia dan isterinya tidak patut masuk campur hal mereka.

"Haaa abang"sergah Datin Sai membuatkan Dato Haq mengurut dadanya.Terkejut.

"Awak ni Sai.Nasib baik saya ni tak apa apa."

Datin Sai tersengih tidak bersalah.

"Saya ada idea bang..."








Siyesss arr ak rasa macam merepek aje😆😆😆😆

Teruskan aje baca ye..hahaha

Tertukar Cintaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن