21 misteri

1.4K 78 17
                                    

IRIS baru selesai dimandikan oleh suaminya.Mulanya dia berkeras tidak mahu dimandikan oleh Firaz namun lelaki itu degil.Berbagai alasan yang dia bagi.

"Sayang,abang dah siap masak.Masih panas lagi tau.Sayang duduk kejap.Abang pergi ambik kat dapur"kata Firaz.Isterinya sudah siap berpakaian.

Iris masih diam tidak menyahut.Angguk pun tidak.Masakan mahu bercakap.

Tiba tiba telefon bergetar menandakan ada notifikasi yang masuk.Iphone yang berada di meja kecil itu dicapainya.

Mesej whatsapp itu dibukanya.Ada satu nombor yang tak dikenali menghantar kepingan gambar.

Unknow

-Image
-Pity of you

Sekeping gambar ultrasound dihantar kepadanya bersama pesanan itu.Apa kaitan semua ni?

Gambar ultrasound bayi serta perasaan kesian?

"Sayang,makan dulu ya.Abang dah bakar ikan ni.Panas panas lagi ni"ujar Firaz sambil membawa dulang makanan ke dalam bilik itu.

Cepat cepat iphone Iris,dia tutup kemudian disorokkan di bawah bantal.

Firaz sedikit berkerut pelik.Kenapa sorok phone.Fikir tak nampak?

"Nah,bismillah-"

Pinggan yang berisi nasi putih bersama ikan bakar dirampas Iris.Dia tak suka suaminya menyuap makan.Lebih lebih lagi dengan tangannya sendiri.

Firaz mengeluh dalam diam.Sudah seminggu isterinya menunjukkan sikap dingin terhadap dirinya.Terasa dipinggirkan sangat.Namun dia sedar bahawa semua yang berlaku salah dia.

Apa yang Firaz perlu lakukan adalah memujuk dulu hati isterinya yang sedang berduka ini.Kehilangan bakal anak mereka merupakan ujian yang sangat berat bagi dia dan Iris.









"Abang pergi kerja dulu ya sayang.Nanti Kak Mah akan datang kejap lagi.Sayang jaga diri elok elok ya.Kalau nak apa apa bagitahu Kak Mah.Jangan buat kerja sendiri.Kalau ada apa apa yang berlaku terus call abang."pesan Firaz.Dia sudah siap berpakaian kemas.Sudah seminggu lebih dia mengambil cuti mengejut.

Tapi hari ni terpaksa laa masuk jugak office.Iris dia bagi cuti dulu sampai laa isterinya benar benar sihat.Baru boleh masuk kerja balik.

"Assalamualaikum"sapa satu suara.Kak Mah.Jiran selang tiga buah rumah mereka,mengambil upah menjaga orang dalam pantang.

Walaupun keguguran,tapi pantang tetap pantang.

"Tu Kak Mah dah sampai.Kejap ya"

Firaz keluar dari kamar itu menuju ke luar.

Iris hanya diam tidak berbicara.Wajahnya masih lagi pucat seperti biasa.Cuma dia merasakan ada sedikit tenaga dari minggu yang lalu.

"Arisha."panggil Kak Mah menyentakkan Iris dari terus mengelamun.

Kak Mah menghulurkan senyum dibalas Iris.

"Boleh Kak Mah masuk?"soal nya meminta izin.Melihat Iris senyum dan angguk,Kak Mah maauk perlahan ke dalam bilik itu seraya melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

"Macam mana Arisha hari ni?Dah baik sikit?"soal Kak Mah prihatin.Dia juga bersimpati dengan pasangan muda ini.

"Rasanya dah baik sikit."jawab Iris.Dia terbatuk kecil membuatkan Kak Mah mencapai gelas kosong di sebelah katil sebelum menuang air kosong lalu disua ke arah Iris.

"Mana Firaz,Kak Mah?"soal Iris.Dah pergi kerja ke?

"Dia dah pergi kerja.Dia cuma sempat pesan kat Kak Mah suruh jaga kamu baik baik dan jangan lupa bagi kamu ubat.Sibuk nampak gaya dia.Kalut aje."sahut Kak Mah.

Firaz sebenarnya terus berangkat ke tempat kerja setelah menyambut kedatangan Kak Mah.Dia tahu kalau dia masuk balik jumpa Iris pun,isterinya tak akan layan.Jadi,dia berpesan pada Kak Mah sahaja.

Iris angguk sahaja.Bagus laa.Tak perlu nak hadap wajah suaminya.Dia masih sakit hati dengan kelakuan suaminya.Iris menahan diri dari terus menghamburkan marah pada suaminya jadi dia berdiam diri sahaja.







Seminggu berlalu,

"Arisha,ni ada sampul surat kat depan tadi.Ada nama kamu.Sebab tu Kak Mah ambik."sampul surat berwarna coklat cair itu disua kepada Iris.

Iris menyambut.

"Terima kasih Kak Mah"

Kak Mah angguk,dia keluar dari bilik itu seraya bergerak ke arah dapur.Sudah menginjak waktu tengah hari.Nak memasak buat Iris.

Iris membuka perlahan pelekat yang menempel di sampul surat itu lalu menarik isinya.Terdapat beberapa kepingan gambar dalam sampul itu.

Dadanya turun naik bernafas,matanya mula bergenang.Air liur ditelan kesat.

Gambar suaminya,Firaz sedang tidur nyenyak berpelukan dengan seorang gadis di atas sebuah katil.Hanya berlitupkan selimut putih yang menutupi tubuh mereka.

Apakah betul benda yang dia tengok?Atau sekadar gambar edit?

Tapi apa yang Iris tahu,gambar itu memang kelihatan sangat real.

Tanpa sedar,air matanya mengalir membasahi lekuk pipi.Bibirnya bergetar halus.Hatinya bagai dirobek dengan pisau tumpul.

Suaminya curang!

Adakah sebab itu dia berubah?

"Kak Mah!"panggilnya sedikit kuat.Tidak dihiraukan lagi suaranya yang serak habis akibat menangis.

Lama menanti,akhirnya,Kak Mah muncul di hadapan bilik itu.Terkejut Kak Mah melihat wajah Iris yang basah dengab air mata itu.

"Ya Allah,Arisha.Kamu kenapa?Sakit kat mana mana ke?"soal Kak Mah.Dia menerpa ke arah Iris yang sedang bersandar di kepala katil itu.

Dipeluk kuat tubuh Kak Mah,Iris menghamburkan tangisannya pada bahu Kak Mah.

"Kak Mah"panggilnya lemah dalam tangisan.

"Ya.Kamu kenapa?Sakit kat mana mana?Bagitahu Kak Mah,nak.Jangan macam ni."pujuk wanita itu.Tangannya tak henti henti mengusap belakang badan Iris.Menenangkan Iris.

Gambar gambar yang diletak di tepi diambilnya lalu menghulurkan pada Kak Mah.

"Astaghfirullahalhazim."















"You,we need to talk."gesa Qaisara.Lengan jejaka itu ditariknya.

"Apa lagi yang you nak ni,Sara?I dah kahwin laa."balas Firaz geram.Setiap hari perempuan ini ke pejabatnya sampai dia naik muak.

"I nak you.I want you to marry me"ujarnya tanpa segan silu.

"Lagipun I pregnant anak you.You tak nak bertanggungjawab atas apa yang you dah buat dulu?"sambung Qaisara.

Firaz mendengus.Tali leher yang diikat kemas dirungkaikan sedikit.

"Berapa bulan kandungan you?"soalnya tak bernada.

"About 5 months."











Dah?bye😥😜

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now