4 Nonsense

1.2K 107 11
                                    

SETELAH 3 tahun tidak berjumpa,kini mereka kembali bersua.

Mata Iris mula bergenang.Hatinya meraung merindukan Firaz.

Manakala jejaka itu hanya berwajah serius.

"Fi..Firaz..Kau.."belum sempat Iris menghabiskan ayatnya Firaz bangun dari duduknya.

"Do I know you?"soalnya dengan wajah penuh bongkak.

Air liur ditelan kesat.Iris seakan berada di lautan sedih.Wajah jejaka yang telah dilukai 3 tahun lepas sudah tiada kasihnya.Kini berubah menjadi tatapan biasa.Seakan benci.

"Kau takkan lupa aku?Aku  Arisha Iris laa.Kawan baik kau dulu"balas Iris sebak.

Firaz menarik senyum sinis.

"Kawan?kawan baik?Setahu aku,aku tak pernah ada kawan baik.Kalau ada pun dia dah mintak aku lupakan dia"kata Firaz bersama senyuman sinis terukir dibibir.

Iris memegang dadanya perlahan.Entah mengapa dia rasa sakit mendengarkan pernyataan itu.

Yang dia suruh lupakan dulu pasal cintanya sahaja bukan pasal persahabatan mereka.

"So,kau rasa kau cukup layak ke bekerja dengan aku?"ulangnya lagi.Mata helangnya meneliti Iris dari atas ke bawah sebelum berhenti semula tepat pada wajah itu.

Iris membungkam.Dia tidak tahu kenapa dia sakit apabila dilayan sebegini.

Selama 3 tahun dia terasa kosong.Dia berusaha mencari Firaz di segenap tempat meskipun tahu jejaka ini ke luar negara.Dia juga kadang kala pergi ke rumah orang tua Firaz sekadar bertanya khabar mereka.Dia disambut baik oleh Datin Sai dan Dato Haq.Seolah bukan dia punca anak tunggal mereka pergi jauh ke negara orang.

"Firaz,aku nak tarik balik apa yang aku cakap kat kau malam tu.Aku sedar aku jugak cintakan kau.Aku...aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan"jelas Iris sambil meramas tepi baju.

Wajah yang tegang jtu meredup.
Sebentar cuma,gelak sinis berdekah kuat kedengaran dalam bilik besar itu.

Iris yang tadi hanya bergenang kini telah mengalirkan air matanya.Dia tahu gelak sinis itu untuk apa dan siapa.

"Are you kidding me miss Arisha?"soalnya.

Iris terpana apabila Firaz menyebut namanya yang satu itu.Selama ini Firaz hanya memanggilnya Iris.Hanya Firaz sahaja memanggilnya Iris.

"3 tahun aku bawa luka aku pergi jauh dari sini.Senang senang kau nak tarik balik.Kau ingat ni drama ke yang akan terima kelukaan itu?Nonsense"sambungnya lagi.

"I'm sorry"ujarnya perlahan.Dia tunduk menekur lantai.Airmatanya mengalir mengenangkan keadaannya kini.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.

"Aku terima kau kerja sini.Tapi ingat.Sebagai pekerja bawahan aku sahaja.Tak perlu nak melebih"putus Firaz.

Iris mengangkat mukanya yang berjujuran dengan air mata itu.
Wajah Firaz yang beku itu ditatap dengan penuh tanda tanya.

Kalau Firaz benci dia kenapa Firaz terima dia bekerja di sini?

Ikutkan hati dia taknak kerja kat sini.Tapi demi masa depannya dia perlu.

"Terima kasih tuan"ucap Iris bergetar.

Firaz sedikit tersentak dengan panggilan Iris terhadapnya namun dikawal.

"Now,get out"arahnya tegas.Sedikit pun tidak berpaling memandang Iris.

Iris akur,dia bergerak leluar dari bilik itu.




Pendek pendek je dulu k..nti ak bg pjg pjg..btw comments laa camne citer ni.ok x..klau x ak nk stop n delete aje.HOHOHO




Tertukar CintaWhere stories live. Discover now