20 baby?

1.6K 84 11
                                    

"ELOK-ELOK SAYANG"kata Firaz sambil memegang lengan Iris.Dia peluk pinggang,wanita itu tepis.Wajah isterinya benar benar muram.Namun,tiada setitis pun air mata yang menitis turun membasahi pipinya.

"Sayang tunggu kejap,abang ambik ubat kat kaunter"kata Firaz lagi setelah mendudukan Iris.

Angguk tidak,geleng pun tidak.Iris hanya membatu seribu bahasa.Sewaktu doktor memberitahu bahawa dia keguguran terasa bagai dia telah 'mati' bersama anaknya.

Sudah dua hari dia dimasukkan ke dalam wad.Selama hari itu juga langsung tidak dipedulikan suaminya yang asyik mendekati dirinya.Iris bagai patung yang bernyawa.Apa yang Firaz bercakap dia hanya dengar sahaja tanpa memberi tindak balas.

"Dah siap.Jom"suara Firaz membuatkan Iris tersentak dari lamunan.Dia bangun dari duduknya.Perlahan sahaja dia berjalan.Orang baru lepas keguguran takkan kau nak dia berlari kot😂(eh tiber)

"Slow slow sayang"tegur Firaz sambil membantu Iris masuk ke dalam keretanya.

Iris hanya diam.Dia memandang lurus ke hadapan.Tidak dijawab sepatah pun.

"Sayang perlukan apa apa ke?Abang boleh singgah kat kedai kalau sayang-"

Iris menyandarkan badannya sepenuhnya pada kerusi kereta itu lalu mengiring ke sebelah kiri memandang tingkap.Sekaligus mematikan bicara sang suami.

Firaz menarik dalam nafasnya.Stereng kereta digenggam kemas.Dia memandang Iris sekilas sebelum memberi tumpuan sepenuhnya pada jalan raya.Mulutnya juga sudah terkunci.Malas berbahas dengan Iris yang tak jauh berbeza dari patung bernyawa itu.

'Sabar Firaz,dia sedih sebab gugur anak kau orang.'

"Selamat kembali sayang"ucap Firaz sedikit ceria.Selama dua hari dia ulang alik dari rumah ke hospital semata mata mahu menjaga isterinya walaupun hanya layanan dingin yang dia dapat dari Iris.

"Sayang duduk kat sini dulu.Abang nak kemaskan bilik.Kita duduk bilik bawah ya.Nanti sayang tak larat nak naik tingkat atas"kata Firaz.Iris hanya akur duduk di sofa itu.Firaz mula bergerak pergi ke dalam bilik tetamu untuk menyiapkan bilik buat Iris.

Setelah kelibat Firaz hilang dari retina matanya,Iris mula mengetap kuat bibirnya.Dikacip kuat giginya bagai menahan rasa.Wajahnya memerah.

Perut leper diusap perlahan.Air matanya cuba ditahan sehabis mungkin.Tak nak suaminya nampak dia lemah sebab kehilangan anak mereka.

"Sayang"panggil Firaz seraya menyentakkan Iris dari lamunan.

Iris segera mengangkat wajahnya memandang Firaz yang memerah wajahnya.

Firaz menangis ke?

"Jom.Abang dah siapkan bilik."kata Firaz.Sah suaminya lepas menangis.Suaranya serak sedikit.

Iris bangun dibantu oleh Firaz untuk masuk ke dalam bilik.
Dengan penuh perlahan,Iris dibaringkan ke atas katil.

"Sayang rehat dulu ya.Abang nak masakkan untuk sayang."kata Firaz lagi.Selimut yang menutupi badan isterinya diperbetulkan.Dahi isterinya dikucup sepenuh kasih sebelum dia melangkah keluar.

Sebak mula terasa.Akhirnya air mata yang ditahan menitis juga membasahi pipi.

Sekali lagi perut lepernya digosok sambil menitis air mata.Lama lama akhirnya kedengaran esakan memenuhi ruang bilik itu.

Kandungannya yang baru berusia sebulan itu sudah tiada.Walha dia sendiri tidak menyedari kewujudan anaknya.Ujian yang Allah bagi sungguh berat baginya.

Iris mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan dia keguguran.

Iris mahu redha dengan pemergian bakal cahaya matanya namun dia belum bersedia.
Kehilangan yang dialami memang terasa begitu dalam sehingga ke lubuk hatinya.Anak yang dikandung tanpa disedari kewujudannya.

Qaisara menghempas kuat telefon bimbitnya ke atas katil.Dia mendengus kasar.

"Kau ni memang sengaja kan Ifzan?"soalnya sendiri.Dia berpeluk tubuh sambil merenung tubuhnya di cermin meja solek itu.

Baru semalam,Faizul memberitahu isteri Firaz keguguran.

"Heh!Bagus laa.Biar aku yang bagi 'anak' korang tu."katanya sambil tersenyum jahat.

Perutnya yang sedikit membusung itu diusap usap.Kandungannya sudah mencecah 5 bulan.

Flashback

"Ifzan,you mabuk teruk ni"kata Qaisara sambil memeluk pinggang lelaki itu bagi menampung berat badan Firaz.Tangan lelaki itu dilingkarkan ke atas bahunya sambil berjalan keluar dari rumah kawan mereka.

John,salah satu kenalan mereka mengadakan parti pada malam tersebut membuatkan Firaz lupa diri.Minum sehingga mabuk.

Firaz tersenyum senyum tidak sedarkan diri.

"Ifzan,I bawak you balik rumah you ya"kata Qaisara lagi.Otaknya mula merangka pelbagai rencana yang tak pernah terlintas dalam dirinya selama ini.Mungkin hasutan syaitan pada malam itu.

"Hmmm"balas Firaz sambil terhuyung hayang berjalan mengikuti langkah Qaisara.

Qaisara memandu kereta mewah milik Firaz keluar dari aparment mewah John membelah sunyi malam itu menuju ke aparment Firaz.

Satu persatu tangga didaki oleh mereka berdua sambil terhuyung hayang kerana mabuk.Qaisara tidak putus asa.Ditampung berat lelaki itu sehingga mereka berdua sampai ke dalam bilik lelaki itu.

Diletak berbaring menelentang badan Firaz ke atas tilam itu.Qaisara mengeluh lega.

Matanya memandang ke arah Firaz yang menelentang sambil memejamkan matanya itu.Mulutnya meracau racau dengan tidak jelas.

Bibir Qaisara menyungging senyuman sinis.Dress berwarna hitam yang melekap ketat di badannya perlahan lahan dilurutkan ke bawah sebelun dia melangkah naik ke atas katil.Butang kemeja Firaz dirungkai satu persatu.Jari jemarinya dilarikan pada dada bidang Firaz.Sedikit sebanyak menggoda nafsu lelaki itu.Firaz mula merengek perlahan tatkala bibir Qaisara bermain di sekitar tubuhnya.

"And this is what we got after that night"kata Qaisara setelah terimbau malam kejadian.

Perutnya kian membesar kini.Qaisara sudah lama mendiamkan dirinya daripada memberitahu tentang kandungan ini terhadap Firaz namun dia tahankan.

Sebulan yang lalu dia mendapat tahu bahawa lelaki itu telah pun berkahwin dengan kawan baik lamanya membuatkan api cemburunya meruap ruap.Sehinggakan dia sanggup pergi ke pejabat lelaki itu untuk membongkarkan apa yang dialaminya sekarang.Dia mengandungkan zuriat lelaki itu.

Firaz meminta dia agar bersabar kerana banyak benda yang perlu lelaki itu selesaikan terlebih dahulu sebelum mengambil tanggungjawab.








SORRY BUAT YG TERTUNGGU..SUNGGUH TIADA IDEA AUTHOR MU INI😂DAN JUGA MALAS NK MENAIP😜

Maaf sbb rsa citer ni terabai berbanding citer2 yg ak buat yg lain2😣maaffff

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now