2 keputusan

1.5K 93 5
                                    

"Maaflah Iris,aku tak pandai nak romantik bagai ni.Setakat makan malam macam ni boleh laa aku sediakan"ujar Firaz sebaik sahaja dia melabuhkan punggunya di hadapan Iris.

Wajah gadis itu kelihatan resah.Seperti ada sesuatu yang menganggunya.

"Kau okay tak ni?"soalnya apabila gadis itu tidak seperti selalu.Yang suka melawan apa sahaja yang dia cakap.

"Hah?ok.okay je."jawabnya gugup.

Firaz menarik senyumannya sehingga menyerlahkan lesung pipit di pipi sebelah kanan.

Hidangan makanan telah pun tiba sebelum mereka sampai lagi.

"Iris,aku tahu aku bukan lelaki yang baik,yang sempurna untuk hidup kau.Tapi hidup aku memerlukan kau di sisi aku.Untuk kita saling melengkapi kehidupan yang serba kekurangan ini"ujar Firaz tiba tiba.

Iris tersentak.

"Arisha Iris,sudikah engkau menjadi isteri aku?"soalnya seraya menghulurkan sebekas kotak baldu ke arah Iris

Jantung Iris berdegup laju.

"Iris?"panggilnya lagi apabila melihat Iris seperti tenggelam dalam dunianya sendiri.Hatinya berdebar hebat menanti keputusan gadis idaman itu.

"Aku..aku mintak maaf Firaz.Aku tak boleh terima.Aku masih belajar.Aku nak kejar impian aku.Aku nak tolong ayah aku.Bukan dengan bercinta"tolaknya.

Mata Firaz bergenang,tidak menyangka penolakan gadis itu secepat ini.

Iris tersentak.Entah mengapa hatinya sakit melihat mata lelaki itu bergenang.

"Kau..kau boleh teruskan pengajian kau.Aku juga akan tanggung kau dan ayah kau.Janji kau terima aku.Bukan tolak macam ni.Aku dah lama cintakan kau Iris"rayunya lagi.

Malah Iris mengelengkan kepalanya.

"Aku tak boleh terima kau.Kau dengan aku banyak beza.Kau orang kaya.Aku orang miskin.Aku tak yakin mak ayah kau nak terima aku"

Walaupun dia cukup kenal dengan orang tua Firaz,namun dia masih tidak boleh terima.

"Kau jangan merepek.Mummy daddy aku pasti akan terima kau.Please Iris.Bagi aku peluang untuk aku buktikan cinta aku dekat kau"

Iris tetap menggelengkan kepalanya.

"No Firaz.Aku takkan terima kau.Mungkin kau cintakan aku.Tapi aku tak.Jadi tiada sebab kita nak kahwin.Tolong cari orang lain.Aku bukan gadis yang terbaik buat kau.Aku mintak maaf.Kau lupakan aku.Cinta tak sepatutnya wujud dalam hubungan kita."putus Arisha Iris sebelum bangun meninggalkan Firaz Ifzan yang tertunduk kecewa itu.

Hatinya terasa sakit saat melafazkan kata itu.Tapi demi sebuah janji dia sanggup.Sanggup melukakan lelaki itu dan mungkin dirinya juga.





Firaz termenung panjang.Kenapa Iris tolak permintaannya.Dia mintak sebab Iris bagi alasan yang seakan tak boleh terima dek akal.

"Kau lupakan aku.Cinta tak sepatutnya wujud dalam hubungan kita."

Iris nak aku lupaka dia?

Baik laa.

Aku akan lupakan kau.

Tapi aku tak janji

Yang aku akan lupakan

Cinta KITA.







IRIS menangis pilu pada malam itu ditemani kawannya,Farah.

Entah kenapa dia terasa sakit saat air mata lelaki itu hampir tumpah.

"Dah laa Arisha.Jangan nangis dah.Kau yang buat keputusan ni.Jadi kau jangan nak melalak macam ni.Mungkin korang tak ada jodoh"pujuk Farah.

Iris hanya berdiam diri.Sejak pulang tadi,dia menceritakan segalanya yang berlaku kepada Farah.

"Aku..aku rasa bersalah.Aku tak tahu.Aku rasa sakit masa aku tolak tu"ujarnya lagi.

Farah berdiam diri seketika sebelum memberi idea.

"Apa kata esok kau pergi dan tarik semula keputusan kau?Kau cakap yang kau cintakan dia."

Iris terdiam sejenak.Sebelum perlahan dia mengukirkan senyuman.

Esok dia akan berjumpa dengan lelaki itu.Dia akan minta maaf dan akan terima lamaran jejaka itu.





"Mummy,daddy.Firaz pergi dulu ye.Nanti Firaz balik semula kat sini"pamitnya.

Ya,dia sudah membuat keputusan untuk pergi jauh dari kehidupan gadis itu.Untuk melupakannya.

Cinta tak semestinya harus memiliki.

"Ye laa.Jangan lupa kami.Jaga diri"pesan daddynya.

Anaknya mengambil alih syarikat di luar negara.Syarikat di Malaysia yang diuruskan selama ini diserahkan pada abang sulungnya,Fareez.

Firaz mengangguk.Buat kali dia terakhir dia bersalam dan memeluk orang tuanya sebelum masuk ke balai pelepasan.

Sempat dia mengerling sekilas.Mencari kelibat gadis itu meskipun tahu tidak akan pernah muncul.

Gadis itu telah minta dia lupakannya.Jadi dia akan turuti.

Selamat tinggal Arisha Iris.








Termengah-mengah Iris berlari sekuat hatinya mencari kelibat Firaz.Namun hampa.Tiada.

Perutnya sebu.Bebola matanya terasa panas.Dia sudah terlambat.Firaz sudah pergi tinggalkan dia.

Pagi tadi dia pergi ke pejabat itu untuk berjumpa dengan lelaki itu,tapi PAnya memeritahu tentang keberangkatan.

Dengan segera dia memecut kereta myvinya ke KLIA dengan harapan dapat berjumpa.Namun hampa.Musnah.

Hatinya meraung seribu kekesalan.Dari semalam dia menelefon lelaki itu.Namun tidak berjawab.Malah tidak bersambung.Mungkin Firaz telah memblock nombornya.

Ya Allah.

Dia terlukai disitu.Air matanya menitik jatuh.Dia menunduk kekesalan.

Kalau laa semalam dia tidak melukai hati lelaki itu.Pasti Firaz takkan pergi jauh darinya.

Tiba tiba dia disapa oleh seseorang.

"Arisha?"

Segera Iris mendongak memandang gerangan yang menegurnya.

Datin Sai dengan suaminya,Dato Haq.

Orang tua Firaz Ifzan.

"Kenapa kamu duduk di sini?Kamu cari siapa?"soalnya.

Perlahan Iris bangun.Pandangannya kabur dek air mata.

"Aunty?mana Firaz?"soalnya meskipun dia tahu jawapannya.

Dato Haq dan Datin Sai yang sedia maklum tentang itu hanya menggeleng.

"Dia baru aje berlepas."jawab Dato Haq.

Makin melebat air mata Iris.

Aku mintak maaf Firaz.Aku pun cintakan kau.






Okay Hahahahah tak ada idea mula mula ni..tp insha allah lama2 akan jd up sikit.huhuhu

Takkan nak ke tengah segera kan?mesti slow up dulu...

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now