10 cemburu

1.5K 115 13
                                    

IRIS menilik sekilas penampilannya pada hari ini.Telefon diambilnya.

Ada satu mesej dari daripada mamat tu.

This message was deleted.

Apa yang dia mesej?

Iris malas ambik tahu.Dia menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan.Jam dah menunjukkan pukul 7.15pagi.

Dia keluar dari biliknya.Farah akan menghantar Farhan pada hari ni.Subuh tadi Iris sudah memberitahu kejadian semalam kepada Farah.Farah faham.Dia sanggup melakukan apa sahaja pada mereka dua beradik itu.

Pada mulanya Farah mahu menghantar Iris ke pejabat namun Iris beritahu Firaz akan mengambilnya dan sudah sedia memberi amaran.

Tak sempat lagi bersarapan.Alah kat office ajelaa.Kang bising mamat kerek tu.

"5 minit"ujar Firaz sebaik sahaja Iris masuk ke dalam keretanya.

Iris mengulingkan bebola matanya namun dia diam.Malas nak berbalah pagi pagi
Kereta berderum laju meninggalkan kediaman miliknya.

Jalan sudah sesak sedikit.
Namun Firaz rileks sahaja memandu.Tiba tiba dia berhenti di salah sebuah restoren.Iris memandangnha seketika sebelum kembali menatap telefon bimbit.

Dia sedang berbalas mesej dengan kawan lamanya,Danial.

Firaz mengetap rahangnya.Dari tadi asyik bermain telefon.Tersengih sengih sorang baca chat.

"Turun"arahnya senada.

Iris buat tak peduli.Dia masih ralit bermain telefon.

"Pekak ke?"sergah Firaz membuatkan telefon Iris hampir melucut jatuh dari pegangan.

"Bos cakap dengan saya ke?"soalnya tak bersalah.

Firaz berdecit.

"Aku tahu bodoh tu free.Tapi jangan laa kau nak ambik semua"

Iris terdiam.Namun dia ketawa pula.

"Kalau saya ambik semua susah laa boss nanti kan?"soal Iris nakal.

Firaz berkerut.

"Ye laa.Kan habis bodoh tu bos nak ambik apa kan?"balas Iris selamba.Dia keluar dari perut kereta setelah mencapai telefonnya di bawah seat kereta.

Tak menunggu lama,Iris berjalan masuk ke dalam restoren itu meninggalkan Firaz yang sedang menahan api kemarahan itu.

Mereka hanya makan tanpa berbicara.Namun Firaz menahan rasa.Ada beberapa mata lelaki yang memandang Iris tak lepas.

Aku tahu laa bakal isteri aku cantik.Tapi jangan laa pandang taknak lepas.Cocok dengan garfu kan.

Iris pula ramah senyum.Eish tak boleh jadi ni.

"Esok kau dah start cutu"ujarnya.

Iris mengangkat kening.

"Awal bos.Bukan ke kita kahwin lusa?"rasanya dia tidak meminta permohonan cuti lagi.

"Aku nak kau rehat laa.Takkan laa nak kahwin badan lemau"balas Firaz.Dia menguatkan perkataan kahwin itu.

"Hmm"Iris tahu kalau dia melawan banyak mana pun tetap kalah.Jadi buat apa?buat habis air liur aje.

"Dah siapkan?Jom.Semak aku dengan langau"ujar Firaz sambil menarik lengan Iris yang berlapik.

Pun begitu mata yang memandang Iris masih tidak lepas.Matanya mengikut kelibat pasangan itu sehingga ke kereta.Hmm mewah kereta dia.

Firaz menderam geram.

Lepas kawin aku kurung kau dekat rumah aje.Boleh kan?

Matanya memandang Iris yang sedang memasang tali pinggang keledar itu.

"Tunggu apa lagi boss?"soalnga pelik.

Firaz tidak menjawab.Dia memandu terus ke pejabat.

Iris mencebik.

Beku aje mamat ni sekarang eh.Aku tumbuk kang.

Sampai di pejabat,Firaz menonong berjalan meninggalkan Iris.Iris buat tak tahu.Kakinya melangkah ke arah keretanya yang terparking elok di situ.

Sempat dia mebinjau keadaan keretanya seketika.

"Hoi cikkak"sergah seseorang dari belakang.

Nasib baik tak melompat Iris.Dia dah laa mudah terkejut.

Khairul.Budak yang tegur masa dia dengan Kak Yana minggu lepas.

"Ish..nasib baik tak ada sakit jantung"ujar Iris.

Khairul tersengih.

"Buat apa lagi kat sini?"soal Khairul.

"Hah?check kereta"balasnya.

Mulut Khairul membentuk "O"

Deringan telefon mematikan perbualan mereka.

BOS KEREK.

Iris mencebik seketika.Dia menjawab panggilan itu.

"Dah tak reti naik buat kerja ke hah?"sergah Firaz.

Iris berkerut.Jam ditilik sekilas.

Alamak.Dah pukul 8.30pagi.

Mati laa aku.

"Er..kejap bos.Saya ada hal ni"jawab Iris.Dia membuat isyarat kepada Khairul bahawa sudah lewat.Khairul mengangguk faham.

"Aku bagi kau 5minit untuk kau sampai dalam bilik aku"ujar Firaz.

Dari tingkat bawah nak naik tingkat atas memang lama.Maklumlaa banyak tingkat.Lebih dari 20tingkat.

Tak membuang masa,Iris memecut ke arah lif.5 minit kau.

Naik lif.Sudah 4 minit berlalu.Tinggal 2 tingkat lagi.

Alamak.

Ting.Sampai.

Termengah mengah dia berlari keluar dari lif menuju me bilik bosnya.

Sampai sahaja di bilik bosnya itu.Iris dengan nafas laju sempat mencapai pen yang ada di atas mejanya sebelum meluru masuj.

"Dah"nafasnya memang tak teratur langsung.Semput.Nasib baik dia ni jenis seorang yang tiada penyakit semput itu.

"1 minit lambat"

Again?

"Boss..1 minit?saya..ni nak..putus nyawa tau."ujarnya.Dia masih mengah.

Firaz menarik senyum sinis.

"Do I look like I care?menggatal sangat"sahut Firaz.

Membuatkan Iris melopong.Kata aku gatal.Tang mana aku menggatalnya?

"Bila masa saya.."

"Jangan ingat aku tak tahu kau buat apa kat parking lot tadi"potong Firaz.

Iris terdiam.Seketika dia tersenyum.

"Boss..boss cemburu eh?"sakatnya.

Senyuman sinis Firaz luntur.

Ketara sangat ke?Memang dia cemburu tapi takkan laa nak mengaku.

"Dalam mimpi kau"jawabnya.Dia kembali fokus terhadap kerjanya.

"Hahaha..cemburu taknak mengaku.By the way boss.Dalam mimpi saya tak best tengok bos cemburu.Dalam realiti baru best"jawab Iris.

Firaz mengetap bibirnya dari menguntum senyuman.

"Jangan nak mengarut.Pergi buat kerja kau"arahnya.

Iris akur.Dia melangkah keluar dari bilik bosnya.Hampir putus nyawa berlari.Dah laa lif tu jauh.

Hilang kelibat Iris,Firaz menarik senyum yang ditahan sedari tadi.

"Macam macam kau sekarang eh Iris"gumamnya seorang diri.Senyuman makin melebar bila mengingatkan Iris yang seakan sudah mula mendekatinya.





BAGITAHU SIKIT PANDANGAN TENTANG CITER NI..HOHOHO

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now